This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Tuesday, 11 August 2015

Sambungan Cerita Nekad.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.....

Seperti yang telah dijanjikan, malam ini aku perlu menghabiskan tulisan untuk perkongsian Cerita Nekad dan semoga cerita ini mampu memberikan motivasi dan menjadi sumber inspirasi kepada rakan-rakan pembaca. Cerita yang mahu dikongsikan ini mungkin tidak sehebat cerita-cerita yang pernah kalian tahu, yang pernah kalian baca, namun tidak menjadi suatu kesalahan jika ianya turut dijadikan suntikan oleh mana-mana individu yang sering dan tidak berputus asa untuk berjaya dalam hidup. Oh ya, aku sentiasa percaya, setiap manusia yang dilahirkan mahu berjaya sekalipun sesorang itu tidak pernah berusaha. Angan-angan dan kemahuan untuk berjaya dalam hidup juga adalah sesuatu yang positif dan sekiranya langkah usaha bermula walau sekecil mana sekalipun, lambat laun kejayaan itu pasti menjadi milik kita. Justeru, jangan sesekali berhenti dahagakan kejayaan!.

Jatuh dan bangun itu perlu ada dalam kehidupan

Kisah nekad ini bermula apabila aku menceburkan diri secara serius dalam bidang kewangan sebagai perunding kewangan bertauliah. Kenapa bertauliah?. Untuk menjadi seorang perunding kewangan, kita perlu melalui beberapa fasa seperti mengambil peperiksaan, mengikuti kelas dan pembelajaran tertentu supaya kita mempunyai ilmu untuk menjual dan mempromosikan produk kewangan yang kita miliki. Aku mengambil keputusan untuk bersama CWA (a CIMB Principal Brand) dan berada di bawah Charisma Legasi, salah sebuah agensi CWA yang terkemuka di Malaysia. Untuk menjadi seorang perunding kewangan yang berjaya, pemilihan agensi juga adalah sesuatu yang mustahak kerana bentuk latihan dan pendekatan mungkin berbeza dengan agensi-agensi yang lain sekalipun matlamatnya adalah sama. Untuk perkongsian akan datang, aku akan bercerita kenapa pemilihan agensi turut menjadi keutamaan.

Baik, sebelum aku serius untuk menjadi seorang perunding kewangan sepenuh masa, aku terlebih dahulu menjadi pelabur di CWA. Ikhlas aku katakan, tujuan aku menjadi pelabur ketika itu sekadar untuk membantu sahabat aku yang sudah lama menjadi perunding kewangan sepenuh masa. Tanpa memikirkan berapa pulangan yang bakal aku perolehi ketika itu, niat aku hanya satu, membantu sahabat aku untuk menambahkan nilai pelaburannya dan sehinggalah suatu hari aku terpanggil untuk menghubungi sahabat aku (agent/consultant) bagaimana jika aku berminat untuk turut serta sebagai seorang perunding kewangan. Setelah bertemu beliau di Kuala Lumpur, beliau bercerita serba sedikit kelebihan dan manfaat menjadi seorang perunding kewangan. Minda aku semakin terbuka dan akhirnya aku membuat keputusan untuk mengambil peperiksaan dan setelah lulus, aku memulakan langkah secara perlahan-lahan untuk menjadi perunding kewangan yang berjaya. Dua minggu sebelum aku mengambil peperiksaan, aku terlebih dahulu telah mengikuti satu program selama tiga hari yang dinamakan Charisma Sales Professional (CSP) yang dikendalikan oleh pemilik agensi Charisma iaitu Puan Fiona Tahir.

Ini adalah benar sekali!

Sejujurnya, sebagai seorang bekas pendebat seawal berada di tingkatan rendah sehingga ke universiti, sukar untuk aku memberikan kredit (pujian) kepada penceramah/pensyarah namun tidak pula aku mengherdik mereka dan kebiasaannya aku hanya berdiam diri. Keadaan ini berlaku bukanlah kerana aku seorang pendebat yang hebat tetapi aku sudah terbiasa melihat pendebat-pendebat di seluruh Malaysia bercakap dengan penuh karisma. Berbeza setelah aku berjumpa dengan Puan Fiona Tahir, kata-kata pertama beliau sudah mampu membuatkan aku jatuh cinta!. Jatuh cinta dengan caranya. Sebagai seorang pelajar kejuruteraan dan juga pekerja yang bekerja di lapangan Oil & Gas, minat untuk mengetahui tentang ilmu pelaburan adalah sesuatu yang agak sukar terjadi. Namun setelah mengikuti program CSP, aku mula menjadi minat malah menjadi serius untuk mengetahui lebih banyak tentang ilmu pelaburan.

Maka bermulakan kehidupan aku sebagai seorang perunding kewangan bertauliah separuh masa kerana ketika itu aku masih bekerja di sebuah syarikat Oil & Gas di Miri yang beribu pejabat di Kuala Lumpur dan Perancis. Aku bersyukur, sebagai seorang yang sudah mempunyai pengalaman kerja selama 8 tahun, aku mempunyai ramai kawan-kawan (networking) dan aku cuma mangambil masa selama 2 bulan untuk menjadi 'Agency Supervisor' (mempunyai kes pelaburan bernilai RM500,000.00). Aku sendiri tidak pernah menyangka kebolehan aku menjual/mempromosi produk pelaburan. Dalam perkongsian berikutnya, aku akan berkongsi bagaimana caranya untuk memenangi kes jualan/pelaburan. Hari ini adalah cerita tentang nekad!

Go get it!!!

Setelah 7 bulan menjadi perunding kewangan separuh masa, aku mula memasang niat untuk menjadi perunding kewangan sepenuh masa. Justeru, aku mengambil keputusan untuk berhenti bekerja walaupun ketika aku berhenti, gaji bulanan aku sudahpun mencecah LIMA ANGKA (perlu capslock kerana ini cerita nekad). Kebiasaannya kita sering mendengar dan melihat, setiap individu itu berpusu-pusu/sungguh berkeinginan menjadi seorang doktor, jurutera, peguam dan kerjaya-kerjaya yang mashur dan popular. Aku boleh katakan ini adalah fitrah semulajadi manusia sekalipun seseorang itu tidakpun mempunyai pendidikan tinggi atau dalam perkataan lain 'tidak layak' untuk menjawat/mendapatkan kerja seperti yang telah dinyatakan di atas. Jarang sekali kita dengar seseorang itu mahu menjadi perunding kewangan (kerana keadaan perunding kewangan seperti melakukan jualan langsung kepada orang ramai). Inilah kesilapan kita!. Menjadi seorang perunding kewangan juga adalah cabang kerjaya yang bersifat profesional. Bagaimana kita boleh menjadi seorang perunding kewangan jika kita tidak mempunyai lesen?. Bagaimana kita boleh meyakinkan seseorang untuk menerima produk pelaburan sekiranya kita tidak mempunyai ilmu pengetahuan?. Perunding kewangan juga adalah seorang yang profesional!.

Walaupun aku mendapat reaksi yang pelbagai setelah membuat keputusan untuk menjadi seorang perunding kewangan sepenuh masa, aku tetap nekad untuk berhenti bekerja. Rata-rata memberikan reaksi negatif bagaimana aku mampu menjadi seorang yang 'survival' sekiranya aku meninggalkan pekerjaan bergajikan lima angka tersebut. Bagaimana untuk aku menghadapi komitmen bulanan yang agak tinggi setelah aku menjadi perunding kewangan sepenuh masa. Aku tetap nekad:

1) Aku mendapat restu kedua orang tua - syukur kerana kedua orang tua aku tidak begitu kisah tentang apa jua pekerjaan yang aku pilih asalkan ianya tidak bertentangan dengan syarak.

2) Aku mempunyai sokongan yang kuat (sokongan moral) daripada rakan-rakan di Charisma Legacy.

3) Aku bukanlah tertarik dengan kemewahan yang boleh dicipta sekiranya menjadi perunding kewangan yang berjaya (sudah menjadi perkara yang tipikal apabila seseorang itu berjaya, kereta mewah dan rumah besar adalah instrumen yang perlu ditonjolkan). Pada aku ianya tidak pernah salah (bergantung kepada niat seseorang) malah perkara ini boleh dijadikan sebagai motivasi cuma kita jangan sesekali berfikiran negatif apabila orang yang berjaya itu memakai kereta mewah dan mempunyai rumah besar. Itu rezeki yang telah diberikan Allah atas usaha sesorang itu.

4) Kepentingan mengajak orang ramai untuk memilih skim pelaburan pada aku adalah bersifat fardhu kifayah. Pelaburan untuk masa depan. Pelaburan untuk hari-hari tua setelah seseorang itu bersara. Pelaburan untuk anak-anak. Pendek kata, perlaburan ini adalah pelaburan masa hadapan.

5) Rakyat Malaysia mungkin sudah mempunyai stigma bahawa untuk memulakan sesuatu perlaburan, kita memerlukan modal yang besar. Oh, ini tidak tepat dan salah sama sekali. Di Malaysia sahaja, begitu banyak instrumen pelaburan. Kita perlu bijak memilih dan yang lebih menyedihkan rakyat Malaysia lebih suka memilih SKIM CEPAT KAYA (walaupun skim sebegini tidak pernah sah di sisi undang-undang  dan tidak patuh syariah). Ini adalah tanggungjawab perunding kewangan untuk mengajak dan memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang manfaat pelaburan. Semoga perkara ini akan tetap menjadi keutamaan aku sementelah aku menjadi perunding kewangan sepenuh masa.



Setelah aku berhenti bekerja dan menjadi seorang perunding kewangan sepenuh masa, aku masih lagi menerima beberapa tawaran untuk bekerja di syarikat-syarikat oil & gas di sekitar Malaysia terutamanya di Miri. Mungkin pengalaman 8 tahun  berada di bidang itu menjadikan aku seorang yang masih diperlukan. Namun nekad yang telah diputuskan lebih kuat dan aku perlu menolak setiap tawaran itu dengan baik dan mungkin aku boleh menjadi seorang 'freelance' bila masa bersesuaian dan mengizinkan. 

Nekad ini juga didorang oleh kemahuan aku tentang pegangan masa, tekanan (stress) dan fleksibiliti bekerja. Selama 8 tahun bekerja, aku yakin ramai di luar sana boleh bersetuju bagaimana kita boleh mengalami tekanan (stress) dengan keadaan persekitaran di tempat kerja, isu majikan, isu rakan-rakan sekerja dan banyak faktor lain yang menjadi penyumbang kepada seseorang itu tidak gembira untuk terus makan gaji. Itu adalah antara faktor bagaimana aku boleh menjadi seorang yang nekad untuk berhenti daripada makan gaji. Sekalipun menjadi seorang perunding kewangan tidak terlepas daripada cabaran tertekan (stress), keadaan itu masih boleh dikawal kerana yang mengawal keadaan itu adalah diri kita sendiri (kita tidak mempunyai majikan, kita tidak mempunyai dateline, kita tidak perlu clock in dan clock out dan berbagai lagi cabarannya). Cabaran menjadi seorang perunding kewangan mungkin berbeza dengan seseorang yang bekerja tetap (aku akan kongsikan dalam perkongsian berikutnya). Pilihan ditangan kita, jika kita mahu mencuba sesuatu yang baharu tetapi menyeronokkan, menjadi seorang perunding kewangan mungkin suatu pilihan yang tepat.

Aku fikir, perkongsian nekad ini berhenti di sini. Untuk menjadi seorang yang berjaya dalam hidup dan kerjaya, MOTIVASI perlu menjadi makanan harian. Jika anda tidak mempunyai motivasi dan iltizam yang kuat, anda mungkin gagal di tengah jalan. 

Akhir kata daripada aku - KEJAYAAN ITU BUKAN MILIK ORANG YANG MALAS!!!

Sekian, sehingga bertemu di perkongsian berikutnya!

3 comments:

aziekz said...

Pernahkh dgr pelaburan meccafund..apa pndpt anda..mohon perkongsian.tw

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Your long-lost whatsapp friend said...

Wan, your blog has always been an inspiration to me, and I believe to others too. Keep writing and motivating! May Allah bless every effort in writing,Allahumma ameen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...