This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Saturday, 8 August 2015

Cerita 3 Nekad

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Antara Tekad dan Nekad?. Puas juga aku menyemak pelbagai jenis kamus adakah perkataan 'NEKAD' ini wujud atau hanya diguna pakai oleh orang Melayu yang sememangnya suka me'rojak'kan bahasa. Oh, telahan aku silap dan perkataan 'nekad' ini sememangnya wujud. Sepertimana sangkaan aku, Tekad itu adalah Nekad (kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang sama).

Apa khabar rakan-rakan pembaca?. Semoga kita semua sentiasa berada dalam keadaan yang ceria, bahagia, dan sihat seadanya. Tanpa membuang masa, aku persembahkan 3 cerita nekad dalam kamus kehidupan aku. Semoga cerita ini memberikan kalian motivasi untuk mendepani kehidupan serba mencabar dengan lebih sabar dan berdisiplin.

Cerita 1 - Berhenti Kerja Dengan Tiada Sebab

Penghujung tahun 2010, aku pernah nekad untuk berhenti bekerja dengan tiada sebarang sebab. Malah aku belum ada pekerjaan yang menanti. Aku hanya memikirkan untuk pulang ke Kuantan. Pulang dengan harapan aku akan berjaya memperoleh kerja lain. Ada beberapa syarikat memanggil untuk ditemuduga tetapi aku terpaksa menolak secara baik. Sekalipun rakan-rakan menasihati aku untuk terus bekerja di Miri, namun aku tidak pedulikan setiap nasihat mereka. Aku benar-benar nekad untuk pulang ke Kuantan.

Selama 7 bulan aku tidak bekerja. Jika ada kerja sekalipun, hanya kerja sampingan dan aku merasakan kehidupan aku mulai berubah. Aku mudah menjadi pemarah, rasa tertekan yang sungguh luar biasa. Mana tidaknya, memikirkan kereta yang perlu dibayar setiap bulan, bil telefon dan sebagainya. Aku seumpama menagih belas daripada keluarga dan rakan-rakan. Tetapi sampai bila?. Sehingga akhirnya aku memutuskan untuk kembali ke lapangan Oil & Gas yang beroperasi di Glenmarie. Aku menumpang di rumah senior aku di Shah Alam selama tempoh bekerja di sana (hanya 7 bulan) sebelum ada cerita nekad kedua. Bekerja lah aku seperti biasa walaupun suasana bekerja ketika itu juga perit lagi memedihkan. Aku pernah tidak dibayar gaji untuk beberapa bulan, dan keadaan itu seoalah-olah aku tidak bekerja.

Jika hari ini ramai di antara kita yang negatif dengan keadaan dan kesushan yang menimpa (ramai yang dibuang kerja, diberhentikan dengan pampasan dan sebagainya apatah lagi keadaan ekonomi negara sedang tenat), dan rata-ratanya hilang motivasi untuk terus berjuang demi kehidupan sendiri sedangkan mereka belum lagi mengalami ujian besar seperti mana manusia lain pernah hadapi. Jangan merungut selagi kita belum mencuba!. Mencuba sesuatu yang mungkin dapat memberikan kita lebih banyak faedah. Cari dan gali kawan-kawan.

Seperti biasa, berbekalkan sedikit kesabaran, aku teruskan kehidupan seperti biasa walaupun sukarnya hanya Allah yang tahu.

At early stage of my offshore life. Sabah Water I guessed.

Cerita 2 - Ke Al-Khobar, Saudi Arabia

Penghujung tahun 2011, aku menerima tawaran untuk bekerja di Saudi (Al-Khobar) sebagai perintis kepada sebuah syarikat Malaysia yang melakukan usahasama dengan syarikat di Arab Saudi. Maka terbanglah aku sekitar Disember 2011, berbekal doa dan keinginan untuk berada jauh daripada sesiapa. Sekalipun gaji yang ditawarkan tidaklah selumayan mana, namun aku nekad untuk bekerja di tanah Arab dengan harapan, aku mungkin beroleh ketenangan di sana (sejujurnya, niat aku bukan untuk bekerja semata-mata, aku panjatkan niat untuk mengambil peluang mengerjakan umrah sebagai keutamaan) dan alhamdulillah aku berjaya mengerjakan umrah pertama sewaktu bekerja di sana. Suatu pengalaman luar biasa aku fikir. Sungguh, aku telah beroleh ketenangan sepanjang berada di Al-Khobar.

Setelah 4 bulan di sana, kami perlu pulang ke Malaysia untuk memperbaharui visa. Kontrak kami juga diperbaharui dan secara kebetulannya aku menerima tawaran untuk bekerja kembali di Miri dengan sebuah syarikat yang beribu pejabat di Perancis. Aku menerima tawaran tersebut memikirkan apa yang bakal aku perolehi hanya lebih kurang bila aku menerima tawaran untuk kembali ke Miri. Dalam hati aku, sekurang-kurangnya aku pernah mempunyai pengalaman bekerja di luar negara dan Miri juga bukan lagi asing pada diri aku. Aku memutuskan untuk kembali bekerja di Miri.

Al-Khobar. Balik kerja pun dah gelap gelita

Cerita 3 - Berhenti Lagi Sewaktu di Kemuncak

Aku kembali ke Miri seawal tahun 2012 dan bekerjalah aku sehingga Jun 2015 dan sekali lagi aku membuat keputusan untuk berhenti dan fokus menjadi seorang perunding kewangan sepenuh masa bersama CWA (a CIMB Principal Brand) di bawah agensi Charisma Legacy.

Oh ya, Cerita Nekad ke-3 ini ada sambungan dalam entry khas. Aku hentikan di sini dahulu.

Rumusan

Sejujurnya, nekad itu perlu berlaku dalam kehidupan kita supaya kita tahu dan merasai bagaimana hidup susah dan mula berusaha untuk menghadapinya. Setiap manusia itu diberikan ujian yang berbeza-beza dan ujian itu bukan sahaja dalam bentuk kesusahan semata-mata. Ada manusia, ketika senang Allah berikan ujian dan begitu juga sebaliknya.

Bagaimana cara untuk kita mendepani setiap ujian yang Allah berikan adalah lebih menjadi keutamaan. Jika kita seorang yang mudah berputus asa, maka kita akan terus menerus berada dalam situasi tertekan. Seandainya kita menerima setiap ujian itu dengan redha, insyaAllah pasti ada jalan untuk kita melepaskan diri dengan berjayanya setiap ujian yang kita lalui.

Pilihan ada ditangan kita, untuk menjadi seorang redha atau pun pasrah menyerah?.

Sekian, semoga bertemu lagi.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...