This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Tuesday, 7 July 2015

Kerjaya Sebagai Perunding Kewangan Sepenuh Masa bersama CWA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Join me as Part-Time or Full-Time Financial Consultant with CWA, A CIMB-Principal Brand


Lamanya tidak menulis di sini, semoga teman-teman blogger dan pembaca semua sentiasa berada dalam rahmat Allah. InsyaAllah, aku akan kembali aktif menulis dan berkongsi pengalaman-pengalaman hidup untuk panduan, pengajaran dan pedoman kita bersama.

Untuk pengetahuan teman-teman, aku kini sudahpun berhenti sepenuhnya 'makan gaji' dan menjadi seorang 'full-timer' sebagai Perunding Kewangan. Aku berada di bawah naungan Charisma Legacy (salah satu Agensi CWA terkemuka di Malaysia). Alhamdulillah, setelah hampir 7 bulan berkecimpung dalam bidang kewangan, aku dapat melihat betapa bidang ini sangat menarik untuk diterokai.

Syukur alhamdulillah, pengalaman selama 8 tahun berada di dalam bidang Oil & Gas banyak membantu aku untuk mendapatkan clients yang rata-ratanya tidak tahu tentang ilmu pelaburan. Semoga dengan pengetahuan yang diperolehi, aku dapat membantu teman-teman dan clients sedia ada untuk mewujudkan pelan persaraan yang lebih terjamin.

Aku mengambil tempoh agak lama sebelum membuat keputusan untuk menjadi Perunding Kewangan sepenuh masa. Aku nekad untuk berhenti bekerja sebagai Senior Project Engineer walaupun ketika aku membuat keputusan berhenti kerja, gaji yang aku perolehi sudahpun mencecah 5 angka namun memikirkan kita akan mendepani masa depan yang jauh lebih mencabar, bekerja makan gaji bukan lagi satu pilihan. Semoga keputusan yang telah aku lakukan adalah yang terbaik dan semestinya untuk menjadi seorang Perunding Kewangan yang berjaya, aku perlu mempergandakan usaha aku. 


My Team - Charisma Legacy Damansara II, in the midde who sit with turquoise blue is my beloved GAM Puan Farina. She is my big supporter!!! 


Syukur alhamdulillah juga kerana sepanjang 7 bulan berada di dalam bidang kewangan ini, aku mendapat sokongan yang tidak putus-putus daripada kumpulan Charisma. Benarlah seperti yang diperkatakan, sebelum kita boleh menjadi seorang ketua yang baik, kita perlu terlebih dahulu menjadi seorang pengikut yang patuh dan berdisiplin.

Jika sebelum ini, aku sering kali mengajak teman-teman terutamanya mereka yang masih muda di luar sana untuk berusaha mencari peluang menapakkan diri dalam bidang Oi & Gas. Hari ini, aku suka untuk mempelbagaikan kemahuan individu dan mengajak teman-teman untuk turut serta bersama kami menjadi perunding kewangan. Kenapa? - Aku akan bercerita lagi dalam perkongsian akan datang. InsyaAllah sesegera mungkin.

Dunia ini sesungguhnya suatu tempat untuk kita hidup, mencari diri, berkawan dan berbuat baik dengan sesiapa sahaja (malah haiwan dan tumbuhan). Sering kali aku ingatkan, kita sebagai manusia, jangan mudah untuk merasa selesa denagan apa yang telah kita kecapi hari ini. Jika tujuan hidup ini adalah untuk memberi, kenapa kita tidak sentiasa memberi?. memberi itu bukan sahaja menjadikan material sebagai medium, kita boleh memberi dengan pelbagai cara dan bentuk. Perkhidmatan juga adalah salah satu cabang pemberian. Justeru, setelah aku menjadi seorang Perunding Kewangan sepenuh masa, aku bertekad dan berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan, dan berkongsi apa sahaja kebaikkan kepada teman-teman.

Janji aku, jika benar aku mahu berjaya, aku tidak mahu berjaya bersendiri. Kejayaan itu lebih indah jika kita nikmati dan capai secara berjemaah. Oleh itu, sekali lagi aku ingin mengajak teman-teman untuk berfikir sejanak, apa yang bakal berlaku dalam  tempoh 5 tahun akan datang?. Tiada siapa yang mampu memberikan jawapan, namun tidak salah sekiranya kita bersiap siaga (kewangan, kesihatan) untuk mendepani hari mendatang.

Teman-teman boleh menghubungi aku di 019-9955643 untuk mengetahu lebih lanjut tentang peluang dan keistimewaan menjadi seorang Perunding Kewangan.

Sekian, sehingga bertemu lagi. Assalmualaikum!.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...