This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Friday, 8 August 2014

Surat Buat Orang Yang Mungkin Sudah Mati.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Apa khabar semua?. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat, bahagia dan gembira. Terlebih dahulu, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua muslimin dan muslimat seantero dunia. Maaf Zahir dan Batin. Semoga kedatangan Syawal ini akan menjernihkan segala kusut masai akhlak, perhubungan dan sebagainya apatah lagi kita semua baru sahaja menamatkan sessi pengajian di pondok Ramadhan. Semoga sahaja tarbiyah Ramadhan masih terkesan kepada semua. Justeru, marilah kita semua beristiqomah.

Hari ini aku menulis dengan perasaan yang cukup berat. Sudah lama aku tidak merasakan perasaan seberat ini, berat yang aku tidak mampu zahirkan. Aku tidak mampu zahirkan kepada diri sendiri apatah lagi menzahirkan kepada teman-teman. Lantas aku putuskan untuk menghantar sekerap mungkin surat (email) kepada seseorang yang dahulunya pernah manjadi penasihat, teman dan sahabat setiap kali aku memerlukan kata-kata semangat dan nasihat. Sungguh, aku tidak tahu di mana kedudukannya tetapi jauh di lubuk hati ini, aku sungguh yakin dan percaya 'dia' masih hidup. Jika telahan aku silap, beginilah surat-surat (emails) yang telah aku kirimkan setentunya sampai kepada orang yang mungkin telah pergi (mati/meninggal dunia). Lihat, betapa aku masih meletakkan 'mungkin' dengan sepenuh harapan dan kepercayaan bahawa 'dia' masih hidup!.

Sekadar gambar hiasan.....

Aku berjanji akan menghantar sekurang-kurangnya satu email setiap minggu. Biarlah keadaannya seperti orang gila dan tidak siuman. Mana tahu, sampai suatu masa, surat-surat aku akan berbalas. Kehendak terakhir tetap datangnya daripada Allah. Semoga Allah memakbulkan doa-doa aku.

Jika pernah sekali kamu terbaca akan coretan ini, dengan sungguh kamu perlu tahu aku sangat-sangat mengharapkan balasanmu.

WMHWA,
Miri, Sarawak




1 comment:

aziekz said...

insyallah..ad keajaiban berlaku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...