This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Tuesday, 12 August 2014

Spornoseksual dan Cooling Period - Two Random Variables!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.....


Hari ini aku terjumpa perkataan baru. 'Spornoseksual'!. Mahu tahu maksudnya silalah baca keratan di bawah. Macam-macam sekarang. Terpulanglah jika kamu ingin mandapatkan gelaran seperti di bawah. Jangan bila kena kutuk, badan yang sador jadi sperti kambing dijirus air (ada kah?).

Spornoseksual merujuk kepada lelaki bertubuh sasa yang obses menayangkan badan mereka dalam foto berbentuk selfie untuk dikongsi di laman sosial. Mereka boleh ditemui di gim dan gemar mengenakan singlet, baju-T garis leher V atau langsung tidak berbaju.

sekadar gambar hiasan

'Cooling period' adalah perkara normal dalam kehidupan. Sedang laut juga ada pasang dan surutnya. Cuaca ada panas dan hujannya apatah lagi kehidupan manusia. Ada waktunya seseorang itu akan bertenang, ada waktunya seseorang itu dalam kesenyapan, ada waktunya seseorang itu dalam gelora dan bermacam-macam lagi bentuk keadaan seseorang individu itu boleh berada.. Hari ini kita lihat apakah faktor yang mendorong kepada berlakunya 'cooling period'. Maksudnya seseorang yang sedang berada di dalam keterujaan boleh secara tiba-tiba berada di fasa 'cooling'.

So, why it happened?. The answer is very simple - it is trigger!

Selagi mana wujudnya kesedaran, selagi itulah seseorang itu mampu berada dalam fasa 'cooling'. Fasa keberadaan yang sepatutnya untuk kita semua apatah lagi sesiapa yang memikirkan umur itu adalah satu amaran kehidupan. Justeru jangan sesekali berlengah untuk menjadi baik, menjadi jujur dan mengistiqomahkan perkara-perkara baik dalam kehidupan.

Semoga kita semua kuat!. Kuat dalam menongkah ujian Allah untuk menjadi manusia yang lebih beriman dan bertamadun. Esok kita bincang, bagaimana tamadun individu boleh tercemar.

Sekian, jumpa lagi.....




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...