This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Saturday, 9 August 2014

Mangharap Sedikit Siuman Untuk Akal.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

AMARAN: Tulisan ini sesungguhnya sukar untuk difahami. 

Aku buat perbandingan nyata. Perbandingan fizikal yang menunjukkkan keadaan sebelum, semasa dan selepasnya. Yang menjadi kesusahannya apabila aku gagal mencerna keadaan sebelum itu, semasa itu dan selepas itu hakikatnya adalah perkara yang sama. Tempoh yang cukup seketika itu adalah tempoh percubaan (bukan tempoh rehat!) kerana ianya berlaku dalam keadaan aku tidak peduli, tidak ambil tahu, dan kerana terlalu percaya!.

sekadar gambar hiasan
Semalam, aku diberikan mimpi sekali lagi. Setiap kali ada mimpi, aku merasakan ada sesuatu yang sedang berlaku. Perkara yang berlaku barang kali sangat subjektif tetapi ianya tetap berlaku!. Mimpi ini bukan kerana obsesi tetapi aku menganggap ianya petanda-petanda awal yang memungkinkan aku bakal mengetahui perkara yang jauh lebih besar, perkara yang aku tidak pernah terfikir sebelum ini. Jika dahulu aku tolak sebarang bentuk mimpi dan hari ini aku jemput mimpi untuk bertandang selalu di setiap lena aku. 

...dan hari ini aku kongsikan perihal mimpi aku kepada si 'mati' (mengharapkan dia masih hidup) untuk sekurang-kurangnya meleraikan rasa kusut yang maha dasyat ini. Secara fizikalnya memang aku kelihatan tenang. Tenang menghadapi dan memahami situasi yang sedang berlaku. Biarlah orang kata aku gila kerana gila yang ada di dalam diri ini sudah lama dipelihara. 

Aku akan menulis setiap hari, sekurang-kurangnya ruang ini dapat menjadi teman rapat seperti dahulu.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...