This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Tuesday, 22 July 2014

Rasa Ingin Kembali.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.....

Agak lama aku tidak menulis di sini. Di awal permulaan tahun 2014, semangat untuk menulis dan berkongsi cerita bagaikan membuak-buak tanpa sebab dan sejajar peralihan bulan, demi bulan, semangat itu seakan terpadam dek kesibukan kerja luar biasa. Ya, aku masih lagi di bumi Miri, melalui hari-hari seperti kebanyakkan orang dan manusia.

Oh ya, selamat berpuasa buat seantero ummat Islam seluruh dunia. Semoga Ramadhan kali ini dapat mendidik kita menjadi seseorang yang lebih baik dan cemerlang. Bagi aku, Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang 'berat'. 'Berat' kerana seawal Ramadhan menjelang, aku buat pertama kalinya dalam hidup diuji dengan tonsillitis. Ya Allah, perit sungguh rasanya!. Terbayang di akalku bagaimana Aisya' Qaisara mendepani situasi ini setiap kali dia mendapat tonsillitis apatah lagi Aisya' baryu berumur 5 tahun. Ya, Aisya' kerap mendapat tonsillitis. Abah doakan agar Aisya' terus kuat!.

Ramadhan kali ini juga Malaysia terus-terusan diuji dengan ujian besar. MH17 adalah antara perkara terbaru. Sedang ummat Islam bagaimana rakyat Palestin menempah syahid untuk mendapatkan kembali hak-hak mereka dan Malaysia pula berdepan dengan kehilangan/kehancuran MH17 di sempadan Ukraine dan Russia akibat ditembak secara sengaja ataupun tidak sengaja oleh puak pemisah. Sungguh, ujian ini sangat-sangat memilukan. Lebih daripada 200 mangsa terkorban. Semoga sahaja, peristiwa hitam ini dapat dijadikan pengajaran, iktibar dan bermulalah episod manusia berlumba-lumba mencari keadilan. 

Ya Allah, pelihara dan selamatkanlah bumi Palestin. Sungguh kami tidak mampu untuk turut sama menempah syahid ke jalanMu, hanya doa-doa dan sumbangan kecil ini sahaja yang mampu kami lakukan buat saudara kami di sana. Semoga juga, Ramadhan kali ini menjadi titik tolak kemenangan suara keadilan seluruh dunia lebih-lebih lagi saudara-saudari kami di Palestin.

InsyaAllah, aku akan kembali lagi selepas entri ini. Di kesempatan ini juga

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...