This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Monday, 24 March 2014

Petronas Carigali VS Contractor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Selamat pagi teman-teman pembaca. Ini adalah update ringkas sekitar kerja-kerja seharian di pejabat jika tidak ke laut. Pagi ini, aku seakan sukar mengawal perasaan marah dan geram (hanya seketika, less than 10 minutes I guessed). Marah dan geram itu terjemput apabila aku mendapat panggilan oleh 'client' untuk membantu kontraktor lain punya work scope. Bukan soal tidak mahu tolong tetapi perkara sebegini kerap sekali berlaku dan boleh aku katakan setiap kali selesai shutdown.

Client (Petronas Carigali) perlu faham bahawa kontraktor bukan KULI, HAMBA ABDI. Kalau kontraktor dilayan seperti kuli dan hamba abdi, tidak perlu lah perkataan 'Service Partner' dicanang-canang setiap kali meeting dan conference. Aku minta maaf jika ada pihak yang terasa. Mungkin di kalangan pembaca ada yang bekerja dengan Petronas Carigali. Aku tidak maksudkan semua division dalam Petronas melayan kontraktor seperti apa yang berlaku kepada kami dan aku percaya adanya juga hubungan baik antara kontraktor dan client. Ini adalah sekadar luahan. Maaf sekali lagi jika ada yang tersinggung. 

Marah lah bagaimanapun, benci lah bagaimanapun...kontraktor akan buat dan siapkan apa yang client mahu sekalipun terkadang perkara-perkara yang diarahkan tidak berkait dengan kontrak dan sebagainya.

MORAL: Jadi kontraktor, seseorang itu perlu kuat dan sabar apatah lagi jika kamu seorang yang boleh membuat keputusan dalam sesebuah organisasi!.

Belajar untuk lebih bersabar dan bertenang sekalipun sakit hati :) 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...