This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Sunday, 23 March 2014

2014 - Semoga Aku Semakin Rajin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Apa khabar semua?, semoga semua teman-teman berada dalam keadaan yang menyenangkan dan sihat tubuh badan. Agak lama tidak berblogging dan rasa rindu untuk berkongsi walau sedikit cerita tetap ada di hati. Cuma 'malas' selalu menang mengatasi segalanya. Semoga aku semakin rajin untuk apa jua perkara yang berfaedah. Ini adalah entry pertama aku untuk tahun 2014!.

Aku cuba untuk berkongsi sekerap mungkin (insyaAllah), sekerap kemampuan aku!. Alhamdulillah 2014 ini adalah tahun yang baik dan insyaAllah akan terus baik sehingga ke penghujungnya. Tahun ini juga aku telah berjaya 'resume' travel ke negara-negara yang sebelum ini aku tidak pernah sampai. Syukur alhamdulillah atas peluang dan ruang yang Allah berikan.

Awal tahun aku membawa keluarga ke Bandung, hanya bebarapa hari di sana untuk tujuan membeli beberapa barangan sementelah adik aku merupakan seorang tukang jahit. Mana tahu, kunjungan pertama ini akan membuatkan kami akan lebih kerap ke Bandung untuk mencari kain-kain yang berkualiti dan murah. Apa yang boleh aku simpulkan tentang Bandung mudah, sebuah kota yang sibuk, ya sangat sibuk apatah lagi bila kita membeli barangan di Pasar Baru.

Kawan-kawan aku dari Kuantan yang turut ke India
Pertengahan Februari baru-baru ini, aku ke India. Yea, aku memang berniat untuk ke India sekali dalam seumur hidup tapi aku tidak pernah berangan akan ke India seawal tahun ini. Ini lah yang kita katakan rezeki. Alhamdulillah...aku suka India baik New Delhi, Agra dan Jaipur. Banyak tempat perlancongan yang cantik dan menarik dan apa yang lebih penting, kerajaan India cukup menjaga atau 'well preserved' setiap tempat-tampat yang menjadi tumpuan orang ramai. Ada beberapa tempat menarik langsung tidak pernah dihebahkan kepada dunia luar. Justeru, kepada teman-teman yang ada memasang niat untuk ke India, YES!, I am fully recommend!. Timbalah pengalaman baru di tempat orang. InsyaAllah, aku akan cuba menyiapkan cerita perjalanan ke India secepat mungkin.

  • Sesiapa yang ingin memiliki itinerary penuh untuk India (New Delhi, Jaipur, Agra) boleh lah email kepada aku secara lansung.
Ok, sekian untuk kali ini. InsyaAllah esok aku akan kongsikan cerita-cerita baru dan lebih terkini. Seperti biasa, untuk menjadi senang bukanlah senang, justeru tingkatkan usaha kita dan perbanyakkan bersabar dalam memnghadapi apa juga masalah dan kesulitan. Ameen...

#prayforMH370 #doauntukMH370

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...