This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Tuesday, 29 October 2013

Pendorong, Mendorong, Didorong, Dorongan......


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semuanya.....

Semoga teman-teman pembaca berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan gembira. Jika tidak gembira, cari dan lakukan lah sesuatu yang dapat menggembirakan hati. Melihat wajah ibu bapa adalah antara perkara yang menyenangkan. Semoga hati-hati kita sentiasa gembira melihatkan wajah insan-insan kesayangan.



Ini adalah karangan nun jauh daripada samudera. Aku sekarang berada di D18 platform untuk kempen IP (intelligent pigging). Syukur alhamdulillah, akhirnya dapat bersiaran walau seketika di Lewek Lifter sekalipun masa di sini sungguh terbatas. Syukur juga dengan kejayaan kempen kali ini. Sesungguhnya kejayaan ini adalah hadiah daripada-Nya kepada kami di sini. Semoga sahaja kami sentiasa mensyukuri nikmat kejayaan ini.



Untuk kempen kali ini, aku membawa 48 orang pekerja. Rata-ratanya berumur lewat 30an dan awal 40an. Ada juga beberapa orang pekerja yang meniti usia lewat 50an. Tidak kurang beberapa orang yang baru melangkah usia 20an. Semangat yang didukung mereka untuk bekerja di laut kerana keluarga dan demi wang ringgit!. Ketahuilah, bekerja di laut ini berhadapan dengan 1001 risiko (hatta semua perkara berisiko) namun risiko yang ter-undang bilamana cuaca tidak menyebelahi kami adalah sesuatu yang tidak boleh dikawal oleh sesiapa. Melihatkan bagaimana dalam hujan lebat dan angin kencang, "pakcik-pakcik" ini masih bekerja sekalipun basah dan kesejukkan. Timbul suatu perasaan sedih dan bersemangat bagaimana tanggungjawab yang digalas itu telah diletakkan pada tempat yang benar. Apatah lagi, mata dan akal aku membayangkan bayangan keluarga mereka yang perlu mereka jaga dan nafkahkan. Justeru aku membuat kesimpulan betapa pendorong itu adalah salah satu punca semangat dalam kehidupan. 

...dan kita pilih sama ada kita mahu jadi pendorong atau kita yang mengharapkan dorongan.....

Wassalam....jazakallah!.

1 comment:

Amir Rayyan said...

sabar itu indah...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...