This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Thursday, 15 August 2013

Setelah Empat Bulan..... (ambil mood dulu)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Apa khabar kawan-kawan semua?. Semoga setiap daripada kita berada dalam keadaan baik dan sihat sejahtera hendaknya. Lama tidak berblogging sekalipun banyak cerita yang mahu dikongsikan. Sementelah kita masih berada di bulan Syawal ini, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua teman-teman blogger dan pembaca. Semoga tarbiyah Ramadhan yang lalu masih kekal bersama kita. InsyaAllah.....

Ketika ini aku sudahpun berada di Miri setelah hampir 10 hari bercuti di Kuantan. Alhamdulillah, percutian raya lepas telah meningkatkan ukhwah kami sekeluarga dan semoga ukhwah ini akan terus berlangsung dalam keadaan aman dan dirahmati. Setelah lama bercuti, masa untuk melunaskan tanggungjawab kepada pekerjaan. Alhamdulillah, hari pertama yang separuh ini terasa bermanfaat dan bersemangat. Moga semangat dalam diri ini terus berada sehingga ke penghujung hari.


Alhamdulillah...ingatkan aku tentang kelebihan berzikir. Biar meniti walau sedikit di bibir. InsyaAllah yang sedikit itu akan jadi istiqomah. Untuk bekalan semangat dan tidak letih, untuk bekalan agar tidak lesu dan sedih.

Ya Allah, permudahkan urusan kerja kami semua. Semoga kami sentiasa mengingatiMu dalam susah dan senang kami.

Sekian, terima kasih.




3 comments:

aNgRiAni said...

Salam Wan...

Akak pun dah lama x blogging...
Ni baru nak start semula mcm dedolu

Semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah walau di mana kita berada...Amin

angrianiworld.blogspot.com

Amir Rayyan said...

mg dipermudahkan inshaAllah..:)

jon hafkian said...

i da mls blogging...setahun da kot.but there's so many things i wanna write up.hehe....btw,u should do more writing. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...