This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Friday, 19 April 2013

Demam Pilihanraya.....

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semuanya.....

Demam pilihanraya di Malaysia!. Aku demam kerja, offshore darat, offshore darat...tidak berhenti sejak permulaan tahun 2013. Dalam senak bekerja, aku luangkan masa mengambil tahu perkara-perkara berhubung dengan GE2013 yang rata-ratanya menarik perhatian seantero warganegara Malaysia dan aku percaya, seluruh dunia juga turut menyaksikan perkembangan politik tanah air apatahl agi dua tiga tahun kebelakangan ini, isu-isu besar dan terpencil sudah menjadi tatapan seisi global sama ada yang baik mahuoun sebaliknya.

Matahari Allah....


Aku tidak mahu duduk kesenyapan. Aku mahu tahu dan aku perlu tahu. Walau siapapun yang bakal memerintah negara Malaysia, aku mengharapkan dan sesungguhnya berterusan berdoa agar, negara kita sentiasa makmur malah bertambah makmur, menjadi baik malah menjadi semakin baik, damai malah menjadi semakin damai dan...dan...dan...setiap keburukkan, kepincangan, kelemahan, kita perhalusi, kita perbaiki dan kita atasi bersama. Kebersamaan itu perlu walaupun kita berada dalam kelompok yang berbeza-beza. 



Mungkin permintaan peribadi ini terlalu sukar untuk kita penuhi tetapi ianya bukan suatu yang retorik. Akhirnya, berbaliklah kita kepada perkara-perkara asas. 

Selamat maju jaya kepada semua yang bertanding. Semoga kalian mampu dan dapat menjadi pemimpin yang beriman, bila kita beriman, INSYAALLAH.....iman itu akan mengemudi kehidupan kita ke arah yang lebih baik dan sempurna (tafsirlah sempurna itu mengikut definisi kalian).

Sekian, terima kasih....l

2 comments:

insan marhaen said...

IM buat kerja piliharaya pun dah letih, belum lagi kalau bertanding...

Anonymous said...

Salam dik,

Semoga Allah swt sentiasa bersama2 kita... dan semoga kita juga tidak akan pernah sesekali melupakanNYA..

Rindu Sama Kamu...
Jaga diri baik2 dik..
-NoRiSh-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...