This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Monday, 6 August 2012

Warkah Yang Tiada Penerima.....


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semuanya…..

Sungguh, aku tidak tahu kepada siapa warkah ini perlu ditujukan. Anggaplah warkah ini hanya suatu perkongsian dan teladan. Anggaplah warkah ini suatu medan untuk aku hamburkan segala rasa yang aku ada, moga-moga terlepas sedikit rasa yang tiada rasa ini.

Ramadhan yang sedang berada ini aku hayati dan lalui dengan tenang. Rasa tenang yang pada akalnya kosong. Rasa tenang yang pada hatinya lapang. Alhamdulillah!.  Semakin perginya usia remaja semakin tenang dan semakin bersahaja rasanya diri ini. Segala yang dilihat dan terlihat, segala yang didengar dan terdengar dan segala yang dialami dan teralami seakan sebati dicerna oleh fikiran positif.

How could I be very positive to almost everything?. Aku tidak tahu dan barangkali rasa tidak mahu dan tidak suka berfikir kepada kenegatifan, buruk sangka dan serkap jarang membuatkan diri aku seringkali mematikan sesuatu itu dengan berdiam seribu bahasa. Sekarang ini bukan lagi masa yang sesuai untuk bertaki atas perkara-perkara picisan dan remeh. Tanggungjawab yang bergalas masih dan sentiasa perlu diberikan perhatian. Aku mahukan fokus dan tidak pula mahu menafikan masa yang ada ini juga adalah masa untuk merawat diri daripada kesibukkan dunia.

Sungguh, aku juga manusia, justeru aku perlu berasa letih, aku perlu berasa bosan, aku perlu berasa malas tetapi aku selalu menghancurkan rasa-rasa itu supaya diri tidak terpengaruh sehingga aku berada dalam keadaan sedih, tidak bermotivasi dan sebagainya. Hakikatnya, perkara sebeginilah sukar sekali berlaku ke atas aku. Biarlah tidur tidak cukup asal kerja-kerjanya siap. Biarlah pulang lewat daripada pejabat asal kerja-kerja beres. Biarlah tiada hujung minggu yang sempurna asal urusan mencari rezeki teratur.

Jauh disudut hati aku mahukan kehidupan yang bersahaja. Seperti tidak banyak urusan kerja yang perlu aku fikirkan. Seperti tidak perlu aku ke laut untuk menjaga urusan kerja apatah lagi berhadapan dengan manusia yang punyai pelbagai karenah dan kehendak. Setiap kali ada ruang ‘seperti’ itu, setiap kali itu juga fikiran aku dimatikan dengan istighfar dan rasa insaf. Jauh di sudut hati ini, aku sentiasa percaya betapa diluar sana, ramai lagi manusia yang sedang mengalami pelbagai masalah dunia. Aku bersyukur, ketika ini aku masih berasa lapang dan bahagia. Bahagia dengan apa yang telah Allah anugerahkan dan berikan, baik anugerah kesihatan tubuh badan, rezeki, kemudahan urusan kerja dan rasa sabar yang tinggi untuk meneruskan hari-hari mendatang yang tiada di antara kita mengetahuinya.

Begitupun aku masih manusia. Terkadang diri rasa begitu kosong dan sunyi, maka aku penuhi dengan kenangan dan pengalaman lalu. Kenangan dan pengalaman yang membawa kita bertingkah dan menjadi diri seperti hari ini. Ya, kita hari ini tercipta dan dicipta daripada sejarah lalu. Jangan mudah berpegang kepada apa yang telah berlaku kerana selagi kita boleh berfikir secara waras dan matang, selagi itu kita boleh memperbetulkan setiap kesilapan yang sedang kita lakukan. Pokoknya, adakah kita mahu ataupun tidak mahu. Tepuk dada tanyalah iman.

Awal pagi ini 17 Ramadhan, mata seakan tidak mahu tidur kerana warkah ini perlu aku sempurnakan. Sementara menunggu untuk ke laut, aku biarkan apa yang terfikir menjadi nukilan. Doaku biarlah rasa tenang ini berpanjangan. Ya Allah, aku bersyukur atas nikmat kasih sayang yang telah Engkau anugerahkan kepada mereka yang berhak. Ya, kita semua berhak untuk dikasihi dan menyayangi. Semoga kita semua sedang menyangai mereka yang benar dan berhak. InsyaAllah.

Sungguh, aku tidak mahu warkah ini menjadi suatu fitnah. Begitupun aku tetap aku, hanya manusia biasa dan hamba Allah yang beradanya hanya sementara di muka bumi ini. Begitu juga semuanya. Ada perkara yang aku lakukan tidak terlihat dan terpandang oleh manusia namun adakah ianya tidak terlihat oleh Allah sama ada yang baik mahupun yang tidak baik. Kata-kata aku bukan untuk mempamerkan diri ini baik dan sebagainya malah kata-kata ini adalah cermin yang memberikan pandangan sebenar tentang diri. Aku percaya, semakin kita berniat untuk menunjukkan kesempurnaan, semakin banyak cacat cela yang kita serlahkan. Justeru, perbuatan itu perlu mengatasi niat.

Aku akhiri warkah ini dengan harapan semoga perjalanan kehidupan aku, ibu bapaku , adik beradikku, saudara maraku, guru-guruku, sahabat handaiku dan semua di antara kita berakhir dengan suatu kesudahan yang baik dan diterima Allah.

Buat dia yang diwujudkan kerana Syawal, insyaAllah kasih sayang ini masih sempurna!. Amin…..

Sekian, semoga berjumpa lagi. Selamat meneruskan ibadat puasa di bulan Ramadhan dan..... 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir & Batin

3 comments:

Amir Rayyan said...

Moga Allah rahmatimu,berkati hidup mu, permudahkan tiap urusan mu. Dan mg pengakhiran yg baik buat kita semua inshaAllah. jaga diri abg..

Nizam.Ariff said...

aminnn...

semoga kita semua berjaya mengharungi lautan yang bergelora dengan tenang setenang kolah wudhuk di masjid-masjid.

(walaupun gelora lautan itu kamu lebih mengetahuinya... aku tidak)

Ad Rifza said...

Moga kita semua dalam redha ALLAH atas perkara2 yg kita lakukan..Jalan liku yang berbeza namun atas paksi yang sama menuju redha ALLAH..INSYALLAH..Apa yang penting ALLAH masih berikan kekuatan pada diri agar terus tabah dan sabar dalam tindakan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...