This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Tuesday, 3 July 2012

Entry ke-200. Selamat Ulang Tahun ke-5!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya

Lima (5) tahun berblogging dan hanya 200 entries terhasil sehingga ke hari ini. Selamat ulang tahun ke-5 buat Chronicle. Perubahan demi perubahan, baik perkara yang kita sedar mahupun tidak sedar dan segalanya bersandarkan kepada diri sendiri. Niat untuk berkongsi cerita, pendapat, pengetahuan dan apa sahaja yang difikirkan baik untuk diri dan baik untuk tetamu yang menyinggah dan sesungguhnya segala kebaikan itu sumbernya adalah kasih sayang Allah T'ala kepada manusia. Hidup ini adalah untuk memberi!.

Bermula dengan cerita-cerita yang berbaur kejiwaan sehingga adanya beberapa ketika , medan ini juga dijadikan sebagai tempat untuk bermegah diri, bertaki mencari salah dan menuding kesilapan ke atas orang lain dan astaghfirullah.....mohon maaf kepada semua yang pernah terlibat!. Maaf dengan sungguh!. Transformasi medan ini menjadikan ruang yang lebih matang dengan cerita-cerita motivasi, cerita tentang kerjaya, teladan hidup dan sesekali merepek sekadar menghiburkan diri sendiri. Medan ini juga pernah mendekatkan aku dengan 'jodoh berangan' yang di akhirnya ketentuan Allah itu memelihara perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Oh ya, percayalah, kita semua masih ada masa dan ruang untuk menjadi baik dan lebih baik!.

Selepas Subuh di IMS Aman, lautan Bayan Bintulu....

Jika dahulu menulis itu biarlah ber'roh' dan hari ini aku masih lagi memelihara konsep yang serupa. Biarlah yang menjadi tulisan itu adalah perkara yang benar, biarlah yang menjadi tulisan itu adalah perkara yang hak dan biarlah yang menjadi tulisan itu adalah perkara yang berpedoman. Pedoman untuk diri sendiri dan andai tercalit kepada tetamu yang menyinggah, panjangkanlah untuk rujukan bersama. Nasihat buat diri sendiri, janganlah tulisan itu menjadi fitnah!.

Terima kasih buat penyinggah, yang singgah kerana niat, yang singgah secara tidak sengaja, yang singgah kerana mencari keperluan dan semangat, yang singgah biar kerana apa sahaja, terima kasih buat semua. Semoga segala kebaikan yang telah kita perolehi dapat dipanjangkan kepada rakan-rakan yang lain. Mohon dimaafkan atas segala keterlanjuran penulisan, andai ada yang tersindir, berkecil hati atau apa sahaja perasaan negatif yang terhinggap setelah kalian membaca Chronicle, aku dengan rendah hatinya memohon ampun dan maaf. Semoga setiap di antara kita akan terus diberikan peluang dan ruang untuk memperbaiki kehidupan yang sementara ini.

Aku suka untuk memetik tulisan daripada GentaRasa - Tampilkanlah karaktor atau keperibadian yang cantik, indah dan kemas menggunakan seluruh nikmat Allah yang telah diberikan kepada diri kita. Jadikanlah diri kita sebagai bukti ciptaan Allah. Semoga dengan itu diri kita dan manusia akan merasai betapa Pencipta itu jauh lebih indah daripada segala ciptaan-Nya.


"semoga hidup kita penuh dengan motivasi!"


Sekian, terima kasih. Semoga bertemu lagi.....


3 comments:

jon hafkian said...

ucu...looking forward to see u.btw,i lg suka cara penulisan mcm u.meluahkan mengikut point of view sendiri,bukan sekadar copy paste secara berjemaah dan konsisten yg hanya untuk mengejar post count.tapi memberi zero impact kepada pembaca.

Amir Rayyan said...

5tahun yg sarat dgn pelbagai cerita...bukan kosong,tp penuh dengan semangat...selamat meneruskannya abg dayat!

Sgt termotivasi dengan laman ini! :)

Anonymous said...

slamat ulangtahun yg ke-5..

adik, teruskan perjuangan..

smoga masih beringat pada bumi yg dipijak..

-NoRiSh-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...