This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Sunday, 10 June 2012

D35, The Lost World.....


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya…..

Apa khabar rakan-rakan pembaca semua?. Harapannya semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera, bahagia dan positif selalu. Maaf kerana sudah lama tidak berkongsi cerita di sini. Sungguh, senyap ini bukanlah disengajakan, dua minggu berkelana di perairan Bintulu di D35 Platform telah  memberikan aku begitu banyak pengalaman berharga hasil perkongsian cerita dengan mereka yang lebih lama menjadi seorang manusia. Oh ya, jarak D35 Platform ini dengan darat adalah 250km. Plantar minyak Carigali yang paling jauh pernah aku sampai!. Tenang!. Sempurna!. Damai!.

Bintulu Port: Sebaik berada di FCB.....


Aku mempunyai dua koleksi cerita. Pengalaman dan cerita bekerja di laut dan cerita tentang kehidupan manusia. Hari ini aku suka untuk berkongsi pengalaman, cerita di laut dan pengajaran yang telah aku perolehi sepanjang aku berada di D35. Semoga cerita dan pengalaman ini menjadi motivasi kepada kepada diri dan rakan-rakan pembaca semua.

Cerita Satu: Jika Takut Dilambung Ombak Jangan Berumah di Tepi Pantai

D35 Kompresor Platform dan Riser Platform

Jika anda menolak untuk berhadapan dengan kesukaran bekerja di lautan, sejujurnya ingin sekali aku menasihatkan agar tidak menjerumuskan diri di dalam kancah ini seawalnya. Sekali anda berada di sini, anda perlu yakin dan percaya, bentuk rezeki anda adalah sebegitu. Jangan takut kulit bertukar menjadi gelap, jangan takut dengan ombak yang besar, cuaca yang tidak menentu kerana walau di mana pun kita berada, kita pasti disajikan dengan ujian yang lebih kurang hebatnya. Ramai lagi yang di luar sana berkeinginan untuk turut serta dan mahu merasai pengalaman bekerja di lautan. Ujian itu ada di mana-mana, terpulanglah kepada kita untuk menghadapinya. Kuncinya adalah dengan membulatkan sabar sentiasa. InsyaAllah, kita boleh berjaya!. Kepada adik-adik yang masih study di luar sana, bermulalah daripada sekarang mencari syarikat-syarikat yang boleh menawarkan kalian untuk bekerja di lautan.

Cerita Dua: Duit Itu Penting TAPI Jangan Duit Menjadi Tuan

D35 Kompleks: Sebelum menuju ke Bayan

Rata-rata meraka berkata, bila kita bekerja di lapangan ini (oil & gas), kita akan memperoleh gaji yang lumayan. Terus terang aku katakan, ianya masih bergantung di mana kita berada. Bergantung juga di syarikat mana kita bekerja. Jujurnya, salary scale di Malaysia jika dibandingkan dengan negara-negara pengeluar minyak yang lain adalah jauh berbeza. Di Malaysia, kita boleh dikatakan rendah namun jangan jadikan perkara tersebut suatu yang negatif kerana jika dibandingkan dengan lapangan pekerjaan yang lain, kalian mungkin meraih lebih banyak walaupun hanya berada di kedudukan helper, ringger, operator. Kenapa?, ada banyak perkara yang kalian perlu korbankan seperti masa, keluarga, cuti, keselamatan dan sebagainya. Benar, duit itu satu motivasi tetapi jangan letakkan niat semata-mata ingin memperoleh gaji yang lumayan sehingga kerja yang bakal kita lakukan menjadi hanya biasa-biasa. Buktikan betapa apa yang kita usahakan itu adalah sesuatu yang luar biasa. Just being passionate to the word of 'extra'!.

Cerita Tiga: Memperbaiki Ibadat Dalam Kebersendirian 

Ya Allah, indahnya ciptaan-Mu

Ambillah peluang bila anda dapat berkelana jauh di lautan (di mana-mana sahaja yang kita rasakan tenang dan damai). Jika malamnya bukan untuk bekerja, justeru kita punyai begitu banyak masa untuk memperbaiki apa yang kurang. Kerana bukan selalu lah maka kita tidak boleh tidak untuk mengambil peluang itu. Ingat, bukan semua orang berpeluang untuk berada di kedudukan di mana kita sedang berada. Jangan sehingga DIA menarik peluang dan kesempatan itu. Seperti kebiasaan dan lazimnya perkongsian aku, penat itu boleh ditenangkan dengan zikir. Tepuk dada tanyalah selera dan tanyalah iman.....

Aku tinggalkan kalian dengan gambar-gambar yang sempat diambil sewaktu aku berada di D35. Semoga ianya turut menjadi motivasi buat semua. Semoga bertemu lagi dalam perkongsian akan datang. Jaga diri kalian. Jaga segala-galanya.....

Sekian, terima kasih!. 

8 comments:

Ainul Hayat said...

Baru saya tahu platform tu tinggi. Puas suami bagi penerangan. HUHUHU~

Amir Rayyan said...

Moga Allah menguatkan istiqamah kita dan dalam rahmatNYA selalu...inshaAllah...:)

Janggel said...

Salam.

Cantiknya gambar awan tu.

Anonymous said...

Salam Wan,
I email something to you at your hotmail account. Harap Wan reply to me.

Terimakasih.
Zainal.

zulhilmi tempoyak said...

nice n sgt nice.. huhu

Anonymous said...

Salam dik.

terima kasih diatas perkongsian.

sungguh menarik gambar2 yg dipaparkan. adik amik sendiri ye. ada bakat nie :D

-NoRiSh-

insan_marhaen said...

kekadang, gambar pelantar minyak pun jadi cantik bila kena masa dan sudut fotografinya...

tasekM said...

nice photo wan.


.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...