This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Thursday, 28 June 2012

D35, The Lost World..... Part II


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya…..

Mood: Bahasa Longgar

Hai rakan-rakan pembaca yang dihormati. Apa khabar kalian semua?, semoga kalian berada di dalam situasi yang menyenangkan dan membahagiakan dan andai sebaliknya, semoga kalian sentiasa bersabar dan tabah hati dengan setiap ujian yang diberikanNya. Aku?, Alhamdulillah sihat-sihat selalu.

Bayan Gas Platform - NOR SINGAPORE was there for underwater inspection

Aku cuma sempat berada di darat (Miri) selama 11 hari sebelum aku kembali ke D35. Sebelum aku  ke D35, aku sempat ke Labuan untuk tujuan inspection Porcupine yang baru tiba dari Houston dan Brazil. Aku bersama tool’s principal, Mr. Wilton Cardoso dan Mr. Rodrigo Antunnes. Kedua-dua mereka ini adalah berbangsa Portugal. Aku perlu membawa Rodrigo ke D35/Bayan untuk pilot run PL293 manakala Hisyam perlu membawa Wilton ke PC4/B11 untuk PL354. Buat pertama kalinya teknologi ini diguna pakai di Malaysia. Teknologi yang seakan MFL namun dipercayai mempunyai lebih banyak kelebihan apatah lagi ianya boleh digunakan dalam keadaan flowrate yang rendah.

*Rakan-rakan boleh membaca dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang teknologi ini di Wiki ataupun manfaatkan penggunaan internet dengan mencari maklumat berhubung teknologi ini. Mana tahu, suatu hari nanti, kalian turut terjebak dalam lapangan oil & gas.

Aku, Unchu, Yusof dan Rodrigo bersama 16" Porcupine Pig

Aku berada di D35 dan Bayan selama 8 hari. 3 hari aku bermalam di D35 living quarters dan selebihnya aku bermalam di MV IMS Aman, sebuah DP vessel yang dicharter oleh Baker Huges. Aman masih anchored di BYDP-B. Sungguh, rasa agak lama tidak berada di atas kapal dan pengalaman tempoh hari sungguh menyeronokkan. Tersorot pengalaman lampau ketika aku mengemudi MV Energy Miner di Sarawak water selama 5 bulan pada tahun 2007.

Baiklah, hari ini aku suka untuk berkongsi secebis cerita yang terkutip sepanjang aku berada di laut tempoh hari. Cerita-cerita dan pengalaman oleh mereka yang jauh berumur dan kesimpulan awal yang boleh aku buat untuk kita semua adalah “kehidupan setiap daripada manusia itu adalah berpedoman”. Sungguh, kelana tempoh hari lebih banyak membuatkan aku berfikir tentang indahnya hidup yang sementara ini.

BYDP-B dan IMS Aman. Saat siang berlabuh...
Cerita Satu

Dulunya dia seorang yang dikatakan nakal. Nakalnya bukan alang. Boleh dikatakan setiap nikmat yang ada di dunia mahu dirasakannya. Maka terjamahlah setiap nikmat-nikmat itu tanpa ada rasa takut dan ragu. Sekalipun sudah beristeri dan mempunyai seorang anak, dia masih berada dalam keadaan yang terumbang ambing. Wang bukan lagi masalah dan persoalan. Sehingga suatu saat, dia didatangi oleh situasi yang berbisik tentang kematian. Dia merasakan dia akan mati!. Bangkitnya esok hari, roh masih berteman dan saat itulah dia berfikir Allah masih memberikannya peluang dan ruang untuk kembali menyayangi diri dan apa yang dia miliki. Hari ini dia kambali merangkak dan berjalan melalui kehidupan dengan meninggalkan segala pengalaman nakal yang lalu sejauhnya. Janji hijrahnya bukan kepada manusia tetapi kepada diri sendiri. Alhamdulillah, cerita dia penuh pedoman dan luar biasa. Aku berdoa semoga dia istiqomah dan semoga Allah sentiasa melindungi dan memberikannya hidayah.

*Pernahkan kita berasa peluang dan ruang untuk berubah itu telahpun diberikanNya?.

Ya Allah...Ya Allah... Ya Allah... Indahnya ciptaanMu

Cerita Dua

Dua orang yang mempunyai pengalaman yang sama dan hampir serupa. Cerita berpisah (bercerai) dengan isteri. Kebiasaannya di Malaysia, apabila penceraian itu berlaku, kita akan menuding jari dan meletakkan kesalahan kepada orang lelaki. Namun untuk cerita yang terkutip ini, bercerainya dua sahabat ini kerana dituntut oleh si isteri atas sebab yang bodoh (maaf, aku sangat sedih dan malu apabila mengenangkan sebab-sebab penceraian ini). Kesnya apabila si suami keluar ke laut bermingguan dan si isteri turut ke laut berseronok dengan bekas kekasih dan sebagainya. Menuntut untuk bercerai kerana si suami menghabiskan masa di laut. Sekarang apa yang boleh kalian fikirkan apabila perkara sebegini berlaku?. Aku bukan bias terhadap kaum lelaki, namun atas kapasiti akal yang tidaklah sebijak mana, jika lelaki itu boleh berlaku curang makanya perempuan juga boleh berlaku curang. Justeru, untuk setiap penceraian yang berlaku, kita jangan mudah meletakkan kesalahan itu kepada kaum lelaki semata-mata.

*Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Jika kaum-kaum wanita yang masih bujang di luar sana dan tidak mahu berjauhan lama dengan bakal suami anda, memilih bakal suami yang bekerja di laut (kebanyakkannya oil & gas lah) adalah pilihan yang yang kurang tepat. Ingat, jika kami perlu bekerja di laut dan perlu berada di atas kapal (tidak kiralah DP vessel, work barge dan sebagainya), masa maksimum kami adalah 45 hari atau ada juga di antara kami yang perlu berada di laut lebih daripada 3 bulan. Apatah lagi mereka yang bekerja di luar negara. Jika nafsu kalian sukar dididik, tepuk dada tanya selera dan tanya lah iman…..


Cerita Tiga

 Oh ya...aku simpan cerita tiga dalam entry akan datang. Masa mengarang tak panjang. Cerita di atas pun dikarang ketika berada di atas kapal tempoh hari.


Alhamdulillah, tiga projek lalu telah berjaya tanpa ada berlaku sebarang kemalangan. Syukur alhamdulillah, alhamdulillah atas nikmat kesihatan, atas kemudahan dan kelancaran kerja-kerja lalu di laut. Semoga semakin berjayanya kita, semakin dekatlah kita kepadaNya.....

Sekian, Terima kasih!

7 comments:

Anonymous said...

walau di mana anda berada..
walau apa jua yg anda lakukan...
jaga diri sebaik2nya..
jgn sesekali lupa kepada keluarga & Allah swt..
semoga kebahagiaan + kejayaan di dunia & akhirat menjadi milik anda..
amin...

-NoRiSh-

insan_marhaen said...

best ke bermalam di tengah laut?

mesti banyak elaun bila offshore, ye!

Anonymous said...

hai cerita u share it's good for us... but some info is hide from ur side. it's depend how the story was created. cuma kadang kala sedih bila sudah "terkantoi" , dia masih tidak berubah. tak tahu sampai bila harus memaafkan...harap yang beriman atau yang mempunyai sedikit ilmu sudi menasihati kawan2 yang masih hilang arah tujuan... :)

Wanpetunjuk said...

Kak Norish: Akak, terima kasih sbb selalu singgah kat sini....insyaAllah kak, terima ksih sebab selalu mendoakan yg baik2....

IM: Biasa-biasa sahaja IM

Anonymous: Hi...sebenarnya sy confused juga dengan comment saudara/saudari...cerita yg sy dpt mmg cerita dariapda kawan2 yg sy kenali..sy cuma simplify cerita tersebut...

aziekz said...

ooo.,,,,ni la nk uji sayang tak sayang setia tak setia si istree ek....hik2..
stuju..jka dah jodoh dgn si pelaut..kna la redha dan faham akan tugas si suami...saling percaya dan jujur...:)

heeEe..gerun jgak ckpa pasal ni,,huhu..

natasha7997 said...

AsSalam..
sdg blogwalking.. gaya penulisan, penyampaian, gambar.. amat menarik. tak kira di mana jua kita berada, yg penting kena pandai jaga diri dan iman kan.. semoga mereka yg sdg hanyut tersedar dr lena.. Amin..

-TSha-

dewihati said...

jika berjodoh dengan isteri yang bekerja di laut?
aihhhh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...