This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Tuesday, 15 May 2012

Debottlenecking Shutdown......

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Kami yang bergelimpangan di atas FCB deck.... (Bokor Field)

Bokor oh Bokor!. Busy oh Busy!. Sibuk oh Sibuk!. Itu sahaja yang mampu aku kongsikan kepada teman-teman pembaca semua. Berdasarkan kepada tajuk di entry di atas, debottlenecking itu bermaksud upgrading. Terminalogy ini diguna pakai sewaktu Bokor Shutdown baru-baru ini. Ini bukanlah pengalaman pertama aku turut serta ketika shutdown dijadualkan namun pengalaman baru-baru ini merupakan antara pengalaman yang indah dan bersifat nostalgia kerana aku sungguh teringatkan kisah-kisah bekerja sewaktu shutdown dahulu kala bersama PBJV.

Seronok sekalipun penatnya luar biasa. Alhamdulillah, sesibuk mana pun kita, sesukar mana pun sesebuah pekerjaan itu, seandainya kita sabar dan selalu berdoa kepada Allah, insyaAllah urusan kita dipermudahkan Allah. Yakin dan percayalah Allah itu maha mendengar dan maha mengasihani. Semoga semangat kami semua tidak luntur untuk projek-projek mendatang. Lots to come!!!.

Orang kata bila penyu menangkap di permukaan laut, makanya laut akan mengalamai gelora, ombak yang kuat (cuaca tidak baik). Yup, sungguh benar ianya berlaku. Bayangkan penyu yang bersaiz besar menangkap di permukaan laut. Aku tiada gambar untuk dikongsikan, insyaAllah jika aku masih berpeluang menyaksikan perkara itu lagi, aku akan cuba kongsikan dengan pembaca.

Ngeri tak???. Ini sewaktu belum hujan...dan hujan lah 10 minit kemudian...

Apa-apa pun, kita kena/perlu ikhlaskan diri sewaktu bekerja. Bagaimana untuk ikhlas itu bertanya lah kepada diri dan iman kalian. Jika anda rasa tenang dan seronok, maka kita boleh buat kesimpulan bahawa apa yang kita lakukan itu adalah kerana kita suka, kita ikhlas dan kita bertanggungjawab. Sibuk itu kadang kalanya memang menyeronokkan. Tetapi seperti mana yang pernah dan telah aku katakan, walau sesibuk pun kita, jangan sesekali membelakangkan ibadah kepadaNya. Jika kita tidak mahu Allah lupa akan kita justeru kita tidak boleh tidak untuk mengingatiNya selalu. InsyaAllah, mudah-mudahan kita semua sentiasa berada di bawah perlindungan dan penjagaanNya.

Oh ya, ketika berada di lautan, Allah akan menduga kita dengan menguji kita ombak yang besar, cuaca yang panas, hujan yang lebat dan pelbagai perkara lagi seperti datangnya amaran. Tetapi percayalah, Allah juga selalu menghadiahkan kita di lautan dengan keindahan yang tiada tolok bandingannya..... Maka bersyukurlah kita.....

Inilah hadiah permandangan yang indah daripadaNya....indah dan cukup menenangkan...

Jumpa lagi. Sekian Terima Kasih!

8 comments:

Amir Rayyan said...

mg Allah permudahkan tiap urusan dan rahmati setiap inci kehidupan...insyaAllah...

Aku said...

akhirnya dapat juga aku lihat pemandangan laut lepas di tengah-tengah laut...

Ainul Hayat said...

Hidayat,
Betul tu laut buat kita tenang. Byk cabaran di tengah2 laut ni kan.. pe pun semoga segala urusan dipermudahkan.

Anonymous said...

bila ditengah laut, kita xkan nmpak penghujung atau darat...ms ni kita akn nmpak ilmu kita memang xsmpai setitis dilautan..kita xtahu apa yg dihadapan n dibelakang :)

-muna-

Anonymous said...

Terima Kasih untuk nasihat itu...sungguh rindukan ketenangan,gelora laut...

Anonymous said...

Assalam dik.

terima kasih di atas perkongsian cerita ini...

akk doakan yg terbaik utk adik di sana.. jaga diri ye..

-NoRiSh-
**doakan yg baik2 utk akk juga ye..

aziekz said...

seronok bc entri kamu..

tenang..:)

ira basirah said...

selama ini hanya pandai beli barang untuk debottlenecking project...but xthu apa itu...thanks a lot....bnyk ilmu yg dpt di sini...nak2, kerja dlm bidang engineering yg mmg kosong ilmu...teruskan perkongsian anda.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...