This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Tuesday, 17 April 2012

Kenapa Perlunya Ada Bicara.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.....

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan yang telah menciptakan segala bentuk kejadian. Sembah dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, Para Rasul dan Nabi, Para Sahabat, Para Syuhadah, Alim Ulama' serta muslimin dan muslimat keseluruhannya.

Sekadar gambar hiasan

Sebenarnya aku mengalami masalah kemurungan yang agak luar biasa sebaik kebah daripada demam tempoh hari. Aku seperti kehilangan semangat dan motivasi. Aku seperti tidak mahu meneruskan kerja-kerja di sini. Aku menjadi seorang yang tidak kuat kendiri. Justeru aku hanya berdiam diri dan bersendiri. Sehingga aku terfikir untuk kembali ke Saudi kerana fikir aku ketenangan mudah diperolehi di Saudi TETAPI nyatalah aku silap. Aku pergi ke pejabat dalam keadaan yang tidak menyerah sepenuhnya sekalipun aku tahu dan sedar, dalam tempoh terdekat ini aku perlu mengepalai satu projek di laut Bokor.

Alhamdulillah...alhamdulillah dan alhamdulillah. Kini aku berasa semakin pulih. Aku merasakan semakin bersemangat. Apakah rahasianya?. Beginilah.....bila kita terlalu memikirkan akan sesuatu atau banyak perkara dalam suatu masa, kita akan mudah berasa letih, lesu dan tidak bermaya. Justeru kita hanya perlu memikirkan sekitar perkara yang penting dahulu sebelum kita mahu berfikir akan perkara yang picisan.

Namun, dalam segala hal yang mahu kita lakukan dan tidak kiralah apakah bentul hal tersebut dan dalam keadaan tidak bersemangat dan lesu itu, jangan sesekali kita lupa untuk memohon agar Allah menghadiahkan kita kekuatan dan kesabaran. Benar, boleh jadi kita akan memperolehi semangat itu dengan mudahnya dan terkadangnya kita akan memperolehi semangat itu dalam satu tempoh yang lama. Jangan sesekali menyerah ketika itu. Panjatkan segala doa, perkemaskan segala zikit munajat dan selawat dan percayalah bahawa sesungguhnya Allah itu maha pemberi dan penyayang.

Sekadar gambar hiasan

Aku adalah salah seorang yang suka menyimpan rasa. Bila kita mula berbicara akan rasa yang kita alami kepada sesiapa yang kita percayai, insyaAllah kita akan memperolehi sedikit kelegaan. Sekurang-kurangnya kita berasa lega. Justeru fungsi kawan di sini dapat membantu sedikit sebanyak untuk menghilangkan kemurungan tersebut.

Percayalah, aku fikir aku telah berjaya melalui satu fasa kemurungan yang hebat dan aku juga percaya kemurungan itu adalah ujian dari Allah betapa hidup kita di dunia ini adalah sentiasa didepani dengan ujian-ujian dariNYA. Maka bersabarlah melalui setiap ujian Allah itu. Didiklah rasa sabar itu sehingga melebihi tahap tepu!.


Sedikit Nota:

1) InsyaAllah hujung minggu ini, aku akan ke Bokor Platform untuk kerja-kerja Auxiliary Pumping bersama Romstar. InsyaAllah juga aku akan kembali berkongsi cerita-ceritadi lautan

2) Aku mahu menjadi seorang pemuda yang cintakan kepada masjid. Bila berada di Malaysia, jika tidak mampu memperoleh 5 waktu di masjid, berusahalah untuk mendapat Maghrib dan Isyak di Masjid. InsyaAllah sesiapa pun boleh melakukannya asal ada kekuatan dan kesungguhan.

3) Ketenangan, kegembiraan dan kedamaian itu boleh diperolehi di mana-mana sahaja. Bagaimana? - sentiasalah berdoa dan bermohon kepadaNya.

4) Terima kasih buat aRa dan keluarga, Zaimi di Shah Alam, sahabat handai di Miri. Terima kasih atas segala nasihat dan sikap perihatin kalian.

Sekian, semoga bertemu lagi dalam perkongsian berikutnya. Jaga diri, jaga kesihatan dan laluilah hidup ini dengan sabar dan gembira.

6 comments:

Amir Rayyan said...

Mg Allah permudahkan...insyaAllah..jg diri...

Outbound Training di Malang said...

selamat siang sahabat,
sedikit berbagi inspirasi siang ya..

"ketika waktu pagi tiba, jangan menunggu sampai sore. Hiduplah dalam batasan hari ini.
kerahkan seluruh semangat yang ada untuk menjadi yang lebih baik dari hari kemarin.
dan Don't forget sobat! bahwa esok belum pasti memnghampiri kita"

Salam semangat ..^^

ditunggu kunjungannya ya di http://www.nolimitadventure.com/

Outbound Training di Malang said...

selamat siang sahabat,
sedikit berbagi inspirasi siang ya..

"ketika waktu pagi tiba, jangan menunggu sampai sore. Hiduplah dalam batasan hari ini.
kerahkan seluruh semangat yang ada untuk menjadi yang lebih baik dari hari kemarin.
dan Don't forget sobat! bahwa esok belum pasti memnghampiri kita"

Salam semangat ..^^

ditunggu kunjungannya ya di http://www.nolimitadventure.com/

Anonymous said...

Assalam dik...
smoga sgala yg adik lakukan dipermudahkan oleh Allah swt...
semoga adik memperolehi keberkatan dariNYA... amin...

jaga diri baik2 dik...

-NoRiSh-
**doa akk sentiasa bersama adik...
**miss u always...

al-Manjuniyy said...

assalamualaikum. semoga Allah redha...

ada sesuatu yg saya nak beri tahu...

"sembah dan salam" tu perlu ditukarkan kepada "selawat dan salam"...

sembah tu bermaksud pengabdian...

selawat tu bermaksud mendoakan...

Wanpetunjuk said...

Kawan2: Terima kasih semua atas komen2 membina kalian...


al-Manjuniyy - Terima ksih saudara. Sy baru perasan. Terima kasih sebab memberi teguran....syg akan megubahnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...