This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Monday, 5 March 2012

Pilihan Individu.....

Assakamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Seronok bukan apabila berada bersama keluarga?. Tetapi ramai juga di antara kita yang memilih untuk berada jauh daripada keluarga sendiri. Setentunya setiap perkara itu ada baik dan buruknya. Bergantung kepada niat dan matlamat kita kenapa kita memilih untuk tinggal bersama keluarga ataupun tinggal berjauhan daripada keluarga. Kepada mereka yang sudah berumahtangga, hidup berjauhan daripada keluarga merupakan suatu pilihan yang baik dan tepat. Namun, jangan dilupa untuk menjengok ibu bapa dan keluarga bilamana ada masa terluang.

Home Sweet Home!
Sementara aku masih bujang, ruang perkongsian hari ini adalah untuk mereka yang masih bujang. Ayuh kita lihat apakah faktor-faktor yang mendorong kepada kedua-dua tindakan ini berlaku. Kita lihat dahulu kenapa ramai di antara kita yang masih bujang ini memilih untuk tinggal berjauhan daripada keluarga. Faktor pertama adalah kerana kerja. Jika ibu bapa kita menetap di Kedah dan sedangkan kita pula bekerja di Pasir Gudang, mana mungkin kita akan tinggal bersama keluarga. Ini adalah antara perkara yang menafikan seseorang untuk membuat pilihan. Tapi ada juga di antara kita yang tetap memilih untuk tidak tinggal bersama keluarga sekalipun bekerja di tempat yang sama di mana keluarga kita menetap. Ini yang sepatutnya kita bincangkan. Bagi aku ianya tetap ada kelebihan dan kekurangan.

Kelebihan: Belajar berdikari. Belajar menguruskan kewangan sendiri, dengan gaji yang diperoleh itulah yang akan digunakan untuk membayar sewa rumah, bil elektrik dan air, astro dan sebagainya. Lebih privacy!.

Kekurangan: Mungkin tiada yang akan menegur/menasihati sekiranya kita melakukan sesuatu yang terang lagi bersuluh salah. Justeru fikirkan juga ibu bapa sebelum melakukan sesuatu perkara.

Berbaliklah kepada tujuan kita atas setiap perkara yang kita lakukan. Sebetulnya setiap perkara itu menjanjikan kelebihan dan kekurangan. Jangan pula apabila kita memilih untuk tinggal bersama keluarga, kita mudah untuk mengambil kesempatan. Tinggal bersama keluarga juga masih membolehkan kita untuk belajar berdikari. Tepuklah dada, tanya akal dan tanya iman....

Sekian, terima kasih!


4 comments:

Aku said...

kadang2 aku mahu sunyi...
kadang2 aku mahu bising2..
kalaulah aku ada dua rumah yang begitu, satu bising2 dna satu sunyi2...

Amir Rayyan said...

Hargai mereka selagi ada...moga Allah permudahkan segalanya buat kita..insyaAllah..

dan akulah perempuan vintaj berjiwa polka dots said...

datang menjenguk...
sik ada update terbaru ^__^

aziekz said...

mkin bleh try dua2...
duk ngan famili sjkp,.,.duk umah bjang skjap..dan akhirnya duk umah"SENDIRI"..:)
pengalaman&pengetahuan tentu berbeza,,untuk dipraktikkan dirumah SENDIRI,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...