This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Thursday, 29 March 2012

Kerja Untuk Apa?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Kencang!. Itu adalah perkataan yang menggambarkan keadaan aku sekarang. Oh ya, sudah dua minggu lebih aku berada di Miri dan rasanya seperti baru semalam aku tiba di sini. Mengimbas kembali nostalgia seawal 2006 sebaik tamatnya pengajian ijazah kejuruteraan, apabila untuk pertama kalinya aku mula tiba di Miri sebagai seorang pekerja di Malaysia Timur. Sewaktu mentah itu lah aku belajar menelan segala nikmat yang bersaji dalam dunia pekerjaan. Sungguh, aku sukakan pengalaman terdahulu!.

Sekadar gambar hiasan

Kini, situasinya barangkali hampir serupa cuma tanggungjawab kerja menjadi semakin besar. Aku bukan lagi menjadi badan pelaksana semata-mata tetapi daripada sekecil-kecil perkara sehingga perkara yang besar perlu menjadi tanggungjawab dan tiba kepada pengetahuan aku. Sekali lagi, dengan sungguhnya aku gembira!. Penat, letih, tidak cukup tidur itu boleh menjadi satu keseronokkan. Pelik bukan?. Belajarlah bagaimana untuk mengubah setiap rasa-rasa yang negatif itu kepada rasa yang lebih indah!. Sepanjang dua minggu berada di sini, aku rasa aku telah berjaya menyangkal keputusan menolak untuk kembali ke Saudi adalah sesuatu yang berhikmah. Pendek kata, setiap perkara yang berlaku itu berhikmah.....

Sedikit kata-kata motivasi buat rakan-rakan dan adik-adik di luar sana;

A - Sungguh, tiada pekerjaan yang mudah. Jika kita tidak berasa susah sekarang, yang pasti suatu hari nanti kita tidak boleh mengelak untuk merasai kesusahan itu. Take it easy.....

B - Sungguh, bekerja bukan semata-mata untuk memperolehi gaji setiap bulan tetapi adalah juga suatu bentuk ibadah. You'll get what you've done.....

C - Sungguh, sesibuk mana kita, jangan sesekali tinggalkan perkara-perkara wajib terutamanya solat. If there are some polans who working offshore can perform solat onboard oil platform, why don't we who just working kat mainland ni.....???.

Akhirnya, tepuk dada, tanya selera dan tanyalah iman....


Sekian, terima kasih! 

9 comments:

jon hafkian said...

ucu....welcome back to malaysia!

Anonymous said...

smoga segala yg adik lakukan diberkati olehNYA... amin..

-NoRiSh-

Wanpetunjuk said...

Achtung: Yeayyy...best!


Kak Norish: InsyaAllah kak...apa khabar mu di sana?

Amir Rayyan said...

Terbaik!

Mg segala yg terbaik mengiringi...:)

insan_marhaen said...

benar sekali. setiap yang berlaku itu ada hikmahnya bagi yang mahu berfikir secara positif.

kalau asyik berfikiran negatif sampai bila pun akan berada ditahap yang sama.

baincardin said...

Salam.

Niat ikhlas kerana Allah dlm segala kerja mmg satu ibadah yang tak ternilai.

Iena Eliena said...

Blogwalking here...

cik iena follow your blog..
follow my blog juga ye(^_~)
www.ienaeliena.com

[tErOmPaH bIrU] said...

baru pagi tadi.. waktu fire drill kat opis.. Esah crite yang Wan dah balik kerja dMiri.. selamat kembali :)
Insyaallah, nanti bila2 kelapangan boleh la kita kluar main bowling yerk ;D

ira basirah said...

x pernah baca ur blog...but 1st time baca dh jatuh cinta.......teruskan berkongsi ilmu with others.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...