This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Friday, 9 March 2012

Di Telan Mati Emak, Di Luah Mati Bapa.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Apa khabar rakan-rakan pembaca sekelian?. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera dan kebahagiaan. Tiga hari tidak berkunjung di sini dan pastinya rasa rindu ini sedikit terasa untuk berkongsi secebis cerita hidup. Perkongsian kali ini adalah tentang berbuat (memutuskan sesuatu) keputusan.

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat adik aku yang kini sedang belajar di Kolej Matrikulasi Pahang (Waheedah - 7.03.2012) dan kakak sulung aku (Norhafizah - 9.03.2012). Semoga Allah memanjang usia kalian, memurahkan rezeki kalian, mempermudahkan urusan dunia dan akhirat kalian, berjaya di dunia dan di akhirat serta sentiasa memperoleh rasa bahagia dalam kehidupan.

Sekadar gambar hiasan

Alhamdulillah, syukur alhamdulillah atas segala kurniaan rezeki yang telah Allah berikan. Sebenarnya dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini, aku berada di dalam suatu fasa yang agak sukar yakni suatu fasa yang memerlukan aku untuk memutuskan sesuatu perkara. Keputusan perlu dibuat untuk kebaikkan diri dan semua. Keputusan yang akan mendatangkan faedah kepada diri dan semua. Pastinya setiap keputusan yang kita lakukan akan memberikan kesan kepada diri dan mereka yang terbabit namun kita tidak pula diberi pilihan untuk tidak memilih dan akhirnya kita tidak boleh tidak untuk tidak membuat keputusan. Ya, keputusan telah pun dibuat, alhamdulillah.....

Mukaddimah di atas adalah sedikit permulaan baru untuk penghijrahan kerjaya aku bagi kesekian kalinya. Alhamdulillah, aku akan berhijrah kembali dan sesungguhnya aku mengharapkan agar penghijrahan kerja kali ini akan lebih mendatangkan manfaat kepada diri dan keluarga. InsyaAllah, aku akan berkongsi kemanakah lokasi berikutnya untuk penghijrahan aku kali ini dalam perkongsian akan datang. Terlebih dahulu aku mohon untuk merumuskan sedikit perkara penting yang perlu kita pertimbangkan dalam membuat sesuatu keputusan;

A - Jangan lupa untuk bersolat istikharah sekiranya kita keliru untuk memutuskan dua atau lebih perkara. Jika Allah telah mendatangkan tanda-tanda, maka yakinlah bahawa jawapan itu adalah jawapan yang ber'rahmat'.

B - Minta pandangan dan pendapat ibu bapa, individu yang lebih berpengalaman dan sahabat handai dan lakukanlah timbang tara sebaik-baiknya.

C - Pastikan kita teguh dengan keputusan yang telah dibuat. Jangan biarkan perkara-perkara lain mempengaruhi keputusan kita setelah kita faham dan yakin akan keputusan yang telah dibuat.

D - Berkatalah (memberitahu) dengan sebaik-baiknya dan penuh hemah. Gunakan perkataan-perkataan yang menyenangkan agar pihak terbabit selesa mendengar keputusan kita. Mohon dan berdoalah agar keputusan kita dihormati.

Aku rasa aku telah memutuskan yang terbaik. Mohon maaf andai ada pihak yang terasa hati. Apa-apapun, perkara yang bakal kita putuskan seharusnya lebih memihak kepada kita, masa depan kita. Untuk meletakkan rasa simpati sehingga kita perlu memperjudikan masa depan kita adalah perkara yang tidak patut dilakukan kerana kebiasaannya kita akan tetap menuding jari kepada mereka yang bersalah di episod kegagalan dan ketidakberjayaan kita. Jutsteru, tepuk dada, tanyalah akal dan tanyalah iman. Wallahu'alam.....

Sekian, terima kasih!


3 comments:

Amir Rayyan said...

Abgku, kita berada dalam situasi yang hampir sama... Moga Allah permudahkan segala urusan... InsyaAllah.. jg diri abg...

aziekz said...

kdg2 mmg sukar mbuat kputusan,,confius..
bnyak kna fikirkan..
istikarah jln terbaik..moga pilihan kte pilih mndapat petunjuk dariNYA untuk teruskan kehidupan ini..:)

Realname Hidden said...

semoga dapat buat pilihan yang terbaik wan..Actually nak invite wan join special aktiviti kat blog hidden. Tu pun kalau wan berminat dan sangat tak kisah untuk dikomen dan ditinjau lebih dari 100 kali sehari..hehe..kalau berminat jemputlah..
boleh ajak kawan-kawan sekali.. At least dapat pengomen tegar yang dah pun mendapat keizinan...:)

(dah tak sanggup kena tohmahan tak tau malu komen blog orang suka hati..)

Jemput ye semua.."dah macam ajak makan kenduri je aku rasa."

http://mshiddenname.blogspot.com/2012/03/entry-melekat.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...