This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Thursday, 15 March 2012

Cerita Buat Kamu Orator.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Mode: Bahasa Longgar

Saat aku mencoretkan perkongsian ini, aku sedang berada dalam penungguan flight ke Miri pada jam 1315hrs. Aku bertolak dari Kuantan pada jam 1015hrs tadi. Perkara biasa yang menjadi masalah kepada aku adalah lebihan berat untuk bagasi. Kali ini bagasi aku terlebih 18kg!.

Aku perlu menulis perkongsian ini dengan cepat. Aku sudahpun berjanji sebelum sampai ke bumi Miri, perkongsian ini perlu sampai kepada pengetahuan adik-adik/anak-anak aku yang kini sedang menuntut di UMP. Yea, ini adalah entry khas buat kamu semua!. Aku terpanggil untuk berkongsi sedikit cerita apabila Aida dan Amirul yang ditemani oleh Adzuan datang ke rumah aku lewat pada jam 12 tengah malam pada 14hb baru-baru ini. Sebelum itu aku mohon maaf kepada adik-adik/anak-anak kerana tidak berkesempatan menjengok kalian semua di Gambang. Maaf juga kerana tidak memaklumkan kepada kamu semua bahawa abang sudahpun berada di Malaysia seawal 1hb March lalu.

Sabtu lalu aku mengambil kesempatan ke Kuala Pahang (UMP Kampus Pekan) bersama Zaimi dan Adzuan untuk bertemu kamu semua sementelah Qucai telah mewar-warkan latihan berpusat akan diadakan di UMP Pekan pada Sabtu itu. Kecewa?. Oh, I was not and I don't have to be disappointed sebab berapa kerat sahaja yang ada. Kamu semua sentiasa ada alasan yang baik dan yang tidak baik kenapa kamu tidak boleh menghadirkan diri. Aku sengaja tidak mahu memberitahu kepada kamu semua yang aku akan singgah bertemu kamu semua. Aku mahu matlamat kamu adalah teguh. Pergi ke Pekan untuk latihan berpusat dan menimba pengetahuan. Bukan mengubah atau menambah niat untuk bertemu alumni!. Maaf juga dari aku jika kamu semua fikir kedatangan aku sepatutnya perlu diberitahu.....

Beginilah, setahun lebih berada di Tanah Semenanjung sebelum aku bekerja di KSA penghujung Feruari lepas, barangkali kerap juga kita semua bertemu. Di Batu Pahat bersama-sama, di Sintok bersama-sama, di Dungun bersama-sama, jangan lah dihitung di Kuantan, kita memang kerap bertemu. Setiap kali sesi pertemuan, aku tak pernah rasa letih pun berkongsi sedikit pengalaman yang aku ada. Begitu juga dengan alumni yang lain. Sungguh, kami semua tidak pernah meminta kami dibayar, kami tidak pernah meminta masa kami dikembalikan. Kami semua hanya mahukan kamu semua berjaya!. Kami bukan penentu, kami tidak boleh memberikan kamu semua kejayaan. Kami semua tidak mampu memberikan kamu berjaya dalam akademik dan kegiatan debat. Itu semua tanggungjawab kamu!.

Kamu semua rasa susah untuk belajar di universiti?. Kamu semua rasa susah untuk membahagikan masa dengan debat dan belajar?. Hurrmmm, guys, we used to be a student as well. We were very active during our study time. Alhamdulillah, we managed to be a real person!. Sekurang-kurangnya adik-adik/anak-anak semua telah lihat. Tahu tak, di luar sana berapa ramai lagi mereka yang terkandas tak dapat nak sambung belajar?. Tahu tak apakah harapan ibubapa kamu semua bila kamu semua berjaya menjejakkan kaki ke universiti?. Kamu semua rasa bangga tak bila kamu berada di universiti?. Kamu semua mungkin ada abang-abang dan kakak-kakak yang sudah berjaya?. Sekurang-kurangnya saudara mara?. Pernah tak mereka berkongsi setiap inci pengalaman yang mereka perolehi kepada kamu semua?.

Aku tak marah. Sungguh aku tak marah. Kalau boleh taknak ada rasa kecewa pun sebabnya apa-apapun yang telah kami semua (alumni) kongsikan yang menjadi pelaksana adalah kamu semua. Yea, kami tidak boleh paksa kamu semua!. Kami tidak boleh paksa kamu semua berfikir cara kami, bertindak cara kami. Ada di antara kita yang percaya dan bergantung kepada nasib. Memanglah Allah yang beri kita rezeki, benarlah Allah yang menentukan segalanya tapi kamu semua terfikir tak kenapa Allah bagi kita akal?, kenapa Allah beri kita kesihatan?, kenapa Allah berikan kita kudrat?. Adakah semua yang Allah berikan itu tujuaannya untuk kita mencipta alasan dan memberi sebab itu dan ini?.

Adik-adik/anak-anak semua. Ringkasnya, belajar di universiti itu memang bukan perkara yang mudah tapi jika kamu semua telah lihat ada individu yang boleh berjaya. Bertanyalah kepada diri dan percayalah kepada diri kamu semua mampu untuk melakukannya. 

Adik-adik/anak-anak semua. Jauhi segala sifat hasad dan dengki. Jauhi sifat suka bercerita tentang keburukkan orang lain. Jauhkan diri kamu semua daripada suka memfitnah dan jalanilah kehidupan dikampus bersama kawan-kawan dengan hati yang tenang dan gembira.

Adik-adik/anak-anak semua. Belajarlah menghormati kawan-kawan kamu semua seperti mana kamu belajar menghormati diri sendiri. Kuatkan semangat dan jangan pernah biarkan rasa putus asa hadir dalam diri,

Adik-adik/anak-anak semua. Semakin kita meningkat dewasa, aku berharap kamu semua akan menjadi seorang yang lebih matang. Matang serba serbi. Matang berfikir dan matang bertindak. Tidak susah bukan untuk sekurang-kurangnya bertindak dan menunjukkan peribadi yang matang?.

Adik-adik/anak-anak semua. Ketahuilah, jika kamu semua merasakan kehidupan dikampus itu adalah sukar, bila kamu melangkah ke alam pekerjaan nanti, kamu akan tahu bagaimana rasa sukarnya itu. Namun walau apapun bentuk kesukaran yang kamu sedang alamai dan bakal lalui, nikmatilah rasa sukar itu sebab rasa sukar itu lah yang akan membuatkan kamu menjadi seorang yang lebih kuat dan tabah.

Adik-adik/anak-anak semua. Perkara yang paling asas adalah sentiasa meletakkanNYA pada kedudukan yang tertinggi. Di hati kamu. Di jiwa kamu. Di akal kamu. Sentiasa dan beristiqomahlah.....

Adik-adik/anak-anak semua. Aku tidak juga seorang yang baik dan berpengetahuan. Aku belum lagi seorang yang berjaya. Namun aku tidak pernah  ada putus asa untuk merasai apa itu kejayaan. Jika kamu semua merasakan kamu telah berusaha, maka perbanyakkan berdoa. InsyaAllah, Allah itu maha adil dan maha penyayang dan maha pemberi. Jika kamu dapat, belajarlah cara bagaimana mensyukuri nikmat pemberiaanNya.

Adik-adik/anak-anak semua. Aku tahu kamu rindukan aku, rindukan abang kamu!, rindukan abah kamu! tetapi kamu jangan sesekali lupa betapa aku juga merindui kamu semua!. Selagi rasa putus asa ini tidak ada maka aku akan sentiasa caknakan perihal kamu semua.

THERE IS A WAY TO BE GOOD AGAIN.....jika kamu berkelapangan, carilag DVD The Kite Runner, mungkin kamu akan tahu bagaimana untuk berkorban.


Sekian, terima kasih!


5 comments:

Amir Rayyan said...

pesanan yang penuh maksud dan berguna.... mg kita selalu ingat...InsyaAllah...

waktu membaca entry ini adalah tepat jam 1.15 dan abg pasti sedang terbang diawan...jg diri,mg dipermudahkan urusan..insyaAllah..

Mr Final said...

hehe wakaupon ni utk adik2 kat ump... frankly said, rasa untung sbb smpat knl dgn alumni2 yg lebih snior ni dan ambil yg baik utk dicthi... sntiasa igtkn sy sndri utk berfikir lebih positif sentiasa. thankz bro :)

penyuluh perikanan said...

artikel blog ini sangat bagus dan menarik semua mas, salam perkenalan, momggo mampir di blog saya kita tukaran link
ini link saya, dan link mas langsung kupasang silahkan periksa, mpasang juga punya saya
trims

jon hafkian said...

sy xsempat baca full lg...jap g pegi ofis baca sampai habis.

tkehidupan di kampus bukanlah sesusah mana.bila kerja baru tahu langit ni betul2 tinggi atau tak. :)

Anonymous said...

saya suka baca entry ini..terima kaseh atas perkongsian ini, meskipun saya tidak pernah menjejak kaki ke menara gading. saya rasa seronok baca entry2 awak Wan, sunggoh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...