This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Monday, 27 February 2012

Ustaz Badrol Amin VS Lynas.....

Assalamualaikum dam Salam Sejahtera Kesemuanya.....

Sebelum tidur, baca serba sedikit isu-isu yang sedang berlaku di Malaysia. Oh, rupa-rupanya ada dua isu segar yang berlaku sepanjang hujung minggu sabtu dan ahad lepas.

A - Isu khalwat Ustaz Badrul Amin

Istighfar dan terkejut. Tidak tahu bagaimana untuk memberikan pendapat. Nanti menjadi fitnah pula. Sesungguhnya Allah maha mengetahui setiap kejadian yang berlaku. Betul atau salah cerita ini sudah pasti menjadi perkara yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia. Jika di dunia Allah sudah menunjukkan amaranNya apatah lagi bila berada di 'sana' nanti. Berdoalah semoga kita yang semua terhindar daripada sebarang fitnah dan perkara yang boleh memberikan aib kepada diri, keluarga, bangsa, negara dan yang paling pentingnya adalah agama.

B - Isu Perhimpunan Hijau Lynas di Kuantan

Ada baik dan ada buruknya isu ini. Sebagai rakyat Kuantan walaupun aku tidak berada di Kuantan ketika ini,  adalah perlu untuk aku menjadi prihatin terhadap keluarga aku, kawan-kawan aku yang menetap di Kuantan. Bila diperhalusi seakannya isu ini lebih banyak mendatangkan masalah. Barangkali masalah yang kita nampak tidak berlaku dalam masa yang terdekat namun dalam boleh berlaku dalam tempoh jangkamasa yang panjang. Aku bukan sengaja mencongak apa yang berlaku di masa hadapan tapi bak kata orang 'mencegah itu lebih baik daripada merawat' dan ' sudah terhantuk baru nak terngadah'. Pemerintah (kerajaan) seharusnya belajar daripada sejarah-sejarah terhadulu. Kesan dan akibatnya. Jangan kerana mahu mengejar status negara maju maka kita perlu memperjudikan hidup rakyat.

Aku juga mahu menjadi seorang rakyat yang bertolak ansur. Mahu menjadi seorang rakyat yang patuh kepada undang-undang perlembagaan (terlebih dahulu kita WAJIB patuh kepada undang-undang Al-Quran & Sunnah). Justeru, pertimbangkanlah isi hati rakyat yang rata-ratanya menolak pembinaan loji ini di Gebeng. Apa yang baik untuk semua, insyaAllah rakyat akan menyokong namun jika sebaliknya, i think everybody can do the math!


Fikirkan sejenak.....

Kejatuhan Kerjaan Mesir Hosni Mubarak disebabkan oleh kesatuan kerja yang membantah kerana tidak menerima bonus dua bulan gaji seperti yang dijanjikan oleh majikan. Kesannya selepas dua tahun Kerajaan Hosni Mubarak tumbang....

The Factory : Al-Jazeera

Sekian, terima kasih!


13 comments:

Amir Rayyan said...

moga yang baik-baik mengiringi kita semua...insyaAllah...

Anonymous said...

jangan menghukum sebelum benar sabit...

Aku said...

cerita pasal Lynas, aku sebenar-benar tak tau apa masalahnya. kalau ikut yang di tulis, langkah2 perlu telah diambil.

tapi, biasalah... kemalangan industri pernah dan akan terus berlaku, ia sebahagian daripada risiko. sama seperti kita ambil keputusan untuk berada di jalanraya, bila kita di atas jalan raya sahaja, risiko untuk mendapat kemalangan maut tetap ada dan statistik mengatakan probability kalau naik motorsikal lebih tinggi daripada naik kereta.

cumaaa.... sekali kilang Lynas mengalami kemalangan, kesannya tak sama dengan kisah orang kena hempap kren atau kemalangan maut di rel keretapi... kesannya, kalau terjadi pasti besar.


dan jangan ada yang kata semua langkah telah diambil tak kejadian buruk tidak mungkin berlaku sebab risiko tetap risiko... ianya hanya menunggu masa untuk terjadi, bukan?


berbalik kepada isu asal, apa sebenarnya yang ditakuti? aku cuma dengar sebelah cerita sahaja sebab cerita yang belah satu lagi terlalu banyak hijab yang menapisnya...

baincardin said...

Psl Lynas tu, kenapa x buat je kt Australia? kenapa nak jugak buat kt Msia? fenin....^_^'

Yus said...

Alhamdulillah...sejak kat KSA dah rajin menulis untuk perkongsian...teruskan bro

NJ@Goboklama said...
This comment has been removed by the author.
DBI said...

wan petunjuk wan hidayat..hari hari berblog sekarang..pasti banyak masa terluang..:-)

NJ@Goboklama said...

As'salam Dayat, semoga adik sihat2 saja di sana. Akak baik2 je, cuma jarang sangat bloghopping sekrg, akak balik asal, bercerita di blog sendiri & berkongsi rasa sesama sesiapa saja yg sudi membaca Goboklama. Do keep in touch dik, mekasih ingat ke akak lagi :D

KV said...

out of topic.
salam dek Wan, lamo nyo tok dengar khabar. Ingat2 lupo doh. Tp seb baek ingat smula. Hihi. Sihat kah?

Mak Su said...

rakyat mmg tak dak kuasa... tapi suaranya begema

Ad Rifza said...

Ingatkan sapa laa wan petunjuk..hehe..klik baru taw..apa2 pun diharapkan kita tidak terjun kedalam risiko atas apa sahaja keadaan..fitnah ataupn radioaktif..Moga ALLAH menjaga kita dlm setiap tindak tanduk kita..INSYALLAH..

Wanpetunjuk said...

Wan: InsyaAllah wan....


Anonymous: Sy tidak membuat sebarang pertuduhan dan tidak akan melakukannya. Allah maha mengetahui....



Aku: Ntah lah...takut sebab kalau benda tuh adalah betul dan bukan fitnah dan begitu juga sebaliknya...


Baincardin : Kan!. Tahu takpe padahal austrlia jauh lagi besar kot. Byk lagi tanah2 kosong kat sana....


Yus: Boleh lah bro....kongsi2 menda2 ngarut sikit....

Wanpetunjuk said...

DBI: Hahaha...ha'ah Doc. Masa mmg byk....


Goboklama: Mesti lah ingat....hujung2 2007 dan awal2 2008 tuh rasa dunia blogging mmg happening!



KV: Kak, baik alhamdulillah...mesti lah ingat....ni nok kena aktif balik....



Maksu: Yup...setuju sgt maksu.




Adrifza: Motifff tak tahu wanpetunjuk?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...