This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Saturday, 25 February 2012

Susah ke Nak Solat Berjemaah?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Perkara yang akan dikongsikan kali ini barangkali sudah biasa didengari oleh kita semua. Hatta sewaktu kita berada di zaman pra-persekolahan, sekolah rendah dan sekolah menengah, ustaz dan ustzah seringkali menekan akan perkara ini. Perkara yang cukup mudah untuk kita lakukan lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar lelaki namun atas ketidakfahaman tentang tuntutan ini, kita sering kali merasakan perkara ini rumit dan sukar untuk dijadikan amalan. Aku akui, aku juga terkadangnya berasa begitu.

Ihsan gambar : Carian google

Setelah hampir 3 bulan berada di Arab Saudi ini, aku merasakan solat berjemaah itu adalah suatu perkara yang menyeronokkan. Aku tidak mahu bercerita tentang kelebihan solat jemaah ini kerana rakan-rakan boleh secara langsung mengunjungi tulisan individu yang sudahpun panjang lebar bercerita tentang kelebihan solat jemaah. Aku telah sediakan links seperti yang terdapat di bawah ini. Mohon agar rakan-rakan diberikan masa untuk meluangkan sedikit membaca tulisan kelebihan solat berjemaah tersebut;

A - Kelebihan Solat Berjemaah SATU - Dikupas berdasarkan kajian hukum fizik/sains

B - Kelebihan Solat Berjemaah DUA - Dikupas berdasarkan kajian hukum fizik/sains

C - Kelebihan Solat Berjemaah TIGA - Dikupas berdasarkan firman Allah dan Hadith Nabi

Berbalik kepada ketidakfahaman kita tentang tuntutan ini, aku berpendapat rata-rata di antara kita sedikit keliru akan 'keadaan tuntutan' tersebut. Secara ringkasnya, solat berjemaah ini mengikuat kefahaman aku tidak semestinya dilakukan di masjid atau di surau. Bahkan solat berjemaah ini boleh dilakukan dirumah sahaja. Aku memahami situasi individu yang terkadangnya memberikan alasan jarak rumah ke masjid dan ke surau yang  jauh dan sebagainya. Benar, namun keadaan tersebut tidak pernah boleh digunapakai untuk menafikan tuntutan solat berjemaah ini. Kita sentiasa boleh melakukan solat berjemaah bersama keluarga di rumah, seorang suami boleh berjamaah bersama isterinya (jika belum ada anak-anak), kita juga boleh berjemaah dengan rakan-rakan di bilik asrama hatta sekiranya kita sedang keluar dan membeli belahpun, solat berjemaah ini masih boleh dilakukan. Persoalannya, kita mahu atau kita tidak mahu. Tepuk dada tanyalah iman.....

Aku berharap, sekembalinya aku ke Malaysia nanti (bila-bila yang telah diaturkanNya), aku boleh beristiqomah dengan perkara ini. Fasiliti solat di Arab Saudi sangat bagus. Kita boleh melihat surau dan masjid hampir di setiap penjuru jalan dan bangunan. Seperti setiap mereka mencintai masjid dan surau. Rumusannya, jika ada individu yang mampu melakukan jemaah, kenapa tidak kita?. Marilah bersama kita fikirkan.....

Sekian terima kasih!.



2 comments:

Aku said...

jap tadi ada ustaz bagi tau yg jarang orang telefon nak solat zohor sama-sama di masjid sana atau sinun.. selalunya telefon untuk ajak makan tengahari di restoran sana atau sinun...

Amir Rayyan said...

Moga kita sentiasa istiqamah dan dipermudahkan urusan insyaAllah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...