This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Tuesday, 28 February 2012

Seronok atau Tidak?.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Rata-rata orang berpendapat bekerja di luar negara adalah perkara yang menyeronokkan. Tambahan pula jika kita dapat bekerja di kota-kota besar seperti di Eropah dan di Amerika Syarikat. Ini adalah di antara negara-negara yang menjadi kesukaan dan pilihan utama kebanyakkan rakyat Malaysia. Tidak kurang juga mereka yang ingin bekerja di Timur Tengah seperti di UAE, Qatar, Oman, dan negara-negara Timur Tengah yang lain. Justeru perkongsian kali ini adalah lebih menjurus kepada diskusi faktor-faktor yang menjadi pendorong kepada rakyat Malaysia untuk bekerja di luar negara.

Sejujurnya aku juga tidak terkecuali daripada bermimpi dan berangan untuk bekerja di luar negara. Negara yang menjadi pilihan aku adalah negara yang terletak di Timur Tengah dunia. Ketika penulisan ini dibuat, aku sudahpun berada di Arab Saudi, lebih tepatnya di Al-Khobar. Kali pertama aku mendapat tahu aku adalah di antara pekerja yang tercalon untuk ke Arab Saudi, sungguh!, rasa seronok dan tidak sabar itu melonjak-lonjak. Seperti ingin aku khabarkan kepada seluruh dunia bahawa aku di antara rakyat Malaysia yang bertuah itu. Sebelum aku bertolak, aku ada berbincang dengan keluarga dan rakan-rakan terdekat akan peluang ini. Rata-ratanya memberikan sokongan dan pandangan positif dan menggalakkan aku untuk pergi dan merasai pengalaman bekerja di luar negara.

Dengan pengalaman yang sedikit, pengetahuan yang dangkal, aku menyahut cabaran ini walaupun istikharah yang telah aku lakukan tidak dihadirkan Allah dengan sebarang petanda atau barangkali aku tidak sedar akan jawapan kepada istikharahku. Aku langsung berlepas ke Arab Saudi pada penghujung tahun lepas dan hanya berbekalkan semangat dan doa-doa aku berharap aku akan dapat bertemu dengan kepuasan dan keseronokan bekerja di negara orang. Untuk pengetahuan kawan-kawan, Al-khobar ini terletak di eastern province of KSA. Ianya berdekatan dengan nagara Bahrin, tidak jauh juga dari Qatar. Lebih mudahnya Al-Khobar ini juga terletak berdekatan dengan Lautan Parsi (Persian Gulf). Apakah faktor-faktor yang mendorong rakyat Malaysia untuk bekerja di luar negara. Ini adalah pendapat peribadi aku daripada pemerhatian semasa.

A - Pengalaman : Untuk menambahkan harga kepada resume bila pulang dan memohon kerja lain di Malaysia kelak. Sejujurnya aku meletakkan pengalaman sebagai faktor utama.

B - Gaji : Jika gaji tidak lumayan, masakan ada rakyat Malaysia yang mahu bekerja di luar negara. Oh ya, sententunya ada dan aku adalah di antaranya. Kebanyakkan majoriti rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara adalah golongan profesional. Jarang sekali kita dengar rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara sebagai buruh.

C - Kemahsyuran : Mungkin ramai yang tidak bersetuju tetapi faktor ini juga adalah di antara perkara yang berlaku. Apabila bekerja di luar negara, anda akan di anggap sebagai seorang yang hebat. Tanggapan ini lah yang akan menaikkan kemahsyuran seseorang indidvidu yang bekerja di luar negara. Terpulang kepada mereka yang bekerja di luar negara untuk meletakkan kemahsyuran itu sebagai pembeza atau sebagainya. Ikhlas pada aku, kemahsyuran tidak memberikan impak kepada kepada diri aku malah membawa lebih banyak buah fikiran yang negatif.


Komen daripada Kak Neeza yang kini masih berada di Jubail, KSA. Komen ini pada tahun 2009.  Tidak sangka sekarang aku benar-benar berada di KSA. Belum ada peluang berjumpa dengan Kak Neeza sekeluarga.

Seperti yang telah dinyatakan di atas, faktor ini adalah pendapat peribadi aku. Mungkin terdapat faktor-faktor yang lain. Apa-apapun, kembalilah kepada matlamat asas, kenapa kita memilih untuk bekerja di luar negara. Jika tujuannya untuk mencari pengalaman, menbantu ibu bapa dan keluar di kampung, insyaAllah Allah akan mempermudahkan setiap urusan kita. Untuk pengetahuan kawan-kawan, sementelah aku berada di Arab Saudi ini, negara timur tengah ini cukup terkenal dengan peluang pekerjaan di dalam lapangan oil & gas dan juga pembinaan. Sesiapa yang berminat untuk bekerja di sini, mulalah mencari, mana tahu ada rezeki kalian.

Aku - aku putuskan aku tidak akan lama di sini. Bukan tidak seronok dan tidak mencabar tapi aku sentiasa percaya aku cuma ada seorang ayah dan seorang ibu dan peluang itu hanya sekali. Sebanarnya bekerja di Malaysia pun boleh dapat jadi yang bagus. Aku tidak mahu gaji yang banyak tapi cukuplah sekadar keperluan dan tanggungjawab bulanan boleh dipenuhi dan dilunaskan mengikut masa yang telah ditetapkan. Ya Allah, permurakanlah rezeki ku, ibu bapa ku, adik beradik ku, guru-guruku, sahabat-sahabatku, dan seluruh muslimin dan muslimat.....


Sekian, terima kasih!


4 comments:

Amir Rayyan said...

Allahumma ameen...Moga Allah permudahkan segala urusan....jg diri abg! :)

Wanpetunjuk said...

Wan: Tak boleh tdo ke?. Amik air sembahyang dan solat hajat 2 rakaat. Cuba lelapkan mata....

Thank you Wan!

Anonymous said...

Ayah & Ibu... benar, peluang itu hanya sekali...
hargailah & hormatilah mereka.. jangan dilukakan hati mereka...
smoga adik menjadi anak yg soleh! amin..
-NoRiSh-

Amir Rayyan said...

Semalam abg...Alhamdulillah lebih tenang hari ini..tq abg..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...