This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Friday, 24 February 2012

Rahsia Hilangkan Penat...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Sementara menunggu isyak, aku teringat akan pesanan teman lama aku yang kini sudahpun menjadi seorang doktor di Kuala Lipis. Pesanannya ringkas tetapi mujarab dan memberikan implikasi yang baik untuk otak dan tubuh badan. In fact, it's simplest thing that everybody can do!. Cuma mahu atau tidak mahu sahaja.

Secara ringkas, aku soroti balik zaman-zaman aku bekerja di plantar-plantar minyak sekitar Sabah dan Sarawak dan juga di atas kapal-kapal yang terlibat dengan kerja-kerja pipeline maintenance, pipeline lay etc. Rahsianya mudah dan ringkas tapi kena istiqomah. Baru terasa kesannya. Rahsianya adalah berZIKIR. Kerja di laut memang memenatkan tetapi sangatlah menarik. Selalunya kita kan kerja sampai lewat malam dan esoknya kita perlu bekerja kembali dan sudah semestinya kita memerlukan masa yang banyak untuk recover rasa penat. Sometimes we have to run some projects 24 hours non-stop. Justeru dalam tempoh kita bekerja pun kita masih boleh berzikir. Mudah bukan?. Alhamdulillah, aku amalkan apa yang teman aku sarankan dan ianya berkesan. Aku tidak pernah mengalami rasa penat ketika bekerja di laut - the way you manipulate your mind pun berperanan untuk hilangkan rasa letih ni. So, always think positive. Alhamdulillah, aku berjaya jadikannya sebagai amalan dan mari bersama melakukannya!

Rata-ratanya, kita menolak untuk mengamalkan zikir atas alasan yang tidak logik dan kurang siuman. Seperti contoh;

"Macam mana nak berzikir kalau takde tasbih?" - Boleh ke macam tuh?. Apakah untuk berzikir itu kita diwajibkan menggunakan tasbih?. Rasa macam nak pukul-pukul je sesiapa yang bagi alasan macam tuh!.

Selain hilangkan penat, zikir ini juga akan melembutkan lidah kita. Anggap amalan ini sebagai latihan supaya kita mudah dan lancar untuk membaca Quran. Amalkan setiap masa hatta sewaktu kita menonton tv, membeli belah, berjalan-jalan dan yang paling sebelum tidur. Zikir dan zikir dan zikir sampai mata tertutup lena. Praktikal tak apa yang aku cakap dekat atas ni?. Terpulanglah kepada teman-teman untuk menilainya. Apa-apapun, jadikan zikir sebagai amalan harian. Yang sudah jadikan zikir ni sebagai amalan harian semoga terus beristiqomah...dan...dan...dan azan isyak pun berkumandang. BERHENTI MENAIP!

Sekian, terima kasih!.

4 comments:

Amir Rayyan said...

zikir sebagai penawar jiwa....Alhamdulillah...

Wanpetunjuk said...

Wan : Yesss...amalkan ye :)

Anonymous said...

xde tasbih, x boleh berzikir?! dasat sungguh pemikiran org itu kan...
hanya mampu berdoa agar org yg berkata begitu ditunjukkan jalan yg benar....

dik, terima kasih di atas peringatan ini...
-NoRiSh-

Wanpetunjuk said...

Kak Norish: Kan!. Ada jugak orang mcm tuh dlm dunia ni. Apalah guna Allah bagi jari yang runcing2 tuh kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...