This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Thursday, 23 February 2012

Puting.....Beliung!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....


These two below scenes have been captured during my last visit at Samarang Petronas Carigali Sabah back in early 2010. Cuba buat direct translation, how puting beliung sounds in English?. Mampu ke tak?. 

Nampak tak apa yang aku nampak?. jarak kami waktu dalam beberapa kilometer dan kalau tidak silap sebelah pemandangan puting beliung itu adalah pulau-pulau Filipina. Subhanallah....

This puting...puting beliung or tornado berlaku hasil aktiviti di dalam awan kumulonimbus yang besar semasa ribut petir dasyat. Puting beliung juga boleh berlakubersama taufan. Dalam kebanyakkan ribut petir yang berlaku di dunia, udara panas naik membawa wap air dan membentuk awan komulonimbus dan hujan membawa udara sejuk ke bawah pada tempat yang sama, oleh itu angin ribut kencang tidak terbentuk. Tetapi sesetengah ribut petir pula menghasilkan angin kencang di dalam awan akibat turun naik udara panas dan sejuk secara serentak serta turun naik udara panas dan sejuk yang tidak berlaku pada tempat yang sama, dikenali sebagai fenomena angin ricih. Sekiranya angin ricih kencang tersebut berubah bentuk daripada melintang di dalam awan kepada menegak, angin kencang berbentuk corong akan terbentuk dan pusaranangin berbentuk corong tersebut dikenali sebagi puiting beliung. [sumber - wikipedia]

Agaknya kalau dekat dengan accomodation barge tuh boleh terbalik tak?

Justeru, bila kita fikir kejadian-kejadian seumpama ini di depan mata, apa yang akan kita fikirkan?. Rasa takut?, rasa insaf?, rasa seronok?. Tepuk dada tanyalah iman!. Ringkasnya kepada aku, ini adalah maran kecil daripadaNya betapa setiap kejadian itu adalah mempunyai sebab musabab tertentu. Tanyalah dengan diri kita masing, kenapa kita di sini hari ini?. Kenapa aku bekerja sebagai seorang blala?, kenapa aku berkahwin dengan dia?, kenapa gaji aku tak naik-naik?, kenapa itu dan kenapa ini. Semuanya bersebab, semuanya telah direncanakan olehNya. Eh, pernyataan di atas bukan satu bentuk penafian untuk kita tak perlu berusaha dan biarkan diri begitu sahaja ye. Usaha kena terus berlangsung!. Bermuhasabah dan fikir-fikirlah.....

Sekian, terima kasih!


5 comments:

Amir Rayyan said...

Ya,usaha kena terus berlangsung! Abg,rindu! :)

Wanpetunjuk said...

Wan: Yup...keep doing the good things with no hope any in return....hahahah

Aku said...

puting beliung boleh dekat-dekat ek?

kalau bergabung, macam manalah agaknya nanti....

Wanpetunjuk said...

Aku: Kalau ikut jarak sebenarnya rasanya jauh kot. Tapi mcm biasalah kan, yang kecik boleh jadi besar...macam api :)

Anonymous said...

Subhanallah!
-NoRiSh-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...