This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Wednesday, 22 February 2012

Nak Pandai Bercakap LAH!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Ini adalah mood BAHASA LONGGAR. Terkadang aku boleh jadi begitu particular dengan susunan bahasa. Sebab itu bila menulis satu-satu entry, seminggu pun belum tentu boleh dipublish sebab asyik-asyik check tatabahasa. Ini baru Bahasa Melayu, kalau Bahasa Inggeris alamatnya tak terpublishlah satu-satu entry itu. Susah juga aku nak buang tabiat ini. Eh, bukan kah tabiat ni bagus?. So, sebelum aku tulis tentang perkongsian petang ini, aku nak buat self-definition lah untuk Bahasa Longgar ini.

Bahasa Longgar: Bahasa Melayu yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan seperti yang kita biasa dengar dalam perbualan harian masyarakat Melayu hari ini dengan sampukkan Bahasa Inggeris yang sedikit-sedikit. 

OK, semua orang nak pandai bercakap dan rasa-rasanya semua orang pandai bercakap. Tapi bercakap yang bagaimana?. Bercakap ala-ala berdebat?, bercakap ala-ala menjawab soalan dalam sesi interview?. Tidak kisah apapun jawapannya, tapi 'pandai bercakap' ini boleh jadi satu kelebihan dan tak kurang juga satu sasaran. Bercakap tuh perlulah berilmu, biarlah berisi, biarlah bermaklumat dan yang paling penting biarlah yakin. Orang kata orang politik pandai bercakap. Sah lah pandai sebab kalau dorang tak pandai, rakyat taknak mengundi. After all, I think our former Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad antara pemimpin dunia yang hebat bercakap. I've watched lots of leaders in the wold speaking publicly (via youtube.com eh!) and Tun is the best speaker for me. I might be bias but it's just a matter of my preference. Perhaps, you have your own favorite.

Tun Dr. Mahathir Mohamad - Kacak lagi kan?
Konklusinya, nak pandai bercakap kena ada usaha, kena ada pengetahuan, kena ada keberanian, kena ada keyakinan, kena ada seni dan kena macam-macam lagi lah. Adik-adik yang masih belajar, get yourself ready untuk tempuh alam kerja esok lusa. Make use the sofskills (bukan kemahiran melembutkan diri ye) untuk sesi temuduga dan internship. Kepada yang dah bekerja, waktu nak present proposal/paperwork/meeting - seni bercakap ni kena diperhalusi. Apatah lagi yang dok kat line SALES!. Bercakap biar confident dan convincing!

Klik di sini kalau teringin nak tengok BBC interview session with Tun. TouTube I, YouTube II, and Youtube III. Last but not least, undi sesiapa yang kamu rasa benar!

Sekian, see you!



5 comments:

Anonymous said...

Bukan skill melembutkan diri yer... Hahaha

Cik Sue*katanyer

Wanpetunjuk said...

Cik Sue: Ni MYY ke?. Kenapa Rymeewrites dah takleh masuk. Selected reader kah?. Hahahaha

Amir Rayyan said...
This comment has been removed by the author.
Amir Rayyan said...

turut mengkagumi Tun...Seorang tokoh negarawan yang hebat! Moga Allah merahmati beliau insyaAllah...

Ya,undi yang bijak melaksana apa yg dicakap juga...:)

Wanpetunjuk said...

Wan: InsyaAllah Wan....selamat bekerja ye. Abg cuti khamis dan Jumaat (weekend utk KSA!)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...