This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Wednesday, 29 February 2012

Mencarut Dalam Larut - Episod I

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Bercerita hingga larut malam sehingga menjelang awal pagi bersama dua orang lagi sahabat En. Amin dan En. Habib, juga boleh dikatakan sebagai abang-abangku di sini (mereka sudah pun berumur dalam lingkungan 40-an), meninggalkan isteri dan anak-anak di Malaysia untuk mencari rezeki di Saudi. Kami bercerita tentang banyak perkara, daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada perkara yang tidak berbatas. Aku seronok mendengar pandangan mereka yang dewasa ini kerana persepsi dan terjemahan mereka tentang perkara yang berlaku ketika ini kadangkalanya berbeza daripada kami yang muda ini berfikir.

Sudah menjadi kelaziman sepanjang kami berada di Saudi ini, fokus diskusi kami sudah pastinya lebih menjurus kepada isu ekonomi, politik dan sosial di Malaysia. Kami tidak mahu ketinggalan isu-isu segar yang sedang berlaku di Malaysia. Setiap kali pulang dari pejabat, masing-masing seolah-olah sudah mempunyai updates terkini tentang apa yang kami saksikan dan telah baca baik di televisyen mahupun di internet. 

Aku tangguh dahulu isi-isi diskusi tersebut buat ketika ini kerana akal aku tidak boleh lagi menahan rasa letih dan mengantuk.  Sungguh, isi-isi diskusi akan datang barangkali banyak menimbulkan tanda tanya kepada kita semua. Mungkin ianya benar dan mungkin ianya retorik dan ianya adalah bersifat pandangan semata-mata. Apa yang baik kita jadikan sebagai panduan dan teladan, mana yang tidak elok kita jadikan sebagai sempadan.

Aku scheduled tulisan ini pada jam 0900hrs 29hb Februari 2012 waktu Malaysia sedang aku kini nyenyak dalam pembaringan yang sementara. Selamat bekerja buat rakyat Malaysia. Bekerjalah bersungguh-sungguh!. Oh ya, kita akan bertemu tanggal 29hb Februari ini empat tahun akan datang. Jika usia kita panjang.....


Sekian, terima kasih!


2 comments:

Amir Rayyan said...

selamat juga abg....jg diri...:)

Realname Hidden said...

ye..entry ni akan jumpa pada tarikh yang sama dalam 4 tahun lagi..
sesungguhnya bekerjalah bersungguh-sungguh juga orang yang jauh di sana...:) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...