This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Saturday, 25 February 2012

Klebek2 - Jupe MILIDI!

Assaalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Mood: Bahasa Longgar

Klebek natang bende gop tu? . Tahu tak apa maksud ayat di sebelah ni?. Orang Ganu mesti tahu maksudnya atau cara aku tulis tak betul. Apa2pun maksudnya 'Cari Apa Tu?' - lebih kurang macam tu lah. Begini ceritanya, sebelum aku buat keputusan nak menonton cerita Dance With Wolves lakonan Pakcik Kevin Costner yang pernah menang Oscar untuk kategori Best Director back in 1991 for 63th Academy Awards. Sebagai tambahan, cerita ni menang 7 kategori utama!. So. aku pun klebek lah album2 aku dalam mukabuku. Aku terperasan gambar seperti di bawah ni. Tahu tak apa ke banda ni?. I bet not much knows bout this but trust me, MILIDI ni dah wujud lama, zaman aku skolah rendah lagi dah ada. Tapi rata-rata yang dok Pahang + Teganu mesti tahu milidi ni.

MILIDI - Ala-ala spaghetti tak?. Aummm sedapnya.... 

Milidi ni memang sedap. It looks like spaghetti but much better than spaghetti. 5 minit rendam dalam air panas dan boleh digoreng terus bersama ikan bilis, bawang kecik sikit, bawang putih sikit dan ciliboh. Dah siap!. Dulu2 harga milidi ni 90sen jer, sekarang dah naik harga dalam RM1.50. Sesapa yang datang bertandang ke Pahang, jangan lupa beli buat stock dan cuba. Kat Tunas Manja banyak dijual. Milidi ni makan dengan kuah laksa Pahang pun sedap. Tak rasa muak. Kalau nak tahu rasa, cer cuba - insyaAllah anda tak menyesal.

Oh ya berbalik kepada perkataan klebek tadi, cara sebutannya boleh dengan cara sebutan 'e-pepet' atau 'e-taling' sebab maksudnya tetap sama. Kalau tak tahu beza macam mana bunyi e-pepet dan e-taling ni, aku bagi contoh yang paling senang kat sini. Hurrmmm ok, untuk perkataan SEPAK;

A) SEPAK (e-taling) - maksudnya tendang, terajang dan seangkatannya.

B) SEPAK (e-pepet) - maksudnya tampar/lempang.

Dah dapat bezakan?. Jadi berhati-hati dalam menggunakannya. Perkataan sama tapi lain maksud sebab lain bunyinya. Sebelum aku merepek meraban, just get back to the principle. I've read Over The Top yang tak abis lagi dibaca walaupun dah lama dibeli. Just want to share some worth thoughts by Zig Ziglar - When you discipline yourself to do the things you need to do when you need to do them, the day will come when you can do the things you want to do when you want to do them - cer baca laju2, rasa berbelit tak lidah. Well, it's such an exercise for our tongue!. Konklusinya, apa2 yang kita nak buat kenalah berdisiplin. Blogging pun kena berdisiplin juga.


Sekian, terima kasih!.


1 comment:

Anonymous said...

klebek2... jumpa adik!
hehehehehehe..

-NoRisH-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...