This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Wednesday, 22 February 2012

Kecik!.Sederhana!!.Besar!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Adakah aku sudah jadi daily blogger kah?. Banyak pula masa?. Ok, we have 24hrs/day. If you manage your time wisely, I think everybody can be a daily blogger. Frankly I am not a daily blogger and I never think of becoming a daily blogger. Orang kata, sementelah ada masa terluang, penuhkan dengan kerja-kerja yang berfaedah. So, I think that blogging is one of the good things so why don't we?. Apa-apapun, utamakan yang lebih utama!.

Kisah hari ini - Kecik!.Sederhana!!.Besar!!!. Please don't get me wrong. I am not going to story about the bareness things. Ini adalah cerita tentang air. Air yang kita minum setiap hari. Boleh jadi air mineral, air pusingan berbalik (reverse osmosis) dan sebagainya. Baiklah, semalam selepas makan malam, aku ditugaskan untuk membeli air untuk minum. Untuk pengetahuan teman-teman, kami di Al-Khobar tidak meminum air yang telah dijerang secara elektrik (electric kettle) sebabnya air paip di sini adalah bersumber daripada air laut yang di suling (seawater desalination) dan anda sendiri boleh agak bagaimana rasanya. We have heat the water just to make a cup of nescafe. Jarak unit kediaman ke kedai lebih kurang 100 meter. Maksudnya pergi dan balik adalah 200 meter. Bermula dengan pembelian air minuman dalam botol yang bersaiz kecil (5L) beberapa minggu lepas, kemudian beralih kepada botol yang bersaiz sederhana (8L) dan semalam bersaiz besar (12L). If you would like to read about water sources in Saudi Arabia, just click here Wiki - Water Supply and Sanitation in Saudi Arabia.

Kecil 5L.Sederhana 8L. Besar 12L - angel's kiss mode!
Sebelum keluar membeli semalam, aku sudah memasang niat untuk membeli air yang botolnya bersaiz besar. Sungguh, aku tidak mengetahui botol bersaiz besar itu adalah 12L iaitu bersamaan dengan 12kg. Kebiasaannya aku akan membeli 2 botol air setiap kali sumber air minumam di rumah kehabisan. So, I have bought two bottles of drinking water yester-night (yesterday night lah!) . Dengan saiz tubuh aku yang kecil ini, aku perlu membawa disebelah kanan dan kiri aku beban seberat 12kg = 24kg dan berjalan sejauh 100 meter dan perlu pula menaiki tangga ke tingkat paling atas kerana unit kediaman kami terletak di rooftop. Tidak lah setinggi mana, hanya 3 tingkat. Oh ya, botol yang bersaiz besar ini pemegangnya tidak praktikal dan ergonomic. Sakit tangan aku!.

Morale of the story : Niat yang dipasang untuk membeli air minuman bersaiz besar tercapai akhirnya. 24kg itu adalah boleh tahan beratnya when I correlate to my body size. It doesn't proportional as I am not a body builder. Ada beberapa perkara yang aku fikirkan tentang Kecil.Sederhana.Besar ini dan ianya berkaitan dengan amanah, tanggungjawab, kekuatan fizikal dan mental, dan pendirian. Sebelum sampai ke rumah semalam, sambil membawa kedua-dua botol air tersebut menaiki tangga, aku sempat berfikir - jika sewaktu aku bekerja di laut dahulu aku pernah mengangkat portable suction pump daripada boat landing ke cellar deck yang beratnya berkaliganda melebihi berat 2 botol air ini, mana mungkin aku tidak boleh mengangkat beban seberat 24kg ini. Syukur alhamdulillah, aku berjaya!. Cerita ini ringkas tapi signifikan.

Hidup kena ada pendirian. Kita perlu jadi determined!. Jangan cari alasan untuk sesuatu yang sebolehnya diselesaikan dengan perkara-perkara yang tidak munasabah. Aku tertarik dengan kata-kata junior debat dan fakulti aku "Jangan kata rezeki ada di mana-mana sebelum kita berusaha sedaya upaya. Pengecut sahaja yang berkata begitu!". Apa kata kalian?. Tepuk dada tanyalah iman.....

Sekian, semoga bertemu lagi!


5 comments:

Amir Rayyan said...

Setuju....Hidup kena ada pendirian dan kena berani hadapi pendirian itu....Moga Allah sentiasa permudahkan buat kita semua..InsyaAllah..

Anonymous said...

Ya betul..
Hidup kena ada pendirian...
bwtul jugakkan, hanya pengecut yg akan berkata begitu, krna kita perlu berusaha dahulu.. bukan hanya berserah semata2..

terima kasih dik..
-NoRiSh-

Anonymous said...

assalamualaikum dik,

akk alhamdulillah sihat2 sahaja disini..
akk juga harap semoga adik sihat2 di sana.. doa & ingatan akk sentiasa bersama adik..

apa khabar NAQ erk.. tentunya dia skrg menjadi anak yg sungguh comel kan.. lama x nampak pic dia :D
akk ternampak pic dia kat profile pic fb adik..

wahhh.. sungguh comel dia pakai tudung.. sejuk mata memandang.. moga dia menjadi anak yg solehah, yg xkan pernah lupa pada keluarga dan abah dia.. amin..

napa YM senyap jerk?!
-NoRiSh-
p/s : rindu lagi sama kamoo..

jon hafkian said...

ur debate junior is correct!
hai cucu!

WAN PETUNJUK said...

Wan: Kan!. Bulatkan prinsip hidup!

Norish: True indeed!. It's applicable kat mana2 sebenarnya...

Achtung: Heyyyy....tahu tak sapa Junior Ucu tuh?. Khairi...hehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...