This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Thursday, 23 February 2012

Few Minutes Sahaja!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....


Mood: Bahasa Longgar

Pertamanya, semoga kawan-kawan yang singgah ke sini sihat sejahtera dan aman damai. Pelik tak sebab semenjak dua menjak ni rajin pula aku meng-upadate blog?. Untuk pengetahuan semua KSA weekendnya jatuh pada hari Khamis dan Jumaat. Sebab tidak ada kerja yang lebih bagus selain menonton tv yang cerita-ceritanya berulang kali ditayang, adalah lebih berfaedah sekiranya aku boleh berkongsi perkara-perkara yang aku fikir dapat memberikan manfaat kepada aku dan kawan-kawan semua. The idea comes without prior notice yea.

Sebenarnya perkongsian petang ini aku pernah pamerkan seawal aku berjinak-jinak menulis di ruangan blogsfera ini, back in 2007 kalau aku tak silap dan ceritanya tentang kesilapan dalam solat/sembahyang. Kawan-kawan boleh klik di 7 Common Mistakes untuk mengetahui tengtangnya. To cut the matter short, sebenarnya few minutes sahaja ini adalah merujuk kepada masa yang diambil untuk kita tunaikan solat wajib. Paling banyak raka'at adalah 4 (Zohor, Asar dan Isyak) dalam 5 waktu yang berbeza-beza. Jadi, 4 raka'at itu juga sememangnya few minutes sahaja TAPI.... Ada 'tapi' yang tak seronok ni - kenapa terkadang kita terleka untuk solat?, terlupa untuk solat?, tak tahu bersolat? - subhanallah, harap-harapnya kita semua tahu untuk mengerjakan solat lah. 


Sekadar gambar hiasan - diambil dari Google image
Aku buat sebab tuh aku beranikan diri untuk berkongsi - maaf bebanyak kalau salah

Bila kita dah tahu solat maka bersolatlah kita. Few minutes jer!. Kalau kita boleh habiskan masa dengan perkara-perkara lain, jadi untuk bersolat sepatutnya kita lebih boleh. Kita tahukan yang membezakan orang yang tak bersolat dengan bersolat itu bagaimana?. Perkara pertama yang disoal bila kita mati nanti adalah solat. Sudah-sudahlah fikir fasal isu ikhlas tak ikhlas ni sebab itu soal kita dengan Allah. Pokok pangkalnya kita buat. Sebenarnya tiada dengan amalan-amalan wajib yang lain. Kita buat insyaAllah kita dapat pahala, kalau kita tak buat, faham-faham lah. Aku pun tak perfect, banyak sangat kurang tapi semangat nak jadi orang berguna dan orang soleh tu sentiasa ada. Kalau ada usaha adalah hasilnya. Yang dah bekeluarga, suami-isteri boleh saling tegur menugur jika teralpha. Same goes to anak-anak kita, wajib untuk kita ajar tentang solat. Adik beradik, saudara mara, kawan-kawan seagama. Bak kata orang-orang yang budiman dan soleh, menegur itu biarlah kena pada tempat dan caranya. Yang kena tegur pula jangan pula cepat melenting.

Ini rangkumannya; 

A - Yang menjaga solat tu jangan pula riak. Yang belum jaga solat lagi jangan pula mengherdik. Dia buat dia dapat. Solat itu wajib bukan?.

B - Soal tak ikhlas tuh, kalau kita perlahan-lahan buat sampai boleh istiqomah - akhirnya kita sendiri tahu kita ikhlas atau tidak. Trust me!

C - Seperti biasa lah, dahulukan yang wajib sebelum nak kejar amalan-amalan sunat.

D - Ingat, it doesn't take you long to perform solah. Just few minutes!. Cer tanam dalam minda, hati dan perasaan kita.

E - Kalau kita tahu sejarah/kisah tentang jumlah asal solat ni, lagilah kita akan mengeluh (Rasulullah akhirnya malu untuk menghadap Allah). Nak tengok wayang dan main bowling pasti takda masa kan?. Jadi bersyukur dan muhasabah lah kita semua.


Sekian, terima kasih


3 comments:

Anonymous said...

terima kasih adik!
-NoRiSh-

Amir Rayyan said...

Moga kita sentiasa istiqamah dgn amal dan pencarian...Allahumma ameen..

Wanpetunjuk said...

Kak Norish: Sama-sama :)

Wan: InsyaAllah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...