This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Thursday, 23 February 2012

Drive-Thru OH Drive-Thru.....

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Mood: Bahasa Longgar 

Rasa-rasanya ramai yang tahu apa itu Drive-Thru kan? ( it's a Drive-Through). Aku bukan nak bercerita fasal KFC atau McD atau sebagainya yang menggunakan sistem drive-thru ini untuk urusan urusniaga. tapi perkongsian kali ini adalah tentang ATM Drive-Through. ATM, bukan Angkatan Tentera Malaysia tetapi Automated Teller Machine. Pertama kali aku tahu wujudnya ATM Drive-Thru sewaktu kunjungan aku pada Oktober tahun lalu ke Kota Kinabalu, Sabah. ATM Drive-Thru Al-Rajhi Bank. Frankly, I was impressed!. Mana tidaknya first time jumpa. Cuma aku terfikir beberapa perkaralah jika sistem ini diguna pakai secara meluas kelak. Tak lain tak bukan, soal keselamatan. Mujur sahaja ATM Drive-Thru Al-Rajhi Bank di Kota Kinabalu terletak di dalam perkarangan masjid negeri.

ATM Drive-Thru Al-Rajhi Bank di Kota Kinabalu
Di belakangnya adalah Masjid Negeri, Sabah Di Bawah Bayu
Bila aku berada di KSA, di bandar Al-Khobar ini sahaja, terdapat lebih daripada 100 buah ATM Drive-Thru di bahu-bahu jalan utama. Pelbagai jenis bank pula tuh!. Paling dekat adalah ATM Drive-Thru Saudi Hollandi Bank, just located in front of our flat unit. Selamatkah?. Sejauh mana ia selamat?. Itu sahaja yang aku fikirkan. Jika di Saudi barangkali selamat sebab sesiapa yang mencuri akan dipotong tangan (eh, bukan terus potong lah, ada sesi soal siasat dan sabagainya lah). Tapi undang-undang yang ada kat sini sudah menjadi amaran keras. Sedangkan lelaki yang ushar lama-lama perempuan yang bukan muhrim akan disebat oleh para Mutawa. Mutawa is religious police in Saudi. Melepak di tepi jalan raya sewaktu azan dan solat pun kena jerit jerkah oleh Mutawa apatah lagi jika kedapatan mencuri - So, don't you ever have an intention to do rob!, curi hati takpa!.

ATM Drive-Thru Saudi Hollandi Bank, Al-Khobar KSA
Aku pun melakukan sedikit study ala-ala quick surf fasal ATM Drive-Thru di Malaysia. Oh ya, besides KK (Al-Rajhi Bank), kat KL ada juga OUB Malaysia, Hong Leong Bank Berhad di Kepong, Citybank di JB dan mungkin ada lagi ditempat lain di KL tapi aku kurang pasti. Nampaknya rakyat Malaysia dah jadi on-the-go punya character. Bayangkan, kalau ATM dalam bangunan-bangunan berkaca dan di stesen-stesen minyak pun boleh kena rompak, sejauh mana keselamatan sistem drive-thru ni selamat?. Rakyat Malaysia memang suka benda-benda drive-thru ni sampaikan yang tak drive-thru pun di drive-in kan juga. Antaranya;

1) Kedai Mamak antara spot paling popular rakyat Malaysia buat drive-in - "roti canai 5 keping, bungkus ya machaa!". 

2) Bazar Ramadhan pun sama jadi medan drive-in - "Cek Mek moleh spuluh utir!"

Akibatnya jammed lah. Haru sungguh!. Kita hidup bermasyarakat kenalah saling hormat menghormati. Jangan pentingkan diri sendiri dan amalkan sikap tolak ansur selalu. Jangan jadi rakyat yang pemalas!. Ok - since aku dah sebut fasal Al-Rajhi Bank ni, so aku kira nak promote juga lah. Bukalah savings account di Al-Rajhi Bank - RM10 pun dah boleh dan ini adalah jumlah minima rasanya (kalau salah tolong betulkan) ataupun produk-produk lain. Kalau tak silap ada produk savings yang Haji @ Umrah (RM1000 - initial) di mana jika anda bertuah anda mungkin terpilih secara undian untuk mengerjakan umrah dan haji dan  ianya ditanggung oleh pihak bank. Somehow, the ATM card is a debit type dan yang jelas it's fully Islamic compliance. Saja buat promo percuma sebab sebelum aku ke KSA, aku dengan gigihnya bersantai bertanya itu dan ini di Al-Rajhi bank. Untuk pengetahuan, depan pintu masuk utama Masjidil Haram seberang jalan adalah Al-Rajhi Bank.

Sumber Ihsan - WIKI ATMs In A Van
Mampu??? - Telefon je then dorang datang rumah!
Konklusi secara setompok-setompok dalam perkongsian di atas;

A - Jangan Mencuri. Kalau dengar azan, luangkanlah masa untuk solat, tak lama, sekejap sahaja!

B - Jangan pentingkan diri, mari amalkan tolak ansur, jangan amalkan sifat malas.


Sekian, terima kasih.


3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum dik..

curi HATI xpa ye... :D

-NoRiSh-

Amir Rayyan said...

setuju abg...jgn malas...jgn pentingkan diri dan bertolak ansur...paling penting solat...

jg diri abgku....

Wanpetunjuk said...

Norish: Wa'alaikumussalam....

Hahah...kan!


Wan: Alhamdulillah....take of yourself too Wan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...