This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Friday, 24 February 2012

Budak-Budak 80an MAIN Apa?

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Mood: Bahasa Longgar

Aku nak bagi tahu awal-awal bahawa entry kali ini mungkin akan jadi panjang berjela sebab perkongsian dalam ni akan disambung-sambung bergantung kepada sejauh mana kita ingat kembali nostalgia awal 90an. Idea ni aku dapat apabila housemate aku, Abg Habib dok tanya aku fasal apa yang ko selalu main zaman ko kecik-kecik dulu. He is 40 and we both might have different games during our childhood, rupa-rupanya ada jugak yang sama. Well... I am so blessed!. I would really appreciate those who was born dalam tahun 80an untuk sama-sama berkongsi games yang korang main waktu kecil. Let is bring all the childhood memories back supaya kita dapat kongsikan dengan anak-anak kita, our future generations!. Sebelum itu, aku lahir tahun 1984!. Games yang aku kongsi dalam ni adalah games yang aku kenal sewaktu family aku menetap di Gerik, Perak - it was quite hulu lah back in 1992-1997. Those yang dok kat kampung2 sekitar tahun ni, aku rasa korang juga turut sempat merasai pengalaman bermain games yang akan aku kongsi ni.

Aku tak tahu nak kategorikan games ni games yang macam mana. Nak kata tradisional tak jugak sebab bila aku buat study, tak jumpa pulak org cerita fasal games ni atau aku ada terlepas pandang. Games ni ala2 games Polis Sentry, Tom2 Bak, Enjit2 Semut, Tikam Getah, Chaplong, Tiub Daun (bukan daun terup ye) - kertas kecil bergambar, Lawan Pemadam/Pen, Perang Terung Pipit (Terung Cheweng), Baling Selipar, Tuju Tin dan lain-lain games yang memang direka oleh ntah siapa2. Kali ini, aku cuma nak cerita 3 games yang selalu dimainkan oleh budak2 sebaya aku depan rumah aku kat Kg. Sira Kulim dulu. Port baek punya sebab mak aku siap sediakan jemput2 untuk pemain2. Let's start.....

A - Lompat Getah!
Tahu kan?. Getah yang berharga 50sen (100 keping! - keping kah?) then kita sambung-sambung jadi panjang. Getahkan elastic so kita akan tarik bagi tegang. Akan ada 2 orang yang pegang getah dan sorang lagi lompat. Main ikut giliran. Boleh main seberapa ramai tapi kena sabarlah kalau jumpe sek-sek yang hebat melompat. Start dengan kedudukan getah yang ditarik tegang oleh 2 org yang pegang, kemudian ke paras lutut, kemudian ke paras pinggang, lepas tuh bahu, lepas tuh telinga, lepas tuh kepala. Lompatlah apa cara apa pun asal kita tak tarik getah utk rendahkan dan baru lompat. Itu dikira mengelat!. Untuk yang extra selepas kepala, kita akan jengkalkan hujung ibu jari ke jari kelingking ataupun tangan terus diangkat ke atas. Kalau masih boleh lompat - sah ko memang otai!. Ko pegang rekod lah!.

*Mungkin lompat tinggi hari ini tuh hasil drpd adaptasi permainan lompat getah ni kan?. Manalah tauuu....

Cer ingat balik....rasa mcm nak stay zaman childhood jer kan?

B - Silang Getah!
Ingat tak?. Sama mcm di atas. Getah kita sambung panjang, 2 org juga kena pegang getah supaya tegang. Boleh main seberapa ramai dan masih juga ikut giliran. Mainnya cuma ada 2 level. bahagian lutut dan pinggang. Game ni cara mainnya macam menari/melompat setempatlah. Menari tuh pun ada bunganya tersendiri. Ikut level dan kiraan. Kaki akan bersilang-silang kat getah tuh dan pemain akan menari ikut kiraaan dan level  bersilang. Game akan dikira abis, kalau getah berbelit (yang main tuh trapped sebab salah silang biasanya) ataupun salah kira atau berhenti ketika mengira. Each level kena sekali kiraan ye. Takde main brenti2. Dapat bayangkan tak?. Seriously, it was very fun game!

Complicated jugak game ni

C - Tali Skipping!
Game ni best. Game ni tak pakai getah yer tapi pakai tali biasa. Tali jemur baju, tali kerusi mals yang bergetah warna warni tuh pun boleh. Tali skipping yang dijual kat kedai tuh pendek, kitorang tak guna tali skipping commercial - buat sendiri jer!. Tali takleh terlalu ringan dan taklah terlalu berat. Boleh main seberapa ramai tapi kena ikut giliran lah. 2 org akan bekerja sebagai pemegang hujung tali tuh lah. Siapa yang jalan akan melompat ikut pusingan tali yang dipusing oleh 2 org yang pegang tali tuh. Yang bestnya permainan ni ada lagu. Setiap level lagunya berbeza. Yang akan menyanyi adalah yang pusingkan tali. Nak abiskan setiap level, tali mesti mati berpusing dicelah kangkang kita. Boleh bayangkan tak?. Aku cuma ingat lagu level kedua (tolong betulkan kalau salah yer)

"Anak kambing keluar kandang, anak kambing berlari2, anak kambing makan rumput, anak kambing patah kaki, anak kambing masuk kan-dang!" - Bila part masuk kan-dang tuh tali mesti kat celah kangkang kita dan kita berhanti melompat.

Selain game ni berlagu, game ini juga terikat dengan kelajuan pusingan. Hahaha...hebat tak?. Just like we do skipping by our own cuma game ni kita just melompat dan tali akan ada org tolong pusingkan. Game dikira mati kalau tali tersangkut sampai takleh pusing ataupun berhenti salah which is tali tak berhenti kat celah kangkang.

Yang ni paling lawak - denagn lagu2nya

Alright - I put the break here. Please do help me by dropping your comment fasal our childhood fun games. I will updating the games from time to time whenever I remembered the few others. Later this entry aku akan bekukan dan abadikan dalam page kekal dibawah header Chronicle. Ok kawan2, happy Friday and wish all of you to have a blessed Friday!.

Sekian, terima kasih!.

6 comments:

dan akulah perempuan vintaj berjiwa polka dots said...

sekarang permainan tradisional tu semua termasuk dalam silibus baru tahun 1 dan tahun 2... huhuhu

Anonymous said...

hehehe...
betul3x.. permainan tu semuanya akk pernah main dedolu :D
ada lagi, akk jugak pernah main galah panjang, tutup oren/botol, teng-teng, konda-kondi, datuk harimau dgn anak ayam....
hehehe, mmg syok bila mengimbas kenangan dedolu kan!..

-NoRisH-

Aku said...

... baling tin, main aci atas pokok pelam, main aci dalam sungai, main sorok-sorok malam-malam ramadhan, main tepuk terup, main lastik getak, main guli pitek, main sorok batu, main pondok-pondok... hah, main pondok-pondok yang best... semedang jadi bapak kakaka

Amir Rayyan said...

main benda2 ni jugak masa kecik2 dulu..budak2 skrg dh x merasa main games2 ni dh...:) memori sungguh!

aziekz said...

รถ..dulu main getah sye la JuaRA..blik ngaji,trus cari geng lwn lmpat gtah ni.mm,bdk skang xpnah nmpk pun main pmainan ni.semua indoor.game komp je.plak tu masa skang.kanak2 penuh ngan tuisyen la,ko ko la,kelab2 bbyr.xda pndedah p'main' cm kte dlu2.seronok.

Wanpetunjuk said...

Perempuan Vintage: Oh really...sik tauk kamek pasal ya...menar??


Norish: Kan!. Mmg syiok abes!. Lepas mengaji ptg kuar pi main...


Aku: MAin pondok2...siap ada adegan kawen2 lagik....


Wan: TU lah...kena bagi tahu mcm mana cara kita membesar...


Aziek: Wah...mesti hebat melompat ni...tu lah, benda2 ni dah hilang ditelan zaman. Even kat kg2 pun dorang lebih suka main game....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...