This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Tuesday, 21 February 2012

Bila Kita Akan Mati?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Pejam celik, pejam celik, bulan Februari sudah semakin ke penghujungnya. Tahun ini adalah tahun lompat yakni terdapat  29 hari dalam bulan Februari dan bumi mengambil masa selama 366 hari untuk melengkapkan satu pusingan mengelilingi matahari. Fenomena ini hanya berlaku 4 tahun sekali. Bagaimana jika tiada orbit?. Bagaimanakah bumi boleh melengkapkan pusingannya?. Allah Maha Pencipta! otherwise it's going to be big chaos to the world's entities. Syukur alhamdulillah.....

Aku kembali dengan sedikit perubahan. Header Chronicle sudah bertukar wajah. Layout masih juga sama. Wisdom Words masih juga sama and it is 'THIS TOO SHALL PASS'. Kenapa aku mahu kekalkan penggunaan proverb ini?. Sejujurnya, aku tidak pernah mengetahui tentang proverb ini sehingga lah ada seseorang yang menasihati aku dengan menggunakan peribahasa ini. Ketika itu aku masih tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan beliau. The phrase is beautiful for it's simplicity and yet incredible complexity. Only four words long, the proverb is short, and yet it carries so much weight. Sejak itu aku terfikir dan terus berfikir betapa benar bahawa segala-segalanya yang kita ada baik harta benda, perasaan sedih dan gembira, hatta kehidupan kita di dunia ini adalah bersifat sementara. Apa jua situasi yang kita hadapi, lambat laun, ianya akan berubah dan pengakhiran untuk manusia di dunia adalah mati. Ingat, mengingati mati itu juga adalah satu ibadah. This is fact!.

Gambar-gambar sekitar Debat Piala NC UMP

Begitulah kehidupan kita. Jangan pula bilamana aku mengatakan bahawa segala-gala yang terdapat di muka bumi ini bersifat sementara, maka ada di antara kita yang mahu menafikan usaha-usaha akan datang. Kehidupan kita hari ini adalah perkara yang hakikat, justeru laluilah kehidupan ini seperti biasa. Berusahalah untuk menjadi kaya raya dan senang lenang. Jangan berputus asa untuk berjaya dalam hidup. Bercintalah selagi kita berperasaan. Tuntutlah ilmu selagi ada daya dan kemahuan. Bekerjalah bersungguh-sungguh dan hadapilah setiap hari-hari kita dengan senyum, rasa sabar dan gembira. Bersedihlah jika perlu bersedih. Seperti kata-kata yang biasa kita dengar, just enjoy your life to the fullest seperti kita akan hidup 1000 tahun lagi but when it comes to worships, buat bersungguh-sungguh juga dengan sepenuh rasa ikhlas dan tawadduk seperti kita akan mati esoknya. Apa morale penceritaan di atas?. It is Wasatiah!.

Majlis konvokesyen & Jamuan Hari Raya 2011 

Di sini, aku sediakan link untuk memudahkan teman-teman memahami maksud This Too Shall Pass dan Wasatiah. Sila klik pada perkataan yang berwarna biru. Ok, selesai perkongsian ringkas untuk kali ini. Aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan tahniah buat pendebat-pendebat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Universiti Malaysia Pahang atas pencapaian yang memberangsangkan dan membanggakan di Pertandingan Debat Di Raja USM  2012 baru-baru ini. Kredit untuk juralatih tetap kita En. Adzuan!. Selamat maju jaya untuk Debat Perdana Integriti 2012 di UMP minggu hadapan. Semoga Allah merestui perjuangan kalian!. Whatever it is, win or lose is not our mission but to get fight and strive is our vision. InsyaAllah, jumpa di Kuantan nanti untuk majlis doa selamat. Bilanya tidak tahu dan jangan sesekali ditanya :-)

Sekian, semoga bertemu lagi.

6 comments:

Amir Rayyan said...

Segalanya sementara..Nikmati sepenuhnya dan beramal seteguhnya...Allahuakbar...Moga sabar dan ikhlas sentiasa mendahului..InsyaAllah..:)

Anonymous said...

terima kasih kerana saling ingat mengingati..
sememangnya segala2nya adalah bersifat sementara... hanya Allah swt yg maha berkuasa..

assalamualaikum dik,
-NoRiSh-

Wan Mohd Hidayat Wan Abdullah said...

Wan: InsyaAllah...nikmati dan syukuri segala nikmat pemberianNya. Remember that This Too Shall Pass....

Wan Mohd Hidayat Wan Abdullah said...

Kak Norish: You're welcome kak!. Akak ni apa khabar skrg?. Apa cerita?. Moga akak baik2 selalu hendaknya....

Aku said...

Salam, aku berziarah di sini...

aku suka akan falsafah semacam begitu...

Wan Mohd Hidayat Wan Abdullah said...

Aku: Terima kasih banyak2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...