This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Sunday, 26 February 2012

Aku Yang Tidak Mengerti.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Sekarang jam 10 malam waktu KSA (di Malaysia jam 3 pagi). Perkara yang bakal menjadi tulisan aku pada malam ini sedikit berat isunya kerana aku sendiri perlu mengakui betapa ilmu yang aku miliki berhubung perkara ini begitu dangkal. Setakat diperoleh daripada pembacaan artikel-artikel, aku fikir ianya belum mencukupi untuk dijadikan rujukan kepada pertanyaan lazim tentang hukum halal haram memakan makanan yang tidak tahu asal usul dan kaedah penyembelihannya. Perkara ini mungkin akan menjadi persoalan asas kepada persoalan-persoalan lain dan seperti biasa aku sangat suka untuk membuka ruang perbincangan ini dengan merujuk situasi yang kebiasaannya berlaku di negara kita yang tercinta iaitu Malaysia.

Barangkali sudah menjadi kelaziman kepada mereka yang bekerja di luar negara untuk memperoleh perspektif baru dalam memberikan pendapat atas apa juga yang berlaku di negara sendiri lebih-lebih lagi isu yang berlaku berhubung terus dengan kemaslahatan rakyat dan pemerintah. Baik lah, aku mulakan dengan persoalan pertama yang telah aku timbulkan soal halalnya sesuatu makanan itu. Isu ini begitu sensitif di Malaysia dan seringkali pihak Jakim akan dipersalahkan kerana tidak melakukan penguatkuasaan terhadap produk-produk makanan di Malaysia. Menjadi sensitif pertamanya kerana majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam. Jujur aku katakan di sini (di Arab Saudi), barang-barang makanan yang aku beli tidak langsung mempunyai logo halal. Bolehkan anda menerima situasi ini di Malaysia?. Untuk minggu pertama setibanya aku di sini, aku diperkenalkan kepada seorang yang penting dalam syarikat. Ya, seorang Arab dan beragama Islam!. Fasih berbahasa Inggeris kerana beliau pernah menuntut di Amerika Syarikat. Mudah katanya, the Arabians are already stepped half-foot to the heaven. They are very confident and they will surely to be placed in the heaven. So, whatever things seemed becoming lawful here in Saudi. Bagaimana itu boleh berlaku?. 

Aku terfikir akan perkara ini bilamana siang tadi seorang rakan sepejabat memberikan setiap pekerja satu lunch set KFC sempena menyambut ulangtahun kelahirannya. Aku tidak begitu fancy dengan KFC walaupun ketika berada di Malaysia. Sambil membelek-belek kotak KFC tersebut, aku terfikir dari manakah datangnya sumber ayam di Saudi?. Aku terus membuat sedikit study berhubung perkara ini. Arab Saudi menjadi penimport utama untuk produk ayam siap dari Holland, France dan Brazil. Aku tertarik dengan satu artikel yang ditulis oleh Mufti Abdullah bagi menajwab persolan yang ditimbulkan oleh seorang yang datang ke Saudi bagi menunaikan haji di Kota Mekah. Soalan berbunyi;

"I do not eat at McDonalds, KFC Burger King etc in the UK. When I went for Hajj this year I saw these outlets in Makkah and Madina. What do you advice about eating at these places in the Holy cities?.

Anda boleh melihat jawapannya di sini. sila klik - HALALMC.NET dan cuba fahamkan apa yang telah ditulis oleh Mufti Abdullah tersebut. Justeru, melihat kepada situasi yang berlaku di negara kita, bilamana timbulnya isu berkenaan isu halal/haram sesuatu produk tersebut, rakyat terlalu mudah melatah sehingga menimbulkan perbalahan dan sehingga menjadi isu kaum dan agama. Jika di Malaysia ubat gigi Colgate itu sudah mendapat pengiktirafan daripada Jakim namun di Saudi tiada sebarang catatan halal. Ini bukan sahaja pada Colgate tetapi kesemua jenama ubat gigi yang aku perhatikan di kedai-kedai di sini. Apa kata anda?. Adakah ucapan daripada teman Arab tentang sebelah kaki bangsa Arab ini sudah berjejak di syurga Allah, maka semua perkara yang dibawa masuk ke dalam negara ini turut menjadi halal?. Ayuh sama-sama kita fikirkan. Benar, isu halal haram ini adalah isu mustahak bagi kita ummat Islam namun pendekatan yang bagimana perlu kita tampilkan untuk mendepani isu-isu sebegini di negara kita Malaysia yang rata-ratanya sedia maklum memiliki kepelbagaian bangsa, agama dan kepercayaan.

Perkara kedua yang mengajar aku apabila bekerja di negara orang adalah menikmati kemanan dan kesyukuran. Apabila memerhatikan situasi politik di negara kita Malaysia, aku terfikir betapa kita tidak pernah rasa bersyukur dengan apa yang kita miliki hari ini. Barangkali aku silap namun pada pendapat aku yang dangkal ini, kemakmuran dan keharmonian sesebuah negara itu boleh terjejas bilamana rakyat sendiri bangun memberontak dan berusaha menjatuhkan kerajaan. Apakah situasi yang berlaku di Malaysia yang menunjukkan rakyatnya hidup menderita?. Aku kurang perasan dengan situasi ini. Dengan kepelbagaian parti politik yang mempunyai dasar dan ideologi yang berbeza-beza, bagimana mungkin kita yakin dan percaya kejatuhan kerajaan hari ini akan memberikan impak kesatuan kepada rakyat. Apa yang diperjuangkan oleh rakyat sehingga perlu kepada penentangan terhadap kerajaan?. Nasib yang lebih baik?. Menuntut cukai  itu dan ini dimansuhkan?, menuntut harga barang-barang diturunkan?. Bila aku bertanyakan ini kepada rakan-rakan aku di Malaysia, meraka menyatakan aku adalah pro kepada kerajaan, aku tidak pernah merasa penderitaan hasil tekanan yang dilakukan oleh kerajaan, aku itu dan ini dan sebagainya sedangkan aku cuma menginginkan kepastian dan ingin turut menjiwai rasa derita dan sengsara yang dilakukan oleh kerajaan. Namun aku gagal!.

Kegagalan aku tidak boleh dirumuskan bahawa aku bersetuju dengan setiap perkara yang dilakukan oleh kerajaan. Jika perkara itu terang lagi bersuluh salah dan tidak adil, makanya aku akan membangkang dan tidak bersetuju. Bermula dengan isu kebangkitan mahasiswa yang menuntut kebebasan akademik. Ikhlas aku tidak faham akan situasi ini sedangkan aku juga pernah menjadi mahasiswa malah aktif berpersatuan itu dan ini. Keduanya kebangkitan isu ekonomi seperti yang dikhabarkan Malaysia sebenarnya menjalinkan hubungan ekonomi secara terus dengan Israel. Ramai sungguh yang menjadi penyiasat baik daripada kalangan pihak kerajaan mahupun pembangkang. Sebelum kita menyatakan sesuatu perkara, kita lihat dan cermin dahulu diri kita. Kita kata kita benci Israel, kita kata kita boikot barangan Israel tapi adakah kita yakin dan percaya bahawa kita sudah bebas daripada sebarang anasir, elemen atau bayangan Israel?. Jangan sentuh hanya pada apa yang kita pakai, apa yang kita beli tapi lihat dan berbincang secara keseluruhannya. Adakah kita benar-benar bebas?.

Tulisan ini hanyalah pendapat dan buat fikiran aku. Kalian boleh menyatakan apa sahaja tentang pendirian dan pandangan aku berhubung persoalan-persoalan yang telah aku timbulkan. Sejarah silam telah banyak mengajar kita bagaimana kejatuhan sesebuah institusi itu boleh terjadi dan berlaku apabila tidak wujud lagi kesatuan dan persefahaman di antara rakyat dan pemerintah juga diantara rakyat dan rakyat itu sendiri. Jika kita bertelagah dengan mereka yang berlainan bangsa dan agama, barangkali perkara ini tidaklah sebegitu pelik namun bilamana kita bergaduh, bertelagah dan saling jatuh menjatuhkan sesama bangsa dan seagama kita, ketahuilah kita telah lama gagal untuk belajar dan mengambil ikhtibar contoh-contoh terdahulu yang telah disajikan Allah. Kembalilah kepada pengertian syukur yang sebenarnya.....

Sekain, terima kasih



2 comments:

insan_marhaen said...

IM pun mahukan kehidupan yang selesa dan dijamin. tapi bila depa hulur rm500 pada rakyat tapi depa ambik 5 ribu-ribu untuk shopping, IM hangat hati juga.

tu belum masuk isu 1care lagi.

Wanpetunjuk said...

IM: Setiap org mahukan kehidupan yg selesa dan terjamin. Skrg kehidupan IM tidak selesa dan tidak terjamin ke?.....

Ntahlah, mcm yang sy tulis...sukar untuk sy faham keadaan begini tapi sy tetap nak faham jugak... InsyaAllah sy akan faham nanti :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...