This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Saturday, 21 January 2012

Sejuk!. Tarbiyah Kendiri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Sejuk!. The weather is getting colder. Walaupun matahari tegak atas kepala, dengan angin yang bukan sepoi-sepoi bahasa sifatnya dan sedikit kencang, suhu tengah hari tadi mencecah 14 degree lah jugak. Perut sure rasa lapar sepanjang masa. Makan jangan tak makan, selagi boleh makan, makan lah!. Kalau di Malaysia, cutinya jadi 4 hari sempena Tahun Baru Cina. Seronoknya!. Moga selamat semuanya!. 4 hari tuh, macam-macam aktiviti aku boleh buat dan yang tidak akan ditinggal adalah bowling. Rindu nak menghayun bola boling sesedap rasa. Sabar.....

It was at noon but the weather....subhanallah


Ini Tarbiyah kendiri

1) Kebanyakkan di antara kita lebih mencari Allah bila diri ditimpa kesusahan dan musibah. Sewaktu memperoleh kesenangan dan kejayaan, ada kita ingat?, ada kita berdoa?. Jawab lah sendiri....

2) Kita sering mengucapkan syukur bila kita memperoleh sesuatu yang kita inginkan tetapi bila diberi sedikit ujian dan kesusahan, apa ucapan kita?. Jawab lah sendiri.....

3) Kekayaan dan kesenangan Allah yang beri. Bila kita riak dan sombong, Allah sedang menguji kita. Justeru, sentiasalah berpada-pada. Berdoa agar dijauhkan sifat takbur. Kita cakap kita tak takbur tetapi kalau pandangan mata lain yang menilainya berbeza, maksud sifat takbur itu sudah sebati dengan kita. Subhanallah....

4) Solat itu tidak susah. Jueteru beristiqomahlah dalam mengerjakan solat. Solat tiang agama!.

5) Selepas solat, selain daripada kita berdoa untuk kemaslahatan diri kita dan keluarga, panjang-panjangkanlah doa-doa kita kepada seluruh ummat Islam sejagat, kepada agama, bangsa dan negara. Jangan mengharap kepada makbul, InsyaAllah...Allah sesungguhnya Maha Mendengar dan Maha Mengasihani....

Sekian, terima kasih.
Sejuk.....nak buat unggun api dalam bilik lah! :)

4 comments:

aziekz said...

seronok bc tazkirah ini.. :) ..peringatan yg simple ttp mdalam mksudnya..

Amir Rayyan said...

moga terus istiqamah dan mg Allah redha dan rahmati kita semua...

rinduuuuuuuuuuuuuuuu!

Yus said...

nanti bagi no phone dayat kat sana thru email ok

Ad Rifza said...

Moga sentiasa dlm rahmat ALLAH hendaknya nun jauh di sana..Moga ALLAH tetapkan hati kita dari berpaling dlm mengerjakan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA...Amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...