This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Sunday, 1 January 2012

Sebab AUKU - That's Bullshit....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Angka tahun sememangnya berubah dan itu adalah perubahan fizikal tahunan. Ianya adalah antara perkara yang tidak boleh dinafikan oleh ummat manusia. Angka itu 'kadangkalanya' menjadi pemalar kepada perubahan manusia. Setiap perubahan, pastinya akan terpaku azam dan kehendak-kehendak baru. Menjadi atau tidak bukan persoalan pokok, bertanyalah kepada diri, adakah usaha akan menjadi teman untuk melucutkan paku azam yang tertanam. Tanamlah 1001 azam, hatta sejuta azam sekalipun jika usaha tidak menjadi guru, jangan positif Allah akan menghadiahkan kita sesuatu. Andai ada dan berlaku, berisghtifarlah kerana sesungguhnya kita sedang diujiNya.

Matlamat asal perkongsian hari ini adalah berkisarkan 'cerita misteri'. Cerita misteri sememangnya memerlukan penulisan yang teliti tetapi aku simpan dahulu untuk cerita itu dikongsi. InsyaAllah, seminggu dua lagi jika jalan cerita masih terperangkap dalam kotak fikiran, aku akan sampaikan kepada teman pembaca. Untuk pengetahuan teman-teman pembaca, cerita misteri itu bukanlah suatu cerita yang direka tetapi cerita yang telah teralami. Dahulu, aku fikir perkara-perkara yang terjadi adalah kebetulan, namun bila difikirkan kembali, hakikatnya tiada perkara kebetulan yang wujud di muka bumi ini. Nyatalah, apa yang telah terjadi, sedang terjadi dan bakal terjadi adalah atas perkara yang sudah tertulis di sana. Sesungguhnya kita hanya manusia biasa untuk mengetahui perkara mendatang. Cukuplah sekadar kita berpegang kepada kepercayaan akan perkara ghaib, qada' & qadar Allah. Sesungguhnya Allah bekerja dengan penuh misteri.

2012 - Terpanggil dengan kebiadaban mahasiswa-mahasiswa yang melakukan protes di UPSI selepas detik 12 tengah malam hari ini. 'Kebebasan Akademik' adalah antara perkara yang diperjuangkan?. Apakah yang dimaksudkan dengan 'kebebasan akademik'?. It's bullshit!. Maaflah aku berkasar sedikit di sini. Seawal pagi tadi waktu KSA (jam 1 tengah hari waktu Malaysia), aku membaca beberapa artikel baik daripada individu yang menyebelahi kerajaan mahupun pembangkang, blog bebas, blog berkecuali dan sebagainya dan aku percaya, tindakan mahasiswa yang terlibat di UPSI semalam didalangi oleh agenda politik yang tidak sihat. Mahasiswa 'bodoh' juga yang menjadi mangsa, membiarkan diri terlibat ke kancah protes yang tidak sihat sebegitu. Jika AUKU lah penyebabnya, sandiwara dan alasan ini lebih bodoh dan bangang!. Aku juga pernah berada di universiti, aktif juga dalam politik kampus malah pernah menjadi ketua penaja dan kempen untuk pilihanraya kampus, namun kebasan yang telah digariskan oleh kerajaan tidak pernah mengganggugugat kebebasan kami malah kami semua mampu untuk mendapatkan ijazah kejuruteraan dengan cemerlang. Apa AUKU ni ada sampai korang takleh nak study kat library ke?, kat masjid ke?, kat padang ke?. Apa sebab AUKU ni korang takleh nak buat discussion dengan lecturer?.Justeru, apakah bentuk kebebasan akademik yang diperjuangkan?. Derrr, cer cerita skit kat kami yang tak paham ni!

Ok, aku guna perkataan bodoh tuh sebab aku rasa mereka yang terlibat sememangnya bodoh sebab sanggup buat macam tuh. Korang faham ke apa yang korang perjuangkan?. Korang sedar tak di masa akan datang, korang akan menjadi pendidik?. Korang tahu tak ibu bapa korang susah hati kat rumah memikirkan fasal korang?. Kalau rasa nak berpolitik waktu belajar, baik lepas spm terus join politik. Berjinak-jinaklah dulu dengan kempen kecil-kecilan, kemudian susunlah strategi sampai boleh jadi pemimpin tertinggi. Apa yang korang buat semalam bukan tujuannya nak sangat jadi pemimpin tertinggi kan?. So jadi je pak turut sampai bila-bila. Nak buat havoc!. Please, not here in Malaysia or even please do not initiate any bad things!!!...bila berada di luar Malaysia, baru aku sedar betapa semakin teruknya Malaysia. Bukan sebab apa, sebab kita bangsa Melayu sendiri yang saling bertelagah dan berebut nikmat dunia. Fikir-fikirkanlah......

If I were to have young sisters/brothers who studying in the university and accidentally caught involved in this kind of dirty politic games, I swear, korang taksah nak gedik teruskan belajar lagi. Stay at home dan tolong masak untuk adik-adik yang lain. [FULLSTOP].

Tak pernah-pernah aku nak crita fasal politik ni!.
Bahasa kampung dan pertuturan dah aku guna. Rosak Chronicle aku!.
1720hrs waktu KSA (2220hrs waktu Malaysia)

Sekian, Terima kasih!

2 comments:

Amir Rayyan said...

Dalam banyak pandangan yg dibaca, sy setuju dgn apa yg abg ungkapkan..

Mg ada kefahaman dari sudut pihak yg konon faham.. InsyaAllah..

jon hafkian said...

sy setuju...kita ni xpaham katanya apa yang sebenarnya berlaku di luar.KATANYA.apa sebenarnya yg dorang pikir bahawa mereka SUPER TAHU?paling penting,tindakan berdemonstrasi seperti tu menjatuhkan martabat sebagai seorang yang berilmu.malu mak ayah nk tunjuk muka kat orang2 kampung,baik la anak orang yang x sekolah tinggi.ni buat perabis beras mak bapak ngn kerajaan,lepas tu buat tindakan memalukan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...