This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Sunday, 25 December 2011

Haaaak-Chiiin!!! (Ini bukan bersin)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Pengalaman bekerja di bumi asing barangkali menjadi impian ramai individu di luar sana. Begitu juga aku, namun hakikat yang perlu kita hadapi apabila berada di bumi asing adalah berbeza daripada impian yang pernah kita bayangkan. Berbeza yang dimaksudkan apabila majoriti daripada perkara asas jatuh dalam keadaan samar-samar atau lebih teruknya keadaan di mana kita sendiri tidak mampu untuk jangkakan. Apabila keadaan ini berlaku, satu perkara yang pasti adalah demoralized!. Moralnya, perkara-perkara asas perlu menjadi iradah mutlak sebelum kita membuat keputusan untuk bekerja jauh di bumi asing. Satu perkara yang menjadi keyakinan dan kepercayaan aku dan ianya bersifat sentiasa, things happen for a reason. Perkara yang lebih mustahak adalah membimbing rasa sabar dengan sebaik-baiknya. Percaya dan yakinlah betapa Allah itu maha pengasih!. Jangan demoralized!

Gambar ini diambil daripada bilik aku
Lambakan ini adalah pendapat yang tercetus daripada pemerhatian sebelas hari berada di Tanah Arab. Lambakan ini mungkin benar dan mungkin juga tidak benar. Jangan ambil peduli sekiranya terdapat perkara yang salah. Mohon diperbetulkan!.

a. Pendidikan bukanlah perkara yang menjadi keutamaan. Yang kaya akan terus mewarisi kekayaan. Kehidupan harian di sini tidak kompetatif sekalipun Tanah Arab ini kaya!. Tak kompetatif - sebab kaya kot!.


b. Makanan menjadi perkara yang perlu dibazirkan. (12 Million perbelanjaan untuk makanan sepanjang Ramadhan lalu). Membazir atau tidak?.

c. Arab = Amerika (kereta GMC, Chevrolet, Dodge, Ford, Hummer, Cadillac, Lincoln dll) - ini yang tertangkap oleh mata aku. Memandu di sebelah kiri. Memandu di jalan raya seperti lebar jalan raya adalah padang pasir. Sangat berbahaya.

The Corniche - Al Khobar
Tiga lambakan buat permulaan. Sementara sibuk belum menyerang, aku luangkan masa seketika untuk berkongsi cerita buat teman-teman pembaca. Apa-apapun, biarlah kita berjaya hasil usaha yang kita telah lakukan. Seperti biasa, kunci segala kejayaan adalah sabar. Dalam mendukung sabar itu, usaha dan doa jangan sesekali diputuskan. Aja-aja fighting!


Sehingga bertemu lagi......

3 comments:

aziekz said...

salam..singgah bc,,,,
mkin hujan emas xsehebat hjan batu negeri sendiri,,tp apepun dalam mncari rezki..bersabar la..mkin disitu ada hikmah disebaliknya.. :)
pglmn itu berharga,,

JaseMario said...

Good Luck dan Tahniah Dayat !

Amir Rayyan said...

mg kita terus sabar...insyaAllah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...