This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Monday, 22 August 2011

Percaya & Yakinlah Pada Doa.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah, syukur alhamdulillah. Syukur atas segala nikmat yang dikurniakan Allah  baik dari segi kesihatan tubuh badan, kesihatan akal, ketenangan perasaan, kemudahan kerja-kerja seharian dan segala yang tercakup untuk kemaslahatan diri ini. Syukur alhamdulillah. Sementara kita semua masih berada di dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah dan banyak keistimewaan ini, marilah kita bersama-sama memanjatkan doa untuk kebaikan diri dan ummat Islam sejagat. Semoga juga pengamalan yang baik ini boleh dibawa kepada bulan-bulan berikutnya dan semoga ianya menjadi istiqomah dan menjadi santapan harian agar kita tidak jauh dari-Nya dan semoga kita terpilih untuk mendiami dan menikmati syurga-Nya di akhirat kelak. InsyaAllah.....

Muara Sungai Miri sewaktu aku berada di atas Borcos Firdaus 3 (16 Ramadhan 1432H)
Berpuasa di Miri tahun ini adalah sesuatu yang telah tertulis. Bertemu dengan sahabat-sahabat lama di Miri adalah sesuatu yang tertulis. Pergi ke laut/pelantar minyak untuk bekerja adalah sesuatu yang telah tertulis. Perkara-perkara yang telah tertulis ini secara terangnya telah menidakkan semua kemungkinan-kemungkinan. Perkara-perkara yang telah tertulis ini secara jelasnya menidakkan kebetulan. Justeru hakikat kehidupan ini adalah sesuatu yang perlu kita lalui dan tidak boleh tidak untuk dielakkan cumanya kita tidak mengetahui apakah perkara-perkara yang bakal berlaku di masa hadapan. Kita berusaha dan insyaAllah kita berdoa dan insyaAllah perkara yang kita harapkan berlaku. Ini juga adalah ketetapan yang telah tertulis. Bagaimana mungkin kita boleh mengelak akan sesuatu yang kita tidak mahu sedangkan yang tertulis itu adalah mutlak untuk berlaku. Aku tidak punyai jawapan dan barangkali teman-teman juga tidak memiliki jawapannya. Pemahaman seinci ini terus menerus percaya dan yakin bahawa doa adalah segala-galanya selain daripada kita berterusan berusaha. Allah bekerja secara misteri. Tiada di antara kita yang mengetahuinya.

Ya Allah - Indahnya Ciptaan-Mu (16 Ramadhan 1432H)
Doa ini adalah suatu mekanisma manusia (kita ummat Islam) berhubung secara terus dengan Allah bagi memohon sesuatu supaya sesuatu yang dipohon itu diperkenan dan dimakbulkan. Berdoa adalah sesuatu yang mudah hakikatnya, namun pengertian terhadap perbuatan doa itu seharusnya difahami dengan diteladani sebaiknya. Rakan-rakan semua boleh melayari ruangan ini Adab-Adab Berdoa dan Sebab-Sebab Doa Diperkenankan dan Adab Berdoa. Semoga kita semua mendapat manfaat daripada pembacaan dan perkongsian di dalam ruangan tersebut. Selagi kita berusaha, selagi kita tawakkal dan berdoa, selagi Allah mendengar doa-doa kita, selagi kita yakin dan percaya akan mekanisma doa ini, aku dengan rendah dirinya mengajak teman-teman supaya mengamalkan doa dalam apa juga situasi yang kita sedang hadapi dan bakal hadapi. Semoga Allah mendengar dan memakbulkan doa-doa kita. Perkara pokoknya adalah istiqomah dan jangan mudah berputus asa.

Jelek Akal :

Usaha + Doa + Tawakkal = Kejayaan (Rasa macam sekolah-sekolah dulu tapi ini adalah benar)

Jatuh, sila bangun. Rebah, sila bangun, Tergolek, sila bangun. Kalau tidak boleh bangun sendiri, tidak salah minta orang tolongkan tapi jangan sentiasa minta tolong nanti kan terbiasa.

Berdoa apa yang difikirkan baik dan perlu. Jika mohon jadi kaya, kaya itu tidak datang bergolek. Senang itu tidak jatuh dari langit. Kedua-duanya berbekalkan usaha yang tidak putus-putus dan doa yang zuhud dan istiqomah.

4 comments:

Amir Rayyan said...

Itulah kehebatan doa..anugerah Allah buat sekalian hamba-hambaNYa... jg diri abg...

Ainul Hayat said...

Ye, memang betul. Doa adalah perkara yang paling afdal dan mujarab untuk memohon sesuatu. Berdoalah agar sentiasa diberikan ganjaran kebaikan dalam kehidupan.

aziekz said...

berdoala dengan sabar,,,

aziekz said...

berdoa la dengan sabar dan syukur..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...