This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Tuesday, 9 August 2011

Jika, Mungkin, Barangkali & Bila.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....


Jika, Mungkin, Barangkali & Bila.....


Barangkali jiwa ini muda, maka sifatku adalah pemberontak.
Barangkali akal ini dangkal, maka sifatku jumud.
Barangkali perasaan ini kering, maka
sifatku kontang.
Barangkali hati ini batu, maka sifatku kalis.

Jika mahu tidak mahu berkata-kata.
Nanti dikata suka bertaki.
Jika mahu tidak mahu kemana-mana.
Lebih senang di depan mata.
Jika mahu tidak mahu ada mata.
Jika mahu tidak mahu ada telinga.
Jika mahu tidak mahu ada suara.
Jika mahu tidak mahu langsung ada jiwa!.

Aku yang mungkin tidak tahu beri hormat.
Aku yang mungkin tidak tahu erti syukur.
Aku yang mungkin tidak tahu rasa nikmat.
Aku yang mungkin tidak tahu membalas budi.

Ada barangkali aku nafi sifat penat.
Ada barangkali aku nafi sifat sakit.
Ada barangkali aku nafi sifat bosan.
Ada barangkali aku nafi sifat segala sifat!.

Bila berkata dikata pandai tapi bodoh.
Bila bersuara dikata bijak tapi bebal.
Bila diam dikata bisu tapi lembab.
Bila ketawa dikata menyindir tapi gila.



Sekadar gambar hiasan. Cantik bukan pohon ini?.



Kerana ada Jika. Kerana ada Barangkali. Kerana ada Mungkin. Kerana ada Bila. Aku jadi tidak tahu akan aku. Aku tidak tahu akan pasti. Aku tidak tahu yang mana benar. Aku makanya bersifat biar. Janganlah ada yang terasa. Sesekali letakkan diri sendiri dalam kesalahan boleh buat kita belajar, boleh buat kita berdikari, boleh buat kita tabah hati. Seperti sebelum ini, di akhir hidup kita adalah kita, kita adalah bersendiri. Tidak ada iman yang boleh diwarisi.

Sekali lagi. Jangan ada yang terasa hati. Ini cara aku berdikari. Ini cara aku mahu motivasi dan ini cara aku mahu inspirasi. Aku mohon maaf pada diri, maaf pada sesiapa yang sudi.


Sekian, terima kasih.



- Posted using BlogPress from my iPhone

4 comments:

Amir Rayyan said...

sarat dgn makna dan bekal...terima kasih abg....bila mbercerita dgn ikhlas hati,hasilnya akan jadi begini.....

jaga diri,rindu abg!!!

salam ramadhan...

Ad Rifza said...

Jika Barangkali Mungkin Bila ..Akan sampai suatu hari nanti satu kepastian yg tiada persoalan lagi..Kepastian yg membuatkan AKU hanya senyum dan puas setelah langkah2 berani dan berakhlak dalam perancangan yang satu.

Ainul Hayat said...

Benar, sesekali letakkan diri sendiri dalam kesalahan memang boleh buat kita belajar. Lebih-lebih lagi tentang kehidupan.

Semoga terus tabah ye.

DeWi said...

Jika itu perkara benar untuk di lakukan.. Lakukan aja.

Kenkadang memikirkan banyak jika. banyak tapi, buat kita runsing.
tidak bebas ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...