This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Tuesday, 16 August 2011

Cerita Awal Pagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....


Alhamdulillah, kita semua telah pun berjaya mengharungi separuh ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Moga-moga kita akan terus diberikan kesempatan dan peluang untuk menyelesaikan amanah dan ibadat puasa ini denga jayanya dan penuh istiqomah dan wasatiah.



Jika setahun yang lalu, aku pernah sekali menyatakan bahawa kepergian ke pelantar minyak mungkin berakhir di platform Baram, nyata sekali pernyataan tersebut sudah bersifat mungkin. Awal pagi ini aku akan ke plantar minyak Baram milik Carigali Sdn. Bhd.. Mahu tidak mahu, ini adalah tanggungjawab dan juga bentuk ibadah. Tidak perlu ada rasa berat hati untuk bekerja kerana kita bekerja untuk diri kita dan masa depan kita. Sekalipun hari ini keadaannya sedikit tegang, aku cuba tenangkan diri dan hadapi apa juga keputusan hari ini sebagai permulaan yang baik di masa hadapan. Cabarannya pergi ke laut di bulan Ramadhan berbeza dengan hari-hari yang lain. Seingat aku pola sambutan Ramadhan aku sungguh berbeza-beza. Pernah seketika berpuasa hampir sebulan penuh di atas kapal dan di tengah-tengah lautan. Pernah juga berpuasa hampir sebulan penuh di Labuan. Kenangan ini cukup indah dan bermakna. Percaya, seperti mana yang pernah aku katakan, tidak semua orang berpeluang memiliki pengalaman sebegini. Syukur alhamdulillah.

Sementara kita masih berada di bulan yang kita semua percaya sarat dan penuh dengan barakah. Marilah kita bersama-sama berdoa. Berdoa dengan penuh rasa khusyuk dan tawadduk. Berdoa dengan bersungguhnya memohon apa yang baik dariNya untuk diri kita dan seluruh ummat Islam sejagat. Semoga doa-doa kita sampai dan dimakbulkan oleh Allah. Dengan rasa rendah diri dan ikhlasnya, aku berdoa agar aku mendapat kerja yang baik di Kuantan agar aku sentiasa ada untuk ayah ibu dan untuk keluarga. Itulah doa aku sepanjang Ramadhan ini. Semoga Allah mempermudahkan urusan seharian aku dan cukup sekadar aku dapat memenuhi keperluan wajib dan penting aku sebagai manusia. InsyaAllah.....


Rakan-rakan semua. Selalunya apa yang kita benar-benar kehendaki tidak akan diberikanNya secara terus. Maka kita perlu sentiasa sabar dan teruskan berusaha. Kita perlu melalui rentas yang telah Allah rencanakan. Semoga kita tidak melampaui batas dan sentiasalah berwasitiah dalam kehidupan seharian. Semoga rakan-rakan sekalian mendapat apa yang kalian doakan dan semoga kalian mendapat kedudukan yang baik dan terpuji di sisiNya. Amin.....


Sekian, semoga berjumpa lagi.....



- Posted using BlogPress from my iPhone

4 comments:

Amir Rayyan said...

selamat berjuang abg..seorang pejuang itu diuji bkn untuk kecundang tp untuk jadi pemenang!!!

jaga diri abg...mg selalu dalam rahmat Allah insyaAllah...

Ainul Hayat said...

Insyaallah, dengan izin-Nya pasti doa awak akan dikabulkan. Sayunya bila lihat laut.

aziekz said...

DIAlah perncang yang terhebat,,,
moga doa dimakbulkankan...teruskan berdoa dan berusaha,,

make fun said...

Hello tuan, saya telah dikaitkan web yang bagus anda, supaya anda boleh link blog saya?Saya berharap anda tidak keberatan ...
ini adalah blog saya http://webmarhaen.blogspot.com/

nasib baik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...