This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Wednesday, 8 June 2011

Langgar Jangan Lari!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Pertamanya, mohon maaf kepada rakan-rakan pembaca kerana aku sepatutnya berkongsi akan senarai nama kontraktor-kontraktor Oil & Gas yang terdapat di Malaysia, namun aku tangguhkan dahulu untuk entry akan datang. Maaf dengan sungguh!. Semoga aku miliki kelapangan yang lebih besar untuk berkongsi sekitar cerita-cerita kerja dan kerjaya. Ini merupakan entry ringkas untuk hari ini, seperti biasa sedikit cerita yang terakam dua tiga hari lalu yang tertangkap oleh mata, terdengar oleh telinga dan berlaku dalam perbuatan. Yang baik jadikan teladan dan yang tidak baik jadikan pengajaran.

Aisya' - Pantai Taman Gelora
Tahniah buat kakak sulung dan adik perempuan aku yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada ahad lepas. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina kekal ke akhir usia. Pesanan ringkas untuk kalian berdua, jadilah seorang isteri yang patuh dan solehah terhadap suami. Percayalah, sesungguhnya syurga seorang isteri itu di telapak kaki suami. Layarilah bahtera rumah tangga dengan penuh tanggunjawab, amanah dan ikhlas. Semoga kalian berdua sentiasa bahagia dan gembira di samping suami. Jangan sesekali tinggikan suara kalian!.

Seawal pagi tadi, kereta yang dipandu oleh aku ditabrak oleh sebuah kereta lain dari arah belakang. Kecederaan cuma berlaku pada kereta. Syukur sahaja bahagian yang terlibat tidak pada main body tetapi pada fiber bumper. Dented-nya hanya sedikit daripada jarak tayar. Pengalaman pertama berada di dalam kemalangan minor. Aku mengalami buntu alam!. Kepada pemandu-pemandu di luar sana, berhati-hatilah di jalan raya. Jangan selfish dan utamakan pejalan kaki dan pembonceng motosikal. Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua walau di mana kita berada. Laluan Seksyen 13 - Glenmarie (zig zag) agak merbahaya, justeru gandakan alert anda lebih-lebih lagi di waktu pagi dan petang. Kereta berasak-asak ke office dan pulang ke rumah. Jangan fikir mahu cepat sampai semata-mata!.

Jelek Akal

Perkara positif dan negatif yang kita fikirkan sememangnya mempengaruhi fisiologi kita. Kalau anda kata tidak boleh...jangan haraplah anda boleh!

Sometimes all we need is a new perspective on an old problem. Lots of old folks hard to accept this!.

Ramai yang tiada mood hari ini - all over Malaysia kot!, apa kurangnya aku, tapi sampai sekarang aku tidak sesekali biarkan mood yang kuasai emosi dan perasaan aku. Kata kunci yang biasa kau pakai adalah SabaR!

3 comments:

Amir Rayyan said...

mmg hari ni x de mood abg... btw,lama x jmpa...huuhuhu

Ad Rifza said...

Kalau nak cepat kena turun awal..hehe..
"Kalau anda kata tidak boleh...jangan haraplah anda boleh!"..kalau mcm ni kena ada org force atau nasihat utk berkata boleh kalau tidak tak akan boleh sampai bila2...Sukar sebenarnya utk berkata boleh kepada perkara2 yg kita tidak yakin dan kita rasa mmg tak boleh ..kita tahu kemampuan diri sendiri..rite?

~NoRiSh~ said...

salam dik.
bagus & tahniah! kerana dalam diri ada keSABARan!! tingkatkan ia, kerana tidak rugi kita memilikinya...

takziah, atas berita kurang enak yg berlaku di seksyen 13-glenmarie tu.. jgn pedulikan org lain yg penting kita harus lebih berhati2 dan peka walaupun puncanya bukan dari kita...

yang penting sentiasalah ingat pesan ini "setiap yg berlaku pasti ada HIKMAHnya yg tersendiri, jgn sesekali kau mengeluh mahupun menyesali takdir yg telah disuratkan.. krn janji Allah swt akan memberikan yg terbaik buat makhlukNYA yg tidak melupakanNYA.. ingatlah USAHA + DOA + TAWAKAL adalah diantara kunci kejayaan + kebahagiaan kehidupan kita baik di dunia & akhirat.."

doa akk semoga adik + NAQ + family sentiasa dilimpahi rahmat dari Allah swt... amin..

p/s : lama x tengok gambo NAQ, semakin comel & montel, dah jadi anak dara dia... abislah babah dia lepas nie.. kena mempertingkatkan kawalan nampaknya :D **sampaikan salam peluk cium buat NAQ**

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...