This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Tuesday, 14 June 2011

Jelajah Kerja Oil & Gas - Siri I

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Seperti yang telah dijanjikan, hari ini perkongsiannya yang dikit sekitar cerita Oil & Gas (seperti ramai sangat yang berminat kan?). Tidak mengapalah, aku sudah berjanji, moga-moga perkongsian ini serba sedikit dapat memberikan motivasi kepada rakan-rakan pembaca di luar sana lebih-lebih lagi kepada mereka yang berminat untuk mencuba nasib dan berusaha untuk menapakkan diri di dalam bidang Oil & Gas. Perlu diingatkan, perkongsian ini lebih menjurus sekitar perkara-perkara teknikal bersesuaian dengan disiplin pendidikan yang aku perolehi dan pengalaman yang telah aku lalui. Pengenalan awalnya, bekerja di lapangan Oil & Gas bukanlah suatu tanggungjawab mudah dan ianya mencabar!. Masih berminat - teruskan pembacaan anda!.

Biarkan kalian merasakan motivasinya!
Apabila kita bercerita tentang Oil & Gas, kita akan membayangkan terminal minyak dan gas, pelantar minyak di tengah lautan, mereka yang berpakaian coverall dan sebagainya. Begitu juga aku, setiap kali aku melalui jalanraya ke Kemaman - Kerteh -Paka, mata aku seakan tidak berkerdip memandang terminal minyak dan gas yang pada malam harinya kelihatan seperti sebuah bandaraya moden bermandikan cahaya neon. Pada aku, pemandangan itu sungguh indah dan benar-benar menakjubkan. Aku termotivasi atas apa yang aku lihat sejak kecil lagi. Sedar tidak sedar, aku sudah pun berada di dalam industri ini hampir lima tahun. Alhamdulillah, syukur alhamdulllah. Secara ringkasnya, ayuh kita mulakan dengan keperluan/kehendak disipilin pendidikan. Kepada rakan pembaca yang memiliki latar belakang pendidikan kejuruteraan (kimia, makanikal, awam, elektrik, petroleum etc) dan aku percaya masih terdapat banyak lagi cabang kejuruteraan tidak kiralah anda berada di peringkat sijil, diploma, ijazah dan sarjana etc, sememangnya anda semua layak untuk berada di dalam lapangan Oil & Gas ini. Untuk memulakan kerjaya anda di peringkat executive, anda sekurang-kurangnya memerlukan ijazah (ada juga beberapa kompeni yang menjadikan pemegang diploma sebagai executive). Jika rezeki anda, insyaAllah perkara sedemikian boleh berlaku.

Tidak semua orang beroeluang ke sini. Berusahalah!
Berikut merupakan senarai nama kontarktor-kontraktor yang terlibat secara langsung dalam industri Oil & Gas di Malaysia dan ada di antaranya juga mendapat/membuat projek dari/di luar negara. PBJV Group Sdn. Bhd., TL Offshore Sdn. Bhd., Premier Viable Sdn. Bhd., Sigur Ros Sdn. Bhd., Puncak Oil & Gas Sdn. Bhd., Offshore Works, Target Energy Co (M) Sdn. Bhd., Petra Resources Berhad, Tanjung Offshore Berhad, Dayang Enterprise, Vastalux Energy Berhad, MMHE Sdn. Bhd., Asturi Metal Builders (M) Sdn. Bhd., Syamiras Services Sdn. Bhd., MSET, Ramunia Holdings Berhad, Romstar, Kencana Petroleum etc. Terlalu banyak!. Ini adalah antara senarai yang teringat oleh memori akal. Anda boleh klik secara terus pada senarai yang terdapat di sini. Untuk makluman pembaca yang budiman, kebanyakkan kontraktor yang tersenarai di atas memiliki anak syarikat yang turut bergiat aktif dalam industri Oil & Gas. Kontraktor-kontraktor ini membuat kerja-kerja seperti pipeline installation, pipeline maintenance, pipeline & platform fabrication, platform maintenance, underwater services etc. Kerja-kerja yang disenaraikan ini adalah kerja-kerja yang bersifat hands-on. Anda perlu ke site untuk execute projek-projek yang terlibat. Inilah yang seronoknya!. Projek-projek yang diperoleh pula adalah daripada syarikat gergasi Oil & Gas seperti Petronas, Shell, Exxonmobil, Talisman, Nippon Oil, Murphy Oil, Saudi Aramco, Newfield etc. Juga terlalu banyak untuk disenaraikan. Moga kalian rajin untuk membuat ulangkaji tentang perkara ini.

Beginilah keadaannya bila anda berada di lokasi kerja!
Senarai kontraktor yang telah disenaraikan seperti di atas adalah bagi mereka yang berminat untuk berada di dalam industri Oil & Gas tidak kiralah di posisi semi-skilled worker, skilled-worker, management level etc. Anda boleh mencubanya!. Bukan mudah untuk mengetuk pintu Oil & Gas, tetapi sekali anda telah berjaya mengetuknya, anda mudah untuk membuat job-hopping di sekitarnya. Aku berezeki kerana berjaya mendapat tawaran untuk berada di dalam industri ini ketika latihan industri lagi. Kepada yang berminat, barangkali kalian boleh bermula daripada latihan industri. Jika anda mahu bermula dengan supplier, tindakan ini juga merupakan salah satu langkah untuk berada di dalam industri ini. Jika kalian mahu bermula dengan konsultant, ini juga merupakan langkah yang baik. Jika rezeki menyebelahi kalian untuk terus berada di kerusi client, itu juga rezeki. Perkongsian ini tidak melibatkan mereka-mereka yang mendapat tajaan daripada kompeni Oil & Gas. Penceritaan aku adalah berdasarkan kepada apa yang telah berlaku dan perkongsian bersama teman-teman yang turut berada di dalam industri yang sama. Anda buat anda dapat!.

Jelek Akal : 

Aku bukan Oil & Gas recruiter, sekiranya anda berminat anda perlulah rajin. Rajin belajar, rajin memohon dan rajin mengikuti perkembangan industri ini. Sekiranya aku mendapat tahu akan kekosongan di mana-mana, insyaAllah aku akan war-warkan.

InsyaAllah dalam Jelajah Kerja Oil & Gas - Siri II, aku cuba untuk menyenaraikan senarai Konsultant Oil & Gas dan supportersnya. Kami panggil 3rd Parties yang kebiasaannya terlibat dengan testing!.

Nah, ini link Kompeni Oil & Gas yang menjadi exhibitors sewaktu OGA 2011 tempoh hari. Local dan Oversea!. Sila klik, jangan tak klik pula!. Ada beribu di dalamnya baik clients, contractors, consultants, suplliers etc.

8 comments:

Mohamad Fitri B Mohd Azlan said...

assalamualaikum, terima kasih kerana sudi berkongsi cerita yang amat bernilai.

~NoRiSh~ said...

salam dik.
thank's a lot for ur information..
harap menjadi panduan untuk mereka yng ingin menceburi lapangan oil & gas nie...

p/s : bagus! krn anda bukan seorang kedekut ilmu :D

Huszaini said...

pernah berada dalam bidang nih sekejap jer selama 4 bulan..

Ainul Hayat said...

Eh eh...Tanjung Offshore tersenarai juga. terima kasih awak atas maklumat ni. :)

Raja Azrul said...

Dayat, satu perkongsian yang penuh dengan motivasi dan ayat peransang..tahniah!

Kelebihan kau ialah kau berada dalam lapangan yang kau minat..dan kau berjaya berada di sana...jadi, pokok pangkalnya kejar lah apayang kita minat itu sebaik mungkin. Insyallah..kita akan berjaya kelak!

mrheihei said...

Bang hidayat sy mndapt tawaran sbgai hse executive di PBJV..skrg sy bekerja di mmhe..pada pendapat abg adakh berbaloi tuk sy tingglkn mmhe dan berhijrah ke PBJV..ini kerana sy ingin mndptkn pengalmn baru kerana mmhe lebih kepade fabrikasi manakala pbjv lbih kepada hook up n comm..pendapat abg sgt sy hargai..thanks

mrheihei said...
This comment has been removed by the author.
IamAin said...

husb saya mmg impian dia keje di off shore/ oil n gas

baru2 ni dia sggop g jb interview untuk comp singapore

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...