This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Friday, 10 June 2011

Dua Tahun - Doa Aisya' (11.06.2011)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Aku risau ketidakupayaan esok hari menghalang aku untuk membuat ucapan buat anakanda tercinta. Seperti terimbas kembali episod di saat dikau dijelmakan ke atas muka bumi ini. Sekalipun mungkin bertahun lamanya dikau berada di dalam setiap doa teman-teman abah, baik di bumi Kenyalang atau di mana jua mereka berada, abah wakilkan seluruh perasaan dan ucapan terima kasih anakanda buat teman-teman abah yang ada di antaranya bergelar ayah, daddy, abi, umi, mama, papa, mami, uncle, auntie dan walau apapun gelarannya, Terima Kasih buat semua, semoga di hati Aisya', di mata Aisya' ada tersimpan kenangan indah bersama kalian.

Nur Aisya' Qaisara (11.06.2009)
Esok adalah ulangtahun kelahiran kedua Nur Aisya' Qaisara. Biarlah sejarahnya menjadi suatu rahasia. Semoga Allah menganugerahkannya kesempurnaan tingkah dan iltizam untuk menempuh hari-hari mendatang. Semoga Aisya' menjadi anak yang berguna dan solehah. Berguna kepada agama, berguna kepada mereka yang menyayangi dan merindui Aisya' dan kepentingan utamanya adalah semoga Aisya' berguna kepada diri sendiri. Tiba suatu masa, Aisya' akan bersendiri dan doa abah semoga Aisya' bersedia dengan kesendirian itu. Aisya', pesan abah, carilah setiap di antara mereka yang pernah hadir dan memberikan kasih sayang kepada Aisya'. Sentiasa panjatkan doa buat mereka agar kehidupan mereka dirahmati dan diberkati Allah. 

Abah sangat sayangkan Aisya'
Sempena ulangtahun kelahiran Aisya' yang kedua ini juga, abah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana Aisya' memberi peluang kepada abah dan teman-teman abah untuk menimba pengalaman menjadi seorang ibu dan seorang bapa. Secara tidak langsungnya juga Aisya' mengajar kami erti sabar. Maka benarlah, menjaga jasad sekecilmu memerlukan kesabaran yang tinggi dan utuh. Semoga Aisya' diberikan kemudahan untuk menumpuh hari-hari mendatang. Doa abah dan teman-teman sentiasa menemani Aisya'. Semoga iqomah pertama yang kamu dengar terkesan sehingga ke hujung usia kamu.

Semoga Aisya' tabah dan kuat semangat!
Jelek Akal :

Jika kita percaya hidup dan mati itu di tangan Allah, makanya kita juga perlu percaya bahawa jodoh juga di tangan-Nya.

Bosan, boring dan seangkatannya adalah ucapan negatif. Jangan terlalu kerap menyebutnya!

Jika gagal hari ini, kita punya pilihan dan masa untuk berjaya.Kuncinya adalah jangan putus usaha dan SabaR!


8 comments:

[tErOmPaH bIrU] said...

peluk cium buat Sara.. rindu Sara sangat-sangat!.. kenangan waktu bersama Sara dulu sentiasa segar dlm ingatan nih ")
semoga kasih sayang dan rahmat Allah sentiasa bersama Sara.. selamat ulangtahun sayang :D
p/s: andai punya kesempatan balik jalan-jalan ke Miri nie, bawak la Sara sekali yer Wan :)

Amir Rayyan said...

hanya sekali jumpa...dah besar pon aisya...uncle doakan aisya jadi anak yg solehah,insan yg berjaya dibumi Allah insyaAllah...

syg 'aisya.... :)

~NoRiSh~ said...

amin.. amin.. ya rabbalalamin..
bertuah aisya' kerna punya abah yg amat2 menyayanginya...
moga doa2 yang dipanjatkan oleh abah aisya' dan teman2nya dimakbulkan oleh Alah swt... amin..

smoga aisya' dilimpahi keberkatan dan rahmat dr Allah swt... dan semoga aisya' juga tidak mudah lupa pada mereka2 yg hadir dalam hidup aisya'...

slamat ulangtahun yg ke-2 Aisya'.. moga dikau menjadi anak yg solehah, yg tabah + sabar dlm menghadapi setiap ujian dr Allah swt.. amin..

aziekz said...

ala..comelnye aisya..moga aisya sihat selalu hendakNYA..disamping ibu&abah tercinta..

Ad Rifza said...

Happy Besday Ecah..Moga terus membesar dlm acuan yg abah2 dan mama2 yg aturkan..menjadi anak yg solehah dan baik budi pekerti dan akhlak..INSYALLAH..

Aisya said...

Aisya...sama namanya dengan namaku.. beruntung punya abah yang kaya dengan sifat penyayang... tidak pernah terlupa menghargai insan2 lain... Terima kasih abg..semoga menjadi abah yang baik.. Sedih akan berpisah denganmu..=(

izman said...

happy belated birthday aisya. moga membesar menjadi anak yang beriman dan menyayangi abahnya.

zara said...

...and I'm sure everyone of us here missed her so much. We missed us. We missed that every little things that made our days worthwhile.

..Happy Birthday Nur Aisya' Qaisara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...