This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Thursday, 2 June 2011

Career: Minyak & Gas (Oil & Gas) - Lumayan!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Semalam aku berpeluang mengunjungi OGA 2011 di KLCC. The 13th Asian Oil, Gas & Petrochemical Exhibition. Ianya akan berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur. Masuk adalah percuma tetapi anda perlulah memakai pakaian kemas dan sopan. Kepada rakan-rakan yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang OGA, rebutlah peluang ke sana. Siapa tahu, kunjungan ini akan meningkatkan motivasi kalian. Kepada sesiapa yang sudah sedia ada berada di dalam industri Oil &Gas dan Petrochemical dan secara spesifiknya bertugas di bahagian procurement, purchasing dan marketing, singgahlah di booth Infopages. Anda akan mendapat Business Directory secara percuma merangkumi pelbagai industri di Malaysia. Syaratnya?; please drop your business card!.

Bercerita tentang OGA, sedikit sebanyak terimbas juga pengalaman-pengalaman indah sepanjang berada di dalam industri ini. Aku bersyukur kerana Allah memudah perjalanan kerjaya aku. Bermulanya daripada latihan industri dan sehinggalah sekarang, bidang ini menyajikan begitu banyak cabaran. Kalian berminat?. Aku suka  bercerita sekitar perkara technical dan hands-on sahaja. Badan pengurusan adalah perkara yang berbeza. Perkara pertama yang dilihat semestinya latar belakang pendidikan dan disiplin yang diambil sewaktu di peringkat sijil, diploma atau ijazah. Tapi bukan satu jaminan disiplin kejuruteraan yang kita miliki boleh melayakkan kita untuk berada di industri ini. Jika anda minat dan suka, tidak salah sekiranya anda mencuba. Ramai juga yang memiliki disiplin kejuruteraan tetapi tidak juga bekerja di bidang ini. Ianya bergantung kepada minat seseorang individu itu.

PCSB: Erb West Platform - Sabah Water
Untuk membakar lagi semangat pembaca-pembaca, 'Money is The Best Motivation'. Maksud aku, bidang ini juga menyajikan gaji dan alaun yang lumayan (most of the company will pay you higher!). Bagaimana rasanya pada usia muda anda mampu memiliki wang yang banyak, 8K etc (basic + allowances). Suka???. Juga terserah kepada individu, semakin banyak dan tinggi anda dibayar maka, bebanan kerja juga bukan semudah yang disangka. Aku bukan memberi galakan bahawa wang dan gaji yang lumayan segala-galanya, tetapi dalam apa jua perkara, duit adalah suatu keperluan hatta ibadah juga memerlukan wang ringgit seperti ibadah umrah dan haji. Justeru aku tinggalkan kepada kalian untuk menilainya baik secara positif mahupun negatif.

PCSB: Samarang Platform - Sabah Water
Sementelah industri oil & gas dan petrochemical sedang berkembang di Malaysia, rebutlah peluang ini sebaiknya. Berusaha dan teruskan mencuba. Bermula dengan sasaran syarikat-syarikat gergasi sehinggalah sekecil-kecil kontraktor. Anda mahu memiliki pengalaman ke pelantar minyak?, berada di FPSO?, menaiki kapal?, menaiki chopper?, merasai ombak sehingga bermeter-meter di tengah-tengah lautan?. Berpanas dan berhujan tanpa bumbung?. Terserah...pengalaman-pengalaman ini sedikit sebanyak akan menjadikan kita lebih tabah, lebih bersemangat, lebih matang dan yang paling penting menjadikan kita lebih sabar. Tepuk dada tanyalah iman, hati dan akal. Esok lusa, aku akan cuba menyenaraikan kontraktor mega, kontraktor separuh mega, kontraktor kecil yang terlibat secara langsung dalam industri ini. Mana tahu ada yang berminat untuk mencuba sesuatu yang baru!.

Jelek Akal :

Wang ringgit itu sememangnya motivasi!. Namun bersyukurlah atas apa yang Allah bagi dan kalian miliki.

Jangan kufur nikmat dengan gaji yang besar!

Jangan lupa zakat dan amal jariah kalau gaji besar!

11 comments:

Ainul Hayat said...

Hidayat:
Sungguh bagus entri ni. Teruskan olahan tentang dunia Laut serta Oil & Gas ni ye.

Amir Rayyan said...

manusia tak mampu beli ikhlas dan jujur dgn nilai...

jaga diri abg.. :)

Wan Mohd Hidayat Wan Abdullah said...

Ainul: Thanks for the support. Semoga menjadi semangat kepada pembaca2...

Wan: Yes...true indeed!

~NoRiSh~ said...

tqvm atas ur info..

-NoRisH-

Wan Mohd Hidayat Wan Abdullah said...

Norish: Akak...thanks a lot!. How are you akak?, Harap akak baik2 sahaja....lama tak dengar khabar.

aziekz said...
This comment has been removed by the author.
aziekz said...

dlu..cita2 nak kje kt plantar mnyak..mnat ssgt,,nk g blayar tgh laut..duk area kmaman lagi la..kbnyakan kje mnyak..lalu kt kerteh,smangat je nk kje situ..(poyos pun ada.konon gaji mahalkan..hahaha)hee..tp.,mkin xder rezeki,,skang..alhamdulilah..rezekimenjadi seorang pendidik,,

Mohamad Fitri B Mohd Azlan said...

assalamualaikum, sy nk tnye sket.klu qualification civil eng bleh ke msuk bidang oil&gas ni.sy fresh graduate lg tp mmg minat sngt nk msuk bidang ni tp tk tau la mcm mne jln die.klu bleh mntk explain sket.

Wan Mohd Hidayat Wan Abdullah said...

Aziekz: Jadi pendidik pun bukan mudah...byk tanggugjawab. Selamat mendidik anak bangsa :)

Fitri: Wa'alaikummussalam....boleh sgt2. Oil & Gas ni cabangnya sgt besar. Kebiasaanya mereka yang ambil Civil akan berada di construction division (O&G). Spt Petronas sendiri ada division ni...lebih kepada Terminal & Platform structure...tunggu entry sy akan dtg, sy akan cuba kupas dan explain dgn lebih mendalam.

Mohamad Fitri B Mohd Azlan said...
This comment has been removed by the author.
Mohamad Fitri B Mohd Azlan said...

terima kasih di ats respon.sy akn tnggu entry berikutnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...