This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Monday, 23 May 2011

Sabar Itu Ada Tamu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur aku panjatkan ke hadrat Illahi atas segala bentuk kurniaan yang diberikan baik daripada aspek kesihatan tubuh badan, akal fikiran, kasih sayang dan segala-galanya. Setelah sebulan lebih berada dalam fasa baru kehidupan 2011 ini, aku suka untuk mencari perhubungan akan dua tarikh penting yang sama namun berlaku dalam tahun yang berbeza. Realitinya, perkara yang baru sahaja berlaku ini adalah antara perkara-perkara yang sudah tertulis di sana dan ianya sudah sedia ditakdirkan oleh-Nya. Tiada sebarang perkara kebetulan di dunia ini. Apa-apa pun, aku menganggap situasi ini adalah perkara yang positif dan ini juga hikmah. Justeru, tempoh rehat selama lima bulan ini sudah pun berakhir. Aku kini kembali meneruskan rutin perkerjaan seperti biasa di tempat baru dengan suasana yang baru, dan jauh di sudut hati aku juga mengharapkan akan pengalaman yang baru. Usia muda ini adalah usia untuk mencabar kecekalan dan jati diri. Persediaan utama adalah mempersiap siaga kesediaan mental untuk berada di dimensi baru dunia pekerjaan. Semoga aku bertemu dengan keseronokan berada di tempat kerja baru ini. Ucapan selamat maju jaya buat semua teman-teman dan kenalan. Semoga kalian terus bersemangat dan bermotivasi untuk mengubah corak kehidupan anda ke arah yang lebih baik dan terjamin.

Image Hosting by PictureTrail.com
Work-hard....

Percayalah, perkara yang menjadi pegangan kepada mereka yang sudah berjaya dan cemerlang di luar sana adalah Sabar!. Sabar dengan usaha, sabar dengan doa dan insyaAllah sabar anda pasti akan ada tamu!. Bila anda sudah berjaya, mohonlah agar Allah menjauhkan kita daripada sifat riak, takbur, dan fitnah. Semoga kita semua berada dalam perlindungan-Nya selalu.

7 comments:

Ainul Hayat said...

Hidayat,
Semoga kamu berjaya dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan.

WanHidayat said...

Ainul: Terima kasih dan doa yg sama untuk kamu!

Anonymous said...

salam dik.
tahniah di atas kejayaan pembaharuan yg diperolehi.
teruskan usaha dan bersabarlh di atas setiap ujian yg mendatang.. kerna pasti ada hikmah dsebaliknya..
jgn mudah putus asa dan jgn sesekali lupa kpd Allah swt..

-NoRiSh-

Amir Rayyan said...

sabar itu kuncinya....jg diri abg... :)

aziekz said...

yup..diri kte perlu ada kesabaran...sabar luar biasa..sabar itu indah...dengan kesabaran..pasti ada sesuatu yang indah disebaliknya,,

aziekz said...

yup..diri kte perlu ada kesabaran...sabar luar biasa..sabar itu indah...dengan kesabaran..pasti ada sesuatu yang indah disebaliknya,,

Ad Rifza said...

Moga terus sabar dan istiqomah dalam perancangan2 hidup kamu Dayat..Moga kejayaan itu selalu ada...INSYALLAH..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...