This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Monday, 30 May 2011

Malas Lawannya Rajin. Rajinlah!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

30 May 2011 - Siapa sangka masa bergerak terlalu pantas. Kita semua sudah menghampiri pertengahan tahun 2011. Pastinya dalam tempoh 5 bulan ini, sudah ada di antara kita yang membuat penilaian kepada hasil atau apa sahaja yang berkaitan dengan perolehan peribadi, perolehan bersama dan apa jua perkara yang tercakup berdasarkan kepada matlamat yang telah disasarkan seawal menjelang tahun ini. Tidak kurang juga yang telah melalui fasa perubahan mendadak daripada status bujang kepada status berumahtangga, status suami/isteri kepada status ayah/ibu, status menganggur kepada status bekerja dan dalam kita melalui perubahan demi perubahan itu, terfikirkah dan berfikirkah kita akan tanggungjawab yang tiada putus kepada Sang Pencipta?. Moga-moga, kita semua patuh memegang amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah. Moga-moga, perubahan yang kita telah lalui ini mendekatkan dan memekarkan rasa zuhud kita kepada Illahi. InsyaAllah :).

Zuhud: Suatu perbuatan yang akan menjadikan kita dicintai Allah dan juga manusia

Mungkin ke sini nantinya?
Beberapa minggu ini, aku berkesempatan meluangkan masa yang lama untuk Chronicle. Membuat sedikit pembaharuan agar lebih kelihatan sederhana daripada penjelmaan asal. Melewati nukilan teman-teman lama, cuba merasai pengalaman daripada pembacaan. Ikhlasnya, aku terkesima dan bangga!. Justeru, teori 'belajar daripada pengalaman' adalah antara perkara yang betul sekiranya kita meletakkan sesuatu dan yang hak itu di tempat yang sepatutnya. Ramai di antara kita yang berusaha untuk menjadi seperti individu lain. Keadaan ini kebiasaannya berlaku apabila kita mengalami 'keterujaan' hasil daripada kejayaan, kecemerlangan, kemegahan individu-individu lain di sekeliling kita. Aku tidak menyangkal bahawa perbuatan ini adalah salah, namun apabila usaha-usaha ini menjadi sumbang dan kekok, aku suka untuk menyarankan agar kita menjadi diri kita. Usaha merupakan kapasiti dan keupayaan individu yang berbeza-beza. Ta'kulan mudah, jangan beranggapan mereka yang senang itu bahagia, jangan beranggapan mereka yang kaya itu gembira, jangan beranggapan mereka yang agresif itu negatif dan keadaan-keadaan ini sifatnya sentiasa berada pada status 'tidak semestinya'. Aku berharap teman-teman memahami maksudnya.

Hidup ini sementara
Yang bersedih, carilah bahan untuk ketawa. Yang gembira, bersederhanalah dalam kegembiraan itu. Yang sedang menanti akan sebuah jawaban, semoga jawaban indah milik kamu. Yang down, lekas ambil mood. Yang terlalu banyak bicaranya, banyakkan zikrullah. Yang banyak guraunya, tidur sebentar menanti asar. Yang mengantuk, cucilah muka dengan berwudhuk. Semoga hari-hari kita indah, luar biasa dan bermakna bersyaratkan wasatiah!.

Jelek Akal:

Jika menangis itu bisa membuatkan kamu tenang dan senang, menangislah tidak kira apa jua jantina kamu.

Sememangnya untuk mencapai hakikat zuhud itu memerlukan mujahadah yang istiqomah. Tepuk dada, tanyalah iman. Di mana kedudukan kita?

Jika kamu bersalah dan rasa bersalah hatta berada dalam keadaan tidak bersalah, jangan malu untuk memohon maaf dan berikanlah kemaafan. Semoga situasi ketat bisa menjadi longgar.

9 comments:

Amir Rayyan said...

terima kasih atas nasihat tak ternilai ini.. mg kita selalu berusaha menjadi insan yang lebih baik...

[rindu sama sifu]

Ainul Hayat said...

Jika kamu bersalah dan rasa bersalah hatta berada dalam keadaan tidak bersalah, jangan malu untuk memohon maaf dan berikanlah kemaafan. Semoga situasi ketat bisa menjadi longgar.

Rasa touching dengan ayat2 kat atas ni.

Anonymous said...

assalamualaikum...

nice tazkirah :)

-cmuna

Ad Rifza said...

Alhamdulillah kita manusia-manusia diberikan apa yg kita mahu dicukupkan apa yg kurang..Syukur kita panjatkan...tapi dalam rasa syukur itu ada yg masih berusaha gigih siang malam menggali mencari dan mencukupkan keperluan diri..Keperluan2 yg berbeza antara manusia-manusia...
Ya sangat setuju...jika apa yg kita rasa dan perlukan kepuasan..Kita lakukan..Nangislah...Mujahadahlah...Longgarkan RASA2 yg ketat...Moga kita beroleh bahagia dan gembira dalam batas yg diajarkan agama..INSYALLAH...

~NoRiSh~ said...

alhamdulillah..

dik, terima kasih utk kata2 nasihat/semangat yg berguna utk kita semua..

dik,smoga perjalanan kehidupanmu diberkati oleh Allah swt, amin..

-NoRiSh-

[tErOmPaH bIrU] said...

terimak kasih untuk perkongsian ilmu tok Dayat.. keep in touch & take care slalu k :)
kiss-kiss untuk Sara.. windu ngan nya laaa :D

aziekz said...
This comment has been removed by the author.
aziekz said...

thanks...atas peringatan tersebut....sentiasa mengikuti blog anda,,,nice blog...teruskan ceritera diblog anda k,,,

DeWi said...

Ta'kulan mudah, jangan beranggapan mereka yang senang itu bahagia, jangan beranggapan mereka yang kaya itu gembira, jangan beranggapan mereka yang agresif itu negatif dan keadaan-keadaan ini sifatnya sentiasa berada pada status 'tidak semestinya'.

terima kasih abg dayat ttg peringatan dlm ayt ne... tersenyum lebar saya bila mmbacanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...