This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Tuesday, 8 March 2011

Bersediakah Kita?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....


Image Hosting by PictureTrail.com
Aja-aja fighting!

Tidak tahulah apa yang perlu dimalaskan dalam ruang 24 jam seperti mana setiap manusia dapat. Tidak kurang dan tidak lebih hatta sesaat. Setiap di antara kita mengharapkan sebuah kehidupan yang baik dan sempurna. Jika tidak sesempurna seperti adanya garis panduan yang tetap, sekurang-kurangnya kita semua tetap menginginkan kehidupan yang baik bertetapan dengan kapasiti diri baik dari segi kewangan, perlindungan, kawan-kawan mahupun kasih sayang. Terserah kepada individu dalam meletakkan definisi baik itu. Hakikatnya, perkara ini adalah suatu cubaan semata-mata selagi kita masih mendiami muka bumi ini. Cubaan demi cubaan dalam sela masa dan hari, kita terus mencari dan berjalan sehingga kita temui titik terakhir kehidupan yang pastinya tidak pernah ada. Kehidupan selepas mati adalah kehidupan perantara sebelum kita semua dibawa ke alam akhirat yang kekal abadi. Ini merupakan cabang iman ummat Islam yang diwajibkan ke atasnya mempercayai akan kewujudan alam akhirat.


Image Hosting by PictureTrail.com
Gambar ulang tayang

Sebelum kita menemui mati, apakah persediaan kita?. Sebelum kita menduduki sesuatu ujian, apakah persediaan kita?. Sebelum kita melangkah ke alam perkahwinan, apakah persediaan kita?. pendek kata, persediaan itu adalah suatu keutamaan sebelum kita melakukan atau menghampiri sesuatu yang ingin kita lakukan. Sekalipun kita tidak tahu bilanya akan mati, persediaan itu adalah merujuk dan menjurus kepada apa yang perlu kita semua lakukan di dalam rutin. Tepuk dada, tanyalah iman!. Suka atau tidak suka, bosan atau tidak, jemu atau sebaliknya, sakit atau sebaliknya, adalah antara ramuan yang perlu kita hadapi dalam kehidupan ini. Sepertinya masakan sarat dengan rasa, begitu juga dengan kehidupan. Selama mana kita fikir, kita boleh untuk tidak berasa sakit?, kita mampu untuk menahan tidak menangis?. Inilah antara rasa yang ada dalam kehidupan. Mahu tidak mahu, rasa ini pernah terpalit kepada setiap manusia. Laluilah dengan apa cara sekalipun dan percayalah, rasa-rasa itu lah yang akan mengajar dan memberi kita garis panduan untuk menjadi seseorang yang lebih cemerlang di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat sana.

Aku hentikan cerita ini di sini agar aku boleh terus berfikir. Berfikir daripada mata yang memerhati. Berfikir daripada telinga yang mendengar. Berfikir daripada jasad yang terlibat. Aku doakan agar teman-teman terus tabah dan sabar dalam menghadapi hidup ini. Jangan mudah mengalah, jangan mudah berputus asa, jangan tidak bangun andai tersungkur, jangan tidak dirawat sekiranya sakit. Jagalah hati-hati mereka yang menjaga hati kamu, dengan ikhlas dan jujur.



2 comments:

Amir Rayyan said...

sifat manusia selalu lupa tentang sedia dan singgah...terima kasih abg atas ingat dan pesan...

~NoRiSh~ said...

akak juga turut mendoakan agar adik juga terus tabah dan sabar dalam menghadapi hidup ini...

Jangan mudah mengalah, jangan mudah berputus asa, jangan tidak bangun andai tersungkur, jangan tidak dirawat sekiranya sakit...

Jagalah hati-hati mereka yang menjaga hati kamu, dengan ikhlas dan jujur dan jagalah hati adik juga!!!!

p/s : trima kasih atas ingatan utk teman2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...