This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Thursday, 27 January 2011

Telanlah!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Mungkin sifat semulajadinya suka memendam. Berkalilah untuk meluaskan keterbukaan, namun kemampuan itu terhalang oleh rasa bersalah yang sering kali jatuh kepadanya. Mungkin juga suratan untuk setiap kisah, pundaknya perlu menggalas rasa berbaur. Sekalipun menidakkan kesalahan yang hanya pada dia bukan kesalahan dan bukan juga kesilapan, tapi di akhirnya, dia juga bersalah. Telan lah, biar senak di perut.....

Bersumpahlah berkali-kali, jika yang di hati itu tidak sama seperti yang dilafaz, sumpahnya sia-sia. Dengar di telinga, namun rasa akal untuk hati tidak selari. Sahlah, mata itu tidak mampu menipu. Sekali lagi, salah dia. Katanya kota akal tenang namun kotak hati bergelora. Sekali lagi, salah dia.....telanlah!.

Jika ada rasa sangsi, maka dia yang terduduh. Tuduhnya bukan sekali. Jika darah daging boleh bertuduh aib seluruh maruah diri, ini pula yang terikat kerana ihsan dan cinta. Semakin kering hati dia akan manusia. Hendak berlawan, rasa akan tiada hormat dan durhaka, akhirnya, salah lagi dia.....telanlah!.

Hujung cerita, yang buruk hanya dia, yang jelek hanya dia. Dewasa dan tualah dalam doa-doa fitnah, fikiran rosak akal, telahan mazmudah. Mahu teriak, mahu menangis. Itu bukan jadi jawapan. Mungkin korban dia tidak sebesar mana sehingga tidak terlihat. Akhirnya, salah dia.....telanlah!

Simpulnya, yang difikir tidak sama seperti yang diketahui. Yang dilihat tidak serupa yang ada dalam hati. Tinggikan sabar. Ini hanya dunia, yang di sana, tak tergaya!. Telanlah!.

7 comments:

Amir Rayyan said...

dunia hanya sebagai tempat singgah....telanlah...:)

jg diri abg...

MonizaM said...

kenapa mesti hanya dia yang salah? orang lain tak mampu nak menelan ke?

Y u Z z 9071 said...

Salam ziarah...apa khabar di sana? ;)

baincardin said...

Harus memilih juga sebelum menelan. Tapi, siapa sepatut-benarnya yg berhak melakukan demikian ?

Mak Su said...

sapakah dia? tpi gaya dia memendam rasa sama mcm maksu juga, sehingga menyebabkan mksu yg tak mampu menepis fitnah dan kata2 cacian nekad berhenti kerja dan sekarang tgh menghabiskan notis 30-hari.

u will not find me at kl sentral area later. alhamdulillah, lepas ni hrpnya bertemu jodoh dgn serikat lain di ulu kelang.

entahlah, mgkn sebenarnya mmg ada jenis manusia yg tak leh nak luahkan perasaannya, lalu jadilah dia mangsa keadaan dan org lain yg dpt kehebatan dari tuhan sebgai bermulut ringan belidah ringan,dapat kelebihan duniawi dgn kata2nya yang dapat membeli hati jiwa raga manusia lain utk kepentingan dirinya

biarlah... nekad menelan sahaja

Ainul Hayat said...

Sokong pendapat maksu. Sangat tertarik dengan entri kali ini. Telanlah. Selagi didunia selagi itu perlu menelan waima ianya bukan salah kita.

aminatun said...

watever it is, keeps on rocking...life without tumbles -- boringg

amins

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...